Followers

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa mengenali saya dan keluarga saya.

Ikhlas dari Mr ILLman a.k.a Ilman Hadree Idris dan sekeluarga


3rd review aidilfitri - checklist raya

aku punya checklist raya sebelum tiba 1 syawal:

1) minta cuti kerja siap-siap. kalau perlu, mintak sebelum bulan puasa mula

2) zakat fitrah, jangan lupa!


3) bayar dulu bil-bil dan hutang sebelum berbelanja raya

4) balang-balang kuih untuk bawak balik ke kampung

5) duit rayo untuk budak-budak beserta dengan sampul duit rayo

6) kereta dah diservis dan dikilatkan sepenuh hati
7) plan perjalanan balik kampung

Sunday, August 28, 2011

sejauh mana ramadhan mengajar kita?

Antara perkara-perkara ramadhan mengajar kita:-
1- solat awal waktu, ringan tangan bersedekah dan ringan untuk kita luangkan masa untuk al-quran
2- rajin mengejar benda-benda sunat di samping buat benda-benda wajib
3- lagi pandai menjaga penglihatan, percakapan,pendengaran dan tidak melakukan perkara membuang masa
4- senang berfikir dan bertindak positif

ini semua rahmat dari Allah di bulan ramadhan iaitu menyenangkan kita mengikut arahan Allah.

Kalau kita fikir, bila habis ramadhan, adakah kita mampu kekalkan prestasi sekarang?  istiqamah?

Ilmu dunia pun, sekali diajar belum tentu diamalkan. Yang penting, pengulangan dan latihan.

Sesungguhnya aku bersyukur bertemu ramadhan kali ini dan berdoa untuk berjumpa lagi ramadhan akan datang.

Secara jujur, aku lagi tenang ramadhan kali ini berbanding sebelum ni dan selalu memikirkan nasib diri selepas ramadhan...

2nd review aidilfitri - kalau tak makan, tak sah!

aku rasa masing-masing ada makanan kegemaran bila time hari raya. Just nak share sikit makanan raya kegemaran aku, kalau takde, memang tak sah! Kita masuk kategori makanan berat dulu...

1- Lomang paneh!

Makanan di hari last puasa. Hari last berbuka memang makan lomang dengan rendang, sampai lah seminggu beraya. Sejak umur meningkat ni, aku lagi suka makan lomang banding dengan nasi himpit. Antara kesan makan lomang, badan jadi penat, makanan banyak lemak, biasala tu...

2- Rendang ayam & daging!

Tak sah ada lomang kalau takde rendang. Gambar rendang atas ni rendang style negeri sembilan. Setakat ni, masakan rendang mak aku la paling terbaik. Meratah rendang pon aku on jek.haha
p/s to bakal isteri: kena belajar buat rendang style nogori sembilan ek, kena master tuu...hehee...


Kategori biskut/kuih rayo!
1- Tart nenas

Tart nenas gulung nih, aku start makan sejak dari kecik sebab mak aku pandai buat tart. Kalau dulu dia rajin buat bisnes jual tart. Aku selalu tolong dia buat jem tart, keja biasa aku: mesin buah nenas. Tapi mak aku dah stop buat tart,dah tak larat dah...

2- Almond London

Sekali tengok, dah buat aku teringin sangat nak makan. Mungkin sebab bercoklat, tu yang sedap tuh...

3- Kuih rotan

Semasa bosan dan tengah tengok tv time raya, kuih rotan la teman setia aku. Isi yang keras, sebabkan aku suka mengunyah kuih rotan. Kalau datang rumah orang, aku pegang dulu kuih rotan.haha


Sebenarnya aku merasa je semua jenis makanan time raya, ye la, dah jadi dietitian, kena la merasa semua cuma tak boleh komen, nati kecik hati tukang buatnya...

Saturday, August 27, 2011

1st review aidilfitri - cuti kerja

Kalau nak banding cuti kerja antara raya tahun lepas dengan raya tahun ni, sangat berbeza.



Raya tahun lepas aku bekerja. Ya, aku kerja di pagi 1 syawal. Aku ingat lagi malam raya, sedang famili aku sibuk iron baju melayu, aku pulak sibuk iron baju melayu gak cuma bezanya aku nak pergi kerja. Time tu aku bangun pagi raya seawal 5.30 pagi sebab aku masuk kerja 6 pagi. Ingat lagi time tu, aku berbaju melayu complete dengan samping, punch kad dan masuk trayline buat plating dengan staff lain. Kalau korang nak tau, gambar profile blog ni ialah gambar 1 syawal tahun lepas. Disebabkan rumah aku dekat dengan ofis, kira-kira 10 km, aku sempat sembahyang raya kat masjid negeri dan sempat balik rumah untuk salam mintak maaf dengan famili+makan lomang dan nasi himpit sebelum datang balik ke ofis sambung kerja. Owh ye, raya haji tahun lepas pun aku bekerja.

Persiapan sebelum raya pun berbeza banding tahun lepas. Selalunya orang lain sibuk untuk famili dan diri sendiri tapi aku tak camtu. Tahun lepas, aku sibuk bekerja sepanjang ramadhan sampai hari last puasa. Aku sibuk cari kuih untuk jadikan token nak bagi kat pesakit, sibuk plan menu raya dan stanby duit kecik dan angpau nak bagi kat semua staff aku. Sedikit pemberian duit raya sebagai tanda perkongsian rezeki yang aku dapat.

Tahun ni, kerja baru. Jadi, persiapan pun lain. Aku bercuti mula hari ni hingga raya ke-3 dan bakal sambung lagi 4 hari cuti pada minggu kedua raya. Tahun ni aku ada masa nak beli kuih untuk famili dan standby duit raya nak bagi budak-budak. Cuma jarak aku dengan kampung jauh sikit, kira-kira 70km.

Aku pernah merasa kerja di pagi raya. Jadi aku tau perasaan sedih orang lain yang terpaksa bekerja pagi raya. Ikhlaskan diri dan anggaplah ini semua tanggungjawab dan amanah yang kita kena pikul.

Friday, August 26, 2011

Perihal Banyak Patient - Rezeki Ramadhan

Sebelum ni aku share perihal kurang patient kat hospital kubu bharu. Hari ni aku ke sana seperti biasa, minggu ke-4.

Nak dijadikan cerita, aku memang call sana sehari sebelum ke sana:

"staff nurse, sok ada patient tak?"
"ada encik ilman.kita dapat kumpul BERBELAS-BELAS PATIENT.tak silap saya ada 15 orang"

...tarik nafas panjang...


"ok.saya datang sok.ni nampak gaya saya kena makan sahur banyak ni.haha"
"betul tu encik ilman,kumpul energy.hehe"

Berbekalkan semangat tinggi aku sampai kat sana. Sampai-sampai je, dah bersusun referral letter atas meja.

"encik ilman, kalau ikut buku appointment kita ada 18 orang. Ni semua sebab doa kita dimakbulkan, puas kitaorang promote dietitian"
"ye la tu, ni semua rezeki ramadhan.saya ingat nak dekat raya patient kurang"

Total patient datang hari ni ialah 11 orang, nak dihabiskan dari pukul 10pg sampai 1 tengahari. Aku buat 2 sesi kaunseling, 7orang GDM, 4orang DM&Hypertension.

Alhamdulillah aku dapat patient yang best. Diaorang tanya banyak, share macam-macam. Ni semua hasil aku promote kat semua doktor bulan lepas.

Tepat pukul 1, aku berjaya habiskan semua patient. Sebelum balik, staff nurse tanya:

"encik ilman balik beraya mana tahun ni?"
"kampung saya dekat jek, kat seremban"
"tahun ni encik ilman mengundi tak?"
"mengundi???"
"ye la, undi nak balik mana.kampung sendiri ke,kampung orang rumah"
Sampuk sorang lagi
"eh,encik ilman baru ada 1 kampung la"
"ooo,saya ingat ngundi pilihanraya.haha"
"rasa-rasanya pasni cari kampung satu hala atau dua hala? Kalau satu selatan, satu utara, susah sikit"
"saya rasa dua hala tapi tak jauh..."
"hala mana tu.bagitau la encik ilman..."
"ada la..."
"heh, encik ilman memang taknak bagitau..."

Masih ada orang ingat aku dah kahwin. Simple survey, ramai tengok gaya aku ni cam laki orang, tengok jawatan pun ada. Ada cakap aku ni macam dah 28 tahun.haha

Pape pun, aku memang suka ke kuala kubu. Hospital kecik, senang nak kenal ramai orang. Hampir setahun aku berulang ke sana. Terima kasih warga Hospital Kuala Kubu Bharu, terutamanya staff klinik pakar. TQ

Thursday, August 25, 2011

Supplement: Pengakuan Ikhlas

Selalunya patient akan tanya dietitian, ok ke tak pakai supplement, apa effect pakai supplement. Jawapan yang aku bagi still sama seperti previous entry dalam blog ni.

Tapi apa yang beza hari ni, patient mengaku dengan ikhlas ikut pengalaman dia setelah pakai satu produk supplement yang sangat popular sekarang.

Patient ni aku jumpa di Hospital Kuala Kubu Bharu, lelaki berumur 30 tahun, bujang dan bekerja sebagai guru. Refer ke dietitian sebab ada kencing manis, darah tinggi dan overweight. Kencing manis lebih kurang dah 5 tahun dan darah tinggi sejak sekolah lagi, young hypertension.

Patient ni "educated" dan rajin cari info di internet dan rajin cari supplement. Sesi dengan dia, dia sangat aktif tanya soalan dan kita sempat berbincang pasal penurunan berat badan guna supplement.

Patient start bercerita:

"nak tau encik, dulu, lebih kurang 3 tahun lepas, badan saya macam encik. betul, saya tak tipu, saya dapat turun berat, berat saya lebih kurang 60 kg time tu. sebab time tu saya guna supplement ----------. first time beli, saya beli 7 kotak, total seribu lebih. lepas dah habis stok, harga naik, saya terpaksa belanja cecah 2 ribu. so, saya decide stop guna supplement....."

"sejak stop guna supplement tu, berat badan saya naik macam sekarang, 90 kg. dalam 3 tahun naik 30 kg...macam mana tu encik?"

Aku angguk je la dengar cerita dia. Ni antara kesan "withdrawal effects". Guna supplement bukan sahaja tukar menu kita tapi akan tukar psikologi kita dan akan tukar cara hidup kita dari tidak tahu apa-apa kepada hanya bergantung kepada satu produk supplement sahaja. Tapi bila dah stop guna, kita akan hilang sumber bergantung. Jadi berbaliklah semula dari bergantung satu produk kepada tidak tahu apa-apa.

Kebanyakan produk dijual diguna sebagai meal replacement bukan sebagai supplement. Produk supplement yang tidak lengkap dan tidak seimbang diguna sebagai gantian kepada meal yang sepatutnya lengkap. Meal yang lengkap sepatutnya mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran. Dalam satu hari, buah dan susu mesti diambil untuk dapat nutrient yang cukup.

Kesimpulannya, anda tidak perlu berbelanja besar dan tidak perlu menghadapi risiko "withdrawal effects" jika anda tahu cara pemakanan yang betul.

Ask "How To Lose Weight" From Dietitian!

p/s: produk yang patient tu pakai pernah dipromote kat sorang kawan aku ni merangkap dietitian gak. Promoter produk tu cakap produk dia ialah nutrisi. Kita perlukan nutrisi, so kita perlukan produk dia....salah tu, nutrisi ialah setiap benda yang mempunyai zat dan mineral seperti di dalam piramaid makanan.

Wednesday, August 24, 2011

hargai lembu, kampung dan benda lepas

Teringat balik time kursus induksi,ada seorang penceramah bagi test psikologi. Senang je test dia:

"lukis seekor lembu atas kertas. Lukis lembu yang lengkap"

Kalau korang disuruh lukis lembu,korang akan lukis macam mana?

Aku jamin 90% akan lukis lembu: kepala pandang kanan,ekor hala kiri. Lagi 10% lukis lain.

Sebenarnya aku pun sama, lukis kepala pandang kanan,badan tengah-tengah,ekor hala ke kiri. Kalau ikut si penceramah, ni tanda orang "tradisional"- sentiasa ikut cara yang lama,standard,tidak provokatif dan susah nak terima perubahan.

Kalau lukis:
-> satu kepala menghadap kita atau kepala dulu dan badan di belakang : orang yang jujur
-> kepala pandang kiri & ekor ke kanan : orang yang lain dari yang lain, senang terima perubahan
-> punggung lembu hadap kertas dan kepala di belakang : orang yang gila-gila.haha

Kes yang sama kalau aku suruh korang lukis pemandangan di kampung. Aku jamin 90% lukis bukit kat belakang, ada matahari baru nak naik celah bukit. Ada sawah padi, rumah sebiji, ada 2 pokok pasu bunga dan tidak dilupakan pokok kelapa yang besar serta anak ayam di bawah pokok.

2 test ni bukti aku hargai benda yang dah lepas. Kalau nak tengok dari skop lebih besar, aku hargai apa yang aku dapat, orang sekeliling aku & pengalaman yang aku dapat. Kadang-kadang aku tersenyum bila tengok atau baca pasal orang yang dapat benda yang aku nak @ belum dapat.

"sabar...insyaAllah ada rezeki tapi belum tiba masa nya..."
"sabar..."

Terima kasih semua, terima kasih Allah.

Tuesday, August 23, 2011

denda pembetulan ayat

Petang ni aku join meeting sebut harga. Ahli 2 org jek, aku jd pengerusi + sorang lagi staff jadi ahli. Ada banyak sebut harga kena nilai&komen atas kertas. Hari ni tak banyak, ada 9 jek sebut harga.

Sambil tulis menulis,si member sorang ni cakap:
"dah macam kat sekolah dah.buat denda dalam buku.tulis ayat sama 100 kali...saya janji tak akan ulang..."
"ye la tu.saya dulu kena buat pembetulan ayat tatabahasa atau grammar english.kalau salah 1 ayat,kena tulis balik 100 kali..."

Bila fikir-fikir balik, wujud lagi ke denda macam ni sekarang??? Last aku terbaca buku sekolah time aku pergi ada 1 sekolah ni kat kuantan, terbaca buku latihan "bola baling". Dalam buku tu si tuan punya buku kena buat pembetulan jawapan yang salah, dia kena ulang 5 kali.

Eleh, 5 kali jek!  aku 100 kali lah...

Kalau ingat balik zaman sekolah, denda fizikal dah jadi benda biasa. Kena piat telinga, cubit perut, penampor pon ada. Kalau time hari "report kad", time tu paling gerun. Kalau yang tak bernasib baik, time tu la mak ayah "bagi sekali dua" kat kepala dengan report kad depan cikgu.

Dulu zaman lain.sekarang lain. Trend denda dah lain, kalau lebih sikit maka akan keluarlah di tv, aduan rakyat, suratkhabar, masuk court.

Yang pasti, aku ketawa @ sengih sorang-sorang bila ingat balik zaman-zaman aku denda dulu-dulu...

P/s: ahli meeting tadi tanya aku balik raya mana.aku jawab balik seremban.pastu terus dia tanya "orang rumah" kampung mana. Terkejut. Ni entah kali berapa dah staff hospital ingat aku ni suami orang.hahaha. Situasi tanya kampung tadi seperti previous entry blog ni.

Saturday, August 20, 2011

Cerita Balik Kampung

Seremban
Hari sabtu setiap minggu aku akan balik seremban.ada orang tanya:

"seremban ada apa?"
> "saya balik rumah saya"
"eh,en ilman berulang ke dari kl-seremban time hari kerja?"
> "owh,saya menyewa kat kl.rumah mak ayah kat seremban"
"ooo,kira balik kampung la..."

Sungguh tak biasa aku nak panggil seremban walaupun hakikatnya betul.setiap kali aku balik seremban,aku rasa balik rumah.tapi balik kerja ke rumah sewa pun kira balik rumah gak tapi perasaan tak sama.

"ko kat mana man?"
> "aku kat rumah"
"rumah kl @ rumah seremban?"
> "seremban..."

Taman Paroi Jaya
Taman paroi jaya makin lama makin dah rasa keadaan "kampung".lagi terasa kalau balik weekend.ramai je kereta-kereta kat rumah-rumah kalau nak banding hari kerja. Kalau bulan puasa, pun sama.kalau kat masjid,ramai je jemaah time weekend&dekat-dekat nak raya.

Masjid Taman Paroi Jaya
Tapi kalau tengok umur paroi jaya memang dah tua.taman paroi jaya bukak lebih kurang 1985 atau tahun 1986 time aku lahir.semasa kecik,syok tinggal kat paroi jaya.geng bermain ramai.tapi sekarang geng-geng aku dah kerja luar seremban.kalau yang dah kahwin,memang diaorang anggap paroi jaya ni "kampung".

Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya
So,tahun ni aku belajar menerima paroi jaya ialah kampung.kalau orang tanya pergi mana hujung minggu,aku akan jawab balik kampung.

kalau orang tanya tahun ni balik mana,aku akan jawab balik kampung kat seremban.tapi sebenarnya dalam hati nak jawab "balik rumah..."

"en ilman kampung kat mana?"
> "seremban"
"isteri plak kampung mana?'
> "....hurm....tak kahwin lg..."

p/s: setiap dialog perbualan di atas berlaku di Hospital Selayang

Thursday, August 18, 2011

standard puasa tahun ni

Semalam aku berpeluang mendengar tazkirah dari saudara Bob Lokman di masjid Selayang Pandang.

Dia menimbulkan persoalan "standard" puasa kita tahun ini.adakah sama standardnya ketika kita berumur 10 tahun?adakah kita hanya berpuasa hanya bila disuruh?

Dia bagi contoh tentang perancangan hidup kita.setiap tahun kita berusaha tingkatkan standard hidup kita seperti nak masuk universiti,dapat kerja elok,gaji tinggi,rumah besar etc.

Teringat aku kat standard kakitangan kerajaan iaitu Sasaran Kerja Tahunan (SKT).Setiap tahun kakitangan kerajaan diwajibkan membuat SKT untuk dinilai pegawai penilai pertama dan pegawai penilai kedua.Di dalam SKT terdapat bidang tugas dan apa target yang hendak kita capai setiap tahun.Masuk tahun baru, SKT tahun sebelumnya akan dinilai untuk diberikan markah. Markah SKT penting untuk kenaikan gaji dan pangkat.

Sejauh mana kita mampu merancang SKT, kita juga patutnya mampu membuat sasaran sebagai hamba Allah. Bersedialah untuk berubah dan menjadi baik setiap tahun...

alkisah kopi rangsang selera makan part 2

Merujuk kepada entry sebelum ni.

Mdm H masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam oral intake.masih sama.

Owh ye,tiada dah cerita kopi.staff nurse pun tak mention pasal kopi.

Sedang berusaha memberi supplement secara oral kepada madam H...

Tuesday, August 16, 2011

kopi rangsang selera makan???

hari ni aku review seorang patient kat HDW, actually second review selepas first time tengok semalam selepas doctor refer, itu pun mood aku baik, aku pergi semua wad aku (Burn Unit, ICU, CCU, HDW), aku buat active searching (tak selalu berlaku) :

"staff nurse, ada doctor refer dietitian?"

sedikit detail patient HDW:
Mdm H / 66 yrs old chinese female
Day 14 HDW

problem:Cholangiocarcinoma, Post Left hemihepatectomy, MRSA
patient on trache (tube di leher), bed bound (tak bergerak), cachexia (wasting syndrome, kurus, lemah).

semalam Mdm H bagi respon kat aku:
"aunty makan tak nasi" -- dia angguk
"makan habis" -- dia geleng kepala
"separuh ada" -- dia angguk
"ada anak-anak datang bagi makan?" -- dia angguk

so, staff nurse report kat aku pasal banyak mana dia makan dan apa family member dia bagi makan. semalam aku, minta nurse tukar nasi jadi bubur, bagi supplement susu.

hari ni, staff nurse call, team nephro plan nak bagi supplement susu dengan modular protein dan kalau baca note doctor nephro, diaorang suggest partial TPN. aku bagitau nurse "kejap, saya naik wad, buat plan untuk patient"

dah naik wad, Mrs H lemah & takde improvement dari segi oral intake.terus aku plan suggest ryles tube feeding.

Sekali doctor incharge datang dan mintak staff nurse bagi kopi.

Apa??? Kopi? Terus aku tanya doktor apa signifikan kopi.dia bagitau kalau bagi kopi, patient ada tendency nak makan.

Dalam hati "ni doktor yang buat camtu atau patient bagitau camtu? Setahu aku kopi boleh suppress appetite"

Kita tengok khamis ni macam mana...

Monday, August 15, 2011

"Misunderstood"

Trying to be misunderstood,
But it doesn't do me any good...

Sunday, August 14, 2011

second half ramadhan

Kalau main bola,ada half time sebelum start second half.tak lama masa rehat,15 min je.time half time la manager akan discuss taktik,tukar player yang tak bagus atau injured.

Dah 2 minggu puasa,aku anggap dah nak masuk second half.masa yang bagus untuk muhasabah:
-sejauh mana kita beribadat merebut rahmat ramadhan?
-sejauh mana kita betul-betul mengharap kepada allah di ramadhan ni?
-sejauh mana kita berubah untuk jadi lebih baik di bulan ramadhan?

Betul kata-kata ustaz semasa tazkirah di masjid&di tv, bulan ramadhan bulah penuh rahmat. Allah turunkan rahmat kepada hambaNya sepanjang ramadhan. Dari yang jarang-jarang pergi masjid,dari jarang-jarang bersedekah,semua jadi rajin time ramadhan.bak kata seorang ustaz :"susah nak jumpa lelaki melayu terakhir yang sembahyang sunat sampai 8 rakaat@20rakaat, semuanya jadi time ramadhan".tergelak aku dengar ayat tu.

Yang penting, kita kena selalu doa mintak ampun dari Allah dan doa kita dipanjangkan usia,terumatanya diberikan "extra" masa untuk beribadat ranadhan ini.

Saturday, August 13, 2011

Silver Shark & Gourami

merujuk kepada entry lepas, Trio Shark tak kekal lama. seekor yang pening-pening akhirnya dah mati. lagi sekor berjaya lompat keluar dari akuarium walaupun aku perasan dan sempat masukkan balik ke dalam akuarium tapi mati pada hari esoknya. kalau ikut fakta silver shark, kalau nak bela ikan ni, akuarium kena tutup rapat sebab ikan ni pandai lompat keluar. aku punya akuarium memang bertutup tapi ada space sikit, tak besar pun, ada la sebesar 2 exchange roti @ 2 keping roti, itu pun ikan berjaya lompat keluar, golek-golek atas meja, terjatuh meja ke lantai dan golek-golek atas lantai.haha.

hari khamis aku beli lagi sekor silver shark bagi partner dengan silver shark yang dah ada dalam akuarium tu. aku pun beli jugak ikan neon dwarf gourami, 2 ekor, ada dalam sebesar 4 cm. dalam banyak-banyak ikan, ikan gourami antara ikan yang sesuai sama akuarium dengan silver shark

dwarf gourami ni ikan yang tenang dan pemalu. at least kena ada partner. ikan ni ada potensi sebesar 8 cm dan agak senang dijaga. setakat ni aku tengok ikan ni ok je dalam akuarium, selalu duduk kat tepi-tepi akuarium, tenang je...

Friday, August 12, 2011

Tips Diet Ketika Ramadan


Sedikit tips diet yang ringkas ketika berpuasa di bulan Ramadhan
:

1- Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan makanan/minuman tinggi gula.


    --> Pengambilan minyak dan gula berlebihan akan menaikkan kandungan lemak dan gula di dalam badan. Ini akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis sekiranya pemakanan tidak terkawal. Lebihan makanan berminyak dan bergula juga tidak akan membantu dalam pengawalan berat badan walaupun kita berpuasa di siang hari. Berbuka puasa dengan makanan tinggi lemak akan menyebabkan kita lesu atau ngantuk selepas itu, manakala berbuka/bersahur dengan makanan/minuman tinggi gula tidak membantu untuk menyimpan tenaga untuk tempoh yang lama.

Amalkan kurang minyak di dalam masakan dan memilih makanan yang kurang berlemak/ tidak bergoreng ketika membeli di bazar Ramadhan. Kekalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika sahur dan selepas berbuka puasa untuk mengelak dehidrasi dan untuk pengekalan kesegaran tubuh badan.

2- Mengambil karbohidrat kompleks dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka

    --> Karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti memberikan sumber tenaga yang utama dan mampu membekalkan tenaga untuk tempoh yang lama. Sayur-sayuran membekalkan serat selain vitamin dan mineral. Serat terlibat di dalam proses pencernaan makanan yang mana mampu memberi kita rasa "kenyang" untuk tempoh yang lama selain dari berfungsi mengawal kenaikan gula dan turunkan lemak di dalam badan.

3- Bijak berbelanja semasa membeli juadah berbuka puasa


    --> Berbelanja di bazar sebelum berbuka puasa telah menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Pastikan anda bijak berbelanja dengan merancang dulu dan mengawal perbelanjaan setiap hari. Masukkan juga perancangan untuk membeli juadah yang sihat ke dalam pelan anda. Tidak boros dan tidak membazir dapat membantu dalam mengekalkan saiz porsi makanan anda.Secara tidak langsung, anda mengamalkan pemakanan sihat dalam mengawal saiz porsi makanan.

bagaimana? senang bukan? selamat mencuba!


penulis ialah Pegawai Dietetik di Hospital Selayang. Artikel di atas adalah saranan umum pemakanan sihat. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit dan memerlukan kawalan diet, sila berhubung kepada penulis atau berjumpa dengan pegawai dietetik/dietitian/pakar pemakanan di Hospital berdekatan.

Wednesday, August 10, 2011

senang bukan? selamat mencuba!

permulaan minggu ni tak berapa nak sihat. first day kerja minggu ni dah selsema+pening kepala, mampu bertahan sampai tengahari jek. jumpa doktor, dapat MC untuk hari tu jek. walaupun dah lama tak jumpa doktor dan tak pandai mintak MC tapi kira ok la dapat gak MC walaupun hari yang sama.

nak mengubati diri yang sakit, aku teruskan aku punya stress therapy yang unik iaitu IKAN! hehe. sempat menambah seekor lagi silver shark ke dalam akuarium aku. aku namakan diaorang "Trio Shark".hehe...tapi yang seekor baru tambah tu dah pening-pening pagi tadi, tengok mulut dia macam dah "bengkak", maybe terlanggar dinding akuarium kuat sangat.kalau ikut teori fakta silver shark, ikan akan start tak suka saiz akuarium kalau ikan asyik langgar atau hentam dinding akuarium.

perenggan ketiga entry ni baru ada kena mengena dengan title entry ni. sejak mula bulan puasa ni, topik "mahu masak apa atau mahu makan apa" dah jadi topik biasa setiap hari di ofis. kekadang tu aku pon terjebak check resipi kat internet. antara keyword aku search kat internet:
"resipi senang"
"resipi bujang"
"resipi simple"

dapat la jumpa resipi-resipi yang senang. tapi dalam banyak-banyak resipi aku baca, semua macam senang tapi...
teringat pulak kat ayat @ slogan chef/pengacara rancangan masakan bila dah habis memasak:

"bagaimana puan-puan, senang bukan? selamat mencuba!"

memandangkan ayat tu agak best dan bermotivasi, bagus juga kalau aku guna time kaunseling patient kat klinik. kita dah terang macam-macam, dah ajar macam-macam kat patient dan last sekali sebelum habis sesi kaunseling, aku akan cakap:

"bagaimana encik, faham dah? senang bukan? selamat mencuba!"


p/s: first time kaunseling patient bulan ramadhan ni ketika tekak sakit+suara tak lepas.tak best...

Sunday, August 7, 2011

tak habis-habis fikir...

sejak akhir-akhir ni, selalu sangat aku fikir macam-macam. kadang-kadang tu ambil masa yang lama memikirkan satu benda. fikir pasal diri sendiri, pasal seseorang, pasal orang lain, pasal benda, pasal duit, pasal kerja...

apa pun tak boleh!

setiap benda yang aku fikir, mesti aku akan buat timbang tara "profit vs loss" atau "baik vs jahat". satu tabiat jugak tuh, dalam otak ni, kalau tengah memikir, dah jadi cam peta minda "mind map". kalau boleh scan la, mesti penuh 1 kertas mahjong. itu la unik otak manusia yang diciptakan Allah, itulah beza kita dengan haiwan, boleh beza baik dan buruk.

kalau dah fikir, dah buat timbang tara, aku biasanya akan merujuk kepada buku, ilmu dan pengalaman, orang, penasihat dan Allah

selepas merujuk, usaha kena ada lah. mana boleh nak dapat sesuatu tanpa usaha.

usaha tangga kejayaan!

usaha tu kena la sesuai dengan niat kita. usaha kena betul, niat kena murni, kena berlandaskan hukum agama dan tatasusila manusia.

niat menghalalkan usaha dan usaha menghalalkan niat

redha je la dengan setiap keputusan yang kita buat. sentiasa berdoa kat Allah agar kita dapat sesuatu yang terbaik untuk diri kita agar tak membebankan kita. jangan putus-putus berharap kat Allah...

so, apabila dah berharap kat Allah, maka kuranglah aku berfikir. lumrah manusia, selalu berharap. lumrah manusia juga, setiap yang kita fikir, kita mesti nak bagitau/luahkan, paling terbaik di dalam doa, paling kurang kepada orang lain, kalau kes aku, my advisor...

tengok aku makan atau aku tengok korang makan???

tajuk entry yang jelas. sejak bergelar dietitian, event makan dah jadi 1 event yang penting untuk aku dan orang keliling aku.


ada 2 sebab:
  1. selaku dietitian, aku akan melihat kerenah atau perangai orang lain ketika diaorang memilih makanan dan diaorang sedang makan. menjadi observer...
  2. selaku dietitian, orang lain akan melihat cara aku pilih makanan masuk ke dalam pinggan, cara aku makan. aku di-observed...
dua-dua point menunjukkan aku judge orang lain dan orang lain judge aku. jahat atau baik?

untuk point yang pertama, memang dah jadi tabiat aku untuk observe orang lain. bukan setakat time makan jek, time lain pun aku observe. aku suka observe perangai orang, cara bercakap, cara bergaul. satu skill yang digilap hari demi hari berdasarkan pengalaman.

berbalik kepada point pertama, aku anggap kejadian observe orang ketika makan merupakan satu teknik untuk aku kumpul maklumat mengenai cara pemakanan orang zaman sekarang. maklumat tu boleh lah aku guna time kaunseling patient, time bagi ceramah and so on...so, jahat tak? perlu ke tak?

point kedua, point panas.haha. aku memang suka makan free buffet/jamuan dan aku pernah mengaku/memesan kat sesetengah orang :"jangan bagitau orang aku ni dietitian".haha.bergurau je la kan. sebab selalunya tak berjaya sebab selalunya dengan jayanya orang ramai tau aku ni dietitian! apatah lagi kalau makan di hospital.hehe....

"awak ni dietitian kan?"
"eh, dietitian tengah pilih makan"
"ha, dietitian tengah pilih makanan yang sihat"

memang tak dinafikan, dietitian patut jadi role model kepada semua orang teutamanya apabila melibatkan makanan. secara jujur, aku tak pernah marah atau rasa tertekan kalau orang observe aku makan. kadang-kadang tu, kalau dah duduk sebelah dietitian time makan, time tu la macam-macam nak tanya aku. sihat ke tak cara dia makan, camne nak kuruskan badan dan macam-macam lagi...

itulah lumrah hidup jadi dietitian. satu title yang aku akan bawak sampai ke tua seperti kerja-kerja lain.

so, next time janganlah takut jemput dietitian datang makan-makan.haha. kami pun manusia, bagi la chance nak makan sedap, sekali skala kurang sihat...

healthy eating now! ask me how

Saturday, August 6, 2011

Perihal kurang patient...

Baru-baru ni aku asyik fikir tentang diet kaunseling lebih-lebih lagi memikirkan hal di Hospital Kuala Kubu Bharu. Aku hanya datang ke hospital KKB sebulan sekali, setiap khamis minggu keempat setiap bulan. Makin lama, makin sikit patient jumpa dietitian. Kalau dulu lebih 10 orang, makin lama makin sikit, kadang-kadang 3 orang jek. Aku datang start pukul 10 pagi sampai 1 tengahari. Kalau patient banyak, memang busy, tak sempat nak rehat. Kalau patient ramai, aku buat group kaunseling dalam bilik kecil dalam klinik pakar. Tapi sejak akhir-akhir ni, patient berkurangan dan aku pun ada masa lapang ronda-ronda 1 hospital, jumpa kawan borak-borak, dan jumpa doktor personally nak promote dietitian.

Hospital KKB diletak bawah kategori hospital tanpa pakar. Hospital daerah seperti KKB memang takde dietitian. So, hospital selayang diletakkan tanggungjawab untuk memberi khidmat dietetik kepada pesakit di hospital tanpa pakar iaitu hospital KKB.

Rata-rata kes yang aku jumpa di hospital KKB ialah kes Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis semasa mengandung), kencing manis dan darah tinggi. Staff klinik pakar sangat supportive sehingga sanggup inform semua wad (ada 5 wad jek) dan inform semua klinik yang dietitian datang dan tolong refer patient ke dietitian.hehe...

Hal ni agak kerap dibincang semasa meeting dietitian dan bos pun suruh aku cari cara nak tarik minat patient datang follow-up. Hurm, satu tugas yang memerlukan kreativiti dan pemikiran yang kritikal...

