Sedikit tips diet yang ringkas ketika berpuasa di bulan Ramadhan:
1- Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan makanan/minuman tinggi gula.
--> Pengambilan minyak dan gula berlebihan akan menaikkan kandungan lemak dan gula di dalam badan. Ini akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis sekiranya pemakanan tidak terkawal. Lebihan makanan berminyak dan bergula juga tidak akan membantu dalam pengawalan berat badan walaupun kita berpuasa di siang hari. Berbuka puasa dengan makanan tinggi lemak akan menyebabkan kita lesu atau ngantuk selepas itu, manakala berbuka/bersahur dengan makanan/minuman tinggi gula tidak membantu untuk menyimpan tenaga untuk tempoh yang lama.
Amalkan kurang minyak di dalam masakan dan memilih makanan yang kurang berlemak/ tidak bergoreng ketika membeli di bazar Ramadhan. Kekalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika sahur dan selepas berbuka puasa untuk mengelak dehidrasi dan untuk pengekalan kesegaran tubuh badan.
2- Mengambil karbohidrat kompleks dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka
--> Karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti memberikan sumber tenaga yang utama dan mampu membekalkan tenaga untuk tempoh yang lama. Sayur-sayuran membekalkan serat selain vitamin dan mineral. Serat terlibat di dalam proses pencernaan makanan yang mana mampu memberi kita rasa "kenyang" untuk tempoh yang lama selain dari berfungsi mengawal kenaikan gula dan turunkan lemak di dalam badan.
3- Bijak berbelanja semasa membeli juadah berbuka puasa
--> Berbelanja di bazar sebelum berbuka puasa telah menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Pastikan anda bijak berbelanja dengan merancang dulu dan mengawal perbelanjaan setiap hari. Masukkan juga perancangan untuk membeli juadah yang sihat ke dalam pelan anda. Tidak boros dan tidak membazir dapat membantu dalam mengekalkan saiz porsi makanan anda.Secara tidak langsung, anda mengamalkan pemakanan sihat dalam mengawal saiz porsi makanan.
bagaimana? senang bukan? selamat mencuba!
penulis ialah Pegawai Dietetik di Hospital Selayang. Artikel di atas adalah saranan umum pemakanan sihat. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit dan memerlukan kawalan diet, sila berhubung kepada penulis atau berjumpa dengan pegawai dietetik/dietitian/pakar pemakanan di Hospital berdekatan.
1 comment:
di Welldiet pun boleh.. hehe.. :)
Post a Comment