Followers

Friday, July 15, 2011

Inspirer Team

team baru yang telah ditubuhkan hasil perbincangan bersama abg Firdaus dan kak Suhaili Naim sekitar bulan Mac.

objektif penubuhan, in a simple word, membuat program bersama-sama pelajar-pelajar sekolah di dalam bentuk program motivasi, sahsiah, kerjaya etc.
tujuan adalah satu : berdakwah.

buat permulaan, kami merancang untuk mengajak rakan-rakan seperjuangan dulu-dulu di UIA Kuantan dan buat permulaan, kami fokus di Seremban dahulu.

first program yang kami bincangkan (ketika itu di A&W seremban): program kem kerjaya selama 3 hari 2 malam di seremban dengan melibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar seremban. target dalam 100 orang.

alhamdulillah, kami berjaya dapat sponsor (fully sponsored) dari Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan dan disokong penuh oleh EXCO NS.

tarikh 17-19 hb Jun 2011 ialah program pertama kami: "KEM IBADAH". bertempat di Kompleks Kolej UNITI Pasir Panjang, NS
peserta seramai ~ 80 orang pelajar SPM dari ~ 8 buah sekolah sekitar seremban.
objektif kem: menerapkan unsur membaca sebagai satu ibadah, motivasi dan kerjaya.

 head fasi: abg firdaus
camp com: adam
fasi: ilman, firdaus, alif, ella, fahana, jepa, sheth, jimi, abg miza, abg zam

insyaAllah, selepas ini kita akan meramaikan ahli, tidak semestinya dari Faciteam sebab Inspirer Team bukan alumni Faciteam. insyaAllah juga, kita akan melebarkan sayap dengan merancang lebih banyak program.

selepas Kem Ibadah, kita berprogram dengan SMK Seremban 2 di rembau, bakal berprorgam 1 hari dengan SDAR.

semoga perjuangan kita ini dirahmati Allah dan dipermudahkan oleh Allah. ameen...

1 comment:

suhailinaim said...

Nak join program lepas ni...

p/s : dah nak habis posting surgery. harap2 life return to normal..