Followers

Sunday, August 7, 2011

tengok aku makan atau aku tengok korang makan???

tajuk entry yang jelas. sejak bergelar dietitian, event makan dah jadi 1 event yang penting untuk aku dan orang keliling aku.


ada 2 sebab:
  1. selaku dietitian, aku akan melihat kerenah atau perangai orang lain ketika diaorang memilih makanan dan diaorang sedang makan. menjadi observer...
  2. selaku dietitian, orang lain akan melihat cara aku pilih makanan masuk ke dalam pinggan, cara aku makan. aku di-observed...
dua-dua point menunjukkan aku judge orang lain dan orang lain judge aku. jahat atau baik?

untuk point yang pertama, memang dah jadi tabiat aku untuk observe orang lain. bukan setakat time makan jek, time lain pun aku observe. aku suka observe perangai orang, cara bercakap, cara bergaul. satu skill yang digilap hari demi hari berdasarkan pengalaman.

berbalik kepada point pertama, aku anggap kejadian observe orang ketika makan merupakan satu teknik untuk aku kumpul maklumat mengenai cara pemakanan orang zaman sekarang. maklumat tu boleh lah aku guna time kaunseling patient, time bagi ceramah and so on...so, jahat tak? perlu ke tak?

point kedua, point panas.haha. aku memang suka makan free buffet/jamuan dan aku pernah mengaku/memesan kat sesetengah orang :"jangan bagitau orang aku ni dietitian".haha.bergurau je la kan. sebab selalunya tak berjaya sebab selalunya dengan jayanya orang ramai tau aku ni dietitian! apatah lagi kalau makan di hospital.hehe....

"awak ni dietitian kan?"
"eh, dietitian tengah pilih makan"
"ha, dietitian tengah pilih makanan yang sihat"

memang tak dinafikan, dietitian patut jadi role model kepada semua orang teutamanya apabila melibatkan makanan. secara jujur, aku tak pernah marah atau rasa tertekan kalau orang observe aku makan. kadang-kadang tu, kalau dah duduk sebelah dietitian time makan, time tu la macam-macam nak tanya aku. sihat ke tak cara dia makan, camne nak kuruskan badan dan macam-macam lagi...

itulah lumrah hidup jadi dietitian. satu title yang aku akan bawak sampai ke tua seperti kerja-kerja lain.

so, next time janganlah takut jemput dietitian datang makan-makan.haha. kami pun manusia, bagi la chance nak makan sedap, sekali skala kurang sihat...

healthy eating now! ask me how

2 comments:

Down!!! Blood Pressure... said...

haha... btol tu en.illman. sy ni student dietetics sendiri pn, bila keluar sama kwn2 diorg tgk sy mkn.

Mr. ILLman said...

kat mana-mana tempat, memang camtu, dietitian akan diberi laluan untuk amek makanan dulu...tips paling best ialah kalau nak "melantak", elok lah pegi dengan kawan yang boleh "cover line" untuk kita.hehe...