Followers

Friday, July 15, 2011

minggu ke sana ke mari :kursus plak!

ahad 5 jun (maghrib):
tetamu ramai dah balik. badan dah penat. tapi kena ready nak ke Kota Bharu lagi.yes! kota bharu again. tapi kali ni naik bas jelah. den tak larat dah nak drive

tiket bas transnasional naik di terminal 1 seremban
8.45 pm - sampai di terminal
9.00 pm - sepatutnya bas dah sampai tapi belum lagi
9.30 pm - masih tak sampai
10.00 pm - tanya kaunter tiket: "sori dik, bas sangkut kat gua musang. petang tadi ada eksiden teruk. bas takleh lepas. kalau nak balik umah akak ok jek. ambil no fon akak. bas dijangka sampai 1 pagi"

HAMPEH!

10.30 pm - sampai di rumah & terus tido
12.30 am - 1st call "bas baru lepas bentong"
1.30 am - 2nd call " bas dah dekat-dekat nak sampai KL"
2.30 am - sampai di terminal 1 seremban
3.00 am - bas sampai
1.00 thari - tiba di kota bharu. HAMPEH again! tapi alhamdulillah, selamat sampai :)

tujuan aku sebenarnya nak join bengkel "update in burn management" untuk pegawai dietetik KKM kat Kelantan Trade Centre.

sebenarnya ini arahan bos, memandangkan aku yang jaga burn unit bersama dengan dia. so, pergi je la.
tapi yg agak tak best, bengkel tu sebenarnya start hari ahad 2 ptg, tapi malangnya aku sampai hari isnin 1 tghari.

sampai hotel 1.30 pm, bersiap dan terus naik bas, ada trip ke Burn Unit HUSM.
disebabkan aku sampai lambat, dan orang paling last naik bas tu, maka semua dah kenal dengan senangnye, "ooo, dia ni ke yang join lambat tu..."

walaupun, sempat join beberapa sesi talk pada hari isnin tapi aku agak puas sebab dapat join group discussion dan tiba-tiba disuruh present kes group sendiri. at least aku belajar something dari case presentation...






selasa 10 mlm: bergerak balik ke seremban
rabu 8 pagi: sampai seremban
khamis 8 pagi: bekerja semula. 8 hari tak masuk ofis gara-gara cuti-cuti 1 malaysia

No comments: