Antara perkara-perkara ramadhan mengajar kita:-
1- solat awal waktu, ringan tangan bersedekah dan ringan untuk kita luangkan masa untuk al-quran
2- rajin mengejar benda-benda sunat di samping buat benda-benda wajib
3- lagi pandai menjaga penglihatan, percakapan,pendengaran dan tidak melakukan perkara membuang masa
4- senang berfikir dan bertindak positif
ini semua rahmat dari Allah di bulan ramadhan iaitu menyenangkan kita mengikut arahan Allah.
Kalau kita fikir, bila habis ramadhan, adakah kita mampu kekalkan prestasi sekarang? istiqamah?
Ilmu dunia pun, sekali diajar belum tentu diamalkan. Yang penting, pengulangan dan latihan.
Sesungguhnya aku bersyukur bertemu ramadhan kali ini dan berdoa untuk berjumpa lagi ramadhan akan datang.
Secara jujur, aku lagi tenang ramadhan kali ini berbanding sebelum ni dan selalu memikirkan nasib diri selepas ramadhan...
No comments:
Post a Comment