merujuk kepada entry lepas, Trio Shark tak kekal lama. seekor yang pening-pening akhirnya dah mati. lagi sekor berjaya lompat keluar dari akuarium walaupun aku perasan dan sempat masukkan balik ke dalam akuarium tapi mati pada hari esoknya. kalau ikut fakta silver shark, kalau nak bela ikan ni, akuarium kena tutup rapat sebab ikan ni pandai lompat keluar. aku punya akuarium memang bertutup tapi ada space sikit, tak besar pun, ada la sebesar 2 exchange roti @ 2 keping roti, itu pun ikan berjaya lompat keluar, golek-golek atas meja, terjatuh meja ke lantai dan golek-golek atas lantai.haha.
hari khamis aku beli lagi sekor silver shark bagi partner dengan silver shark yang dah ada dalam akuarium tu. aku pun beli jugak ikan neon dwarf gourami, 2 ekor, ada dalam sebesar 4 cm. dalam banyak-banyak ikan, ikan gourami antara ikan yang sesuai sama akuarium dengan silver shark
dwarf gourami ni ikan yang tenang dan pemalu. at least kena ada partner. ikan ni ada potensi sebesar 8 cm dan agak senang dijaga. setakat ni aku tengok ikan ni ok je dalam akuarium, selalu duduk kat tepi-tepi akuarium, tenang je...
2 comments:
kakak pet shop selayang mall cakap tiger band pon bleh buat kawan ngn silver shark. tiger vs shark baru buku bertemu ruas.
mmg tiger tu mmg leh duk se-akuarium dgn silver shark. tp kena beli byk2, baru dia tak kaco yg lain...jgn la buku bertemu ruas, nati mati lagi ikanku.huhu
Post a Comment