Fast facts about dietitian

Siapa dietitian?
Seorang professional yang diiktiraf, sangat motivated, dedicated dan mempunyai skill dalam mengaitkan pemakanan dengan kesihatan. Setiap tindakan dietitian berdasarkan evidenced-based medicine.

Di mana nak jumpa dietitian?
Hospital (tak semua hospital daerah), klinik kesihatan (tak semua), syarikat-syarikat susu dan pemakanan (tak semua), institut sukan.

Apa sangat kerja dietitian?
Memberi kaunseling cara pemakanan yang sihat, merawat atau mencegah penyakit menggunakan komponen pemakanan dan aktiviti fizikal.

Kos jumpa dietitian?
Percuma kalau anda dirujuk oleh doktor di hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan. Caj dikenakan jika berjumpa dietitian di hospital swasta.

Jenis rawatan diberikan dietitian?
Lebih kepada kaunseling dan merangka Plan of Action. Kaunseling lebih kepada konsep pemahaman dan penekanan kaitan makanan dengan penyakit. Plan of Action lebih kepada implementation, monitoring dan follow-up.
Dietitian tidak memberi rawatan seperti doktor, sebagai contoh, dietitian tidak memberi ubat atau suntikan.

Jenis-jenis kes dietitian jumpa?
Semua jenis penyakit yang ada kaitan dengan pencegahan dan pemulihan penyakit dengan menggunakan komponen diet seperti kencing manis, darah tinggi, stroke, masalah buah pinggang, luka, jangkitan kuman dan lain-lain sekiranya doktor fikir perlu dirujuk kepada dietitian.
Masalah berat badan juga boleh dirujuk kepada dietitian. tak kira umur, dari baru lahir hingga orang tua, semua dietitian boleh jumpa

Ikan oh Ikan...

Sejak aku berkecimpung bidang ikan ni, ikan aku asyik mati. Dah bermacam-macam spesis aku bela. Semua mati. Kalau nak kira-kira, lebih kurang 30 ekor aku dah bela (beli sikit-sikit ganti ikan mati), dan semua nya mati. Macam-macam diagnosis aku buat tapi gagal jumpa ethiology nya.

Hari rabu lepas aku ke Selayang Mall untuk beli barang-barang peribadi selepas kerja. Tergerak plak hati nak singgah kedai ikan. Aku tanya tauke kedai:

“bos, apsal ikan saya asyik mati jek? Macam-macam saya bela, semua mati...”
“kamu punya akuarium besar mana? Tu air kena jaga sikit. Kena letak antiklorin lebih sikit. Kalau ganti air, jangan ganti semua. Bagi sikit tinggal”

Dengan azam kuat dan berbekalkan nasihat tauke kedai, aku pun beli 2 ekor ikan silver shark. RM2.50 seekor. Beli 2 dulu, dah ok, baru tambah lagi. Setakat ini ikan aku hidup lagi. Matlamat utama sekarang ni bagi ikan hidup dulu, baru fikir nak bela sampai besar.

silver shark fish
Kalau ikut info kat internet, ikan silver shark ikan yang tenang, good swimmer dan senang dijaga. nama je "shark"tapi bukan shark pun. Sekarang ini saiz ada dalam 5 cm dan boleh membesar sampai 30cm. Satu info yang menarik, silver shark lebih sesuai kalau dibela 5 ekor sekali.

Salam Ramadhan

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nak ambil kesempatan nak ucap selamat menjalani bulan ramadhan dengan penuh keinsafan dan amal ibadat. Kita mesti bersyukur kerana masih diberi nikmat hidup dan diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan.

Ambil lah masa sebulan ini untuk mengejar keberkatan ramadhan. Kalau kita boleh mengejar hal-hal dunia di bulan lain, takde sebab untuk kita tak mengejar amal ibadat bulan ramadhan. Semoga amal ibadat kita yang tak seberapa bulan ini diterima Allah.insyaAllah...

Sebelum Ramadhan, alhamdulillah aku dapat berita gembira aku lulus exam induksi. Perasaan nak check result tu macam nak check result SPM. Sungguh berdebar-debar. Nasib baik lulus.haha. Baru la clear perjalanan kerjaya aku dan perancangan masa depan...

Bulan ini aku bersyukur sebab diberi peluang dan masa untuk iftar dan tarawih di masjid. Setakat ini destinasi aku di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta. Setiap hari memang ramai orang datang iftar di masjid, ada yang datang dari ofis, ada yang bawak keluarga dan ada yang datang ramai-ramai ala-ala gathering. Time tarawih memang terbaik. Penuh 1 dewan sembahyang. Kagum kerana masjid ini sebenarnya tidak terletak di kawasan perumahan tetapi dikelilingi oleh wisma-wisma kerajaan.

first time merasa bubur lambuk tahun ni
Hanya 10 minit dari rumah aku Jalan Ipoh nak ke masjid. Kalau keluar rumah pukul 7, sempat lagi sampai sebelum azan maghrib. Semoga aku terus diberi peluang dan kekuatan untuk beriftar dan bertarawih berjemaah di masjid. InsyaAllah...