Followers

Thursday, July 14, 2011

Kursus Induksi Umum & Khusus JKNS Bil 2 2011

peserta lelaki
kursus induksi umum dan khusus JKNS bil 2 2011
tempat : glory beach resort, port dickson
tarikh : 15 - 28 April 2011


peserta : ~  100 orang kakitangan awam yang baru dilantik ke dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

satu pengalaman yang baru kepada kakitangan awam yang baru termasuk aku. hampir semua baru dilantik ke dalam kerajaan tapi kebanyakan mereka dah bekerja lebih dari 5 bulan kecuali aku, yang baru berkhidmat baru 4 bulan. rezeki...

mungkin ada yang tak tahu, kursus induksi ialah kursus yang mengandungi hampir 90% ceramah. 10% lagi ialah aktiviti riadah dan exam.

ya, kami kena ambil exam.

ceramah lebih kepada peraturan-peraturan kerajaan, akta dan dasar kerajaan, sistem dan proses penting dalam kerajaan seperti kewangan, aset, rekod dan fail. ada juga ceramah dari segi agama dan nilai-nilai murni seperti integriti dan rasuah.

dipendekkan cerita, selepas habis kursus, kami lebih semangat untuk berkhidmat kepada rakyat dan kami lebih faham tentang dasar-dasar kerajaan dan perancangan kerajaan.

pasal exam yang tak bestnyer. exam ada time hari last induksi. sebelum exam badan dah penat sebab jadual dah padat:
6.30 am - senaman pagi
8am-5pm - ceramah
5 pm    - riadah
8 pm - 10 pm - public speaking

setiap hari macam ni. kemuncak kepenatan ialah selepas habis malam kebudayaan & majlis penutup. kebetulan demam pulak. nak study pun dah tak boleh. note banyak, dah macam zaman study.


alhamdulillah, dapat gak jawab exam tapi kepala pening-pening.harap-harap lulus lah exam.
kalau dah lulus exam, aku akan disahkan jawatan dan aku layak memilih skim pencen atau skim KWSP. yang paling penting, aku akan layak ambil loan rumah 100% sebagai kakitangan kerajaan. ini semua melibatkan perancangan masa depan aku. semoga aku lulus. ameen!

owh ye, sudah tentu dah dapat ramai kawan dari keliling selangor. ada yang kerja lab, forensik, pharmasi, rekod, sosial, nutritionist, kaunselor, physioterapist...

No comments: