Followers

Tuesday, June 4, 2013

Stevia Rebaudiana

Pokok Stevia Rebaudiana

APAKAH ITU STEVIA?


Sejenis tumbuhan herba berasal dari negara Paraguay. Ekstrak dari daun pokok Stevia iaitu “steviosides” memberi rasa manis seperti gula pasir.

Disebabkan Stevia ialah tumbuhan herba semulajadi, Stevia selamat digunakan di dalam minuman atau masakan, tidak bertoksik dan semulajadi.

KHASIAT STEVIA

  1. BEBAS toksik, selamat digunakan 
  2. BOLEH menggantikan gula pasir 
  3. BOLEH menggantikan pemanis tiruan
  4. 0 (kosong) KALORI 
  5. STABIL pada suhu yang tinggi 
  6. TIDAK NAIK paras gula dalam darah 
  7. SESUAI untuk pesakit kencing manis, pesakit darah tinggi 
  8. SESUAI untuk kawalan berat badan
INGIN BELI GULA STEVIA?

Monday, February 18, 2013

Mitos Trend Diet Sekarang : Part 1

rekod pengambilan makanan yang biasa dilihat*:

*PENGUMUMAN : terdapat kekeliruan di kalangan pembaca blog saya. contoh diet di bawah ialah contoh DIET YANG TIDAK SIHAT, yang biasa dilihat dikalangan pesakit saya. contoh diet di bawah TIDAK SESUAI dan TIDAK PATUT diamalkan.

10 pagi
1 pinggan mee goreng ATAU 1 pinggan nasi lemak
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik

1 tengahari
RM 2 pisang goreng (10 ketul)
1 gelas teh o ais

4 petang
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik

8 malam
2 senduk nasi putih
1 ketul ayam goreng
kurang sayur, kadang-kadang tiada
1 gelas air kosong

10 malam
kerepek goreng ATAU kacang goreng - sedikit

MITOS:
1- "saya kurang makan nasi...sepatutnya tak naik berat badan..."
2- "dah lama saya buat diet macam ni..."
3- "saya tak makan banyak, kurang makan nasi, kalau makan nasi, saya makan sikit je..."

VS

FAKTA:
1- jumlah kalori (anggaran) seperti berikut :
10 pagi = 700 kilokalori
1 tengahari = 600 kilokalori
4 petang = 200 kilokalori
8 malam = 500 kilokalori
10 malam = 100 kilokalori
JUMLAH = 2,100 kilokalori

secara average, lelaki dewasa perlukan 1,800 kilokalori sehari dan perempuan dewasa 1,500 kilokalori sehari. LEBIHAN 300-600 kilokalori sehari

2- trend diet sebegini untuk jangka masa lama akan mengakibatkan pertambahan berat badan.

3- nasi boleh diambil ketika makan berat tengahari atau malam, tetapi lauk di keliling nasi menyumbang kalori yang banyak.

"START lose weight, ASK DIETITIAN HOW!"

Friday, February 15, 2013

"gemuk ke anak saya?" part 2

Sepatutnya muka aku macam ni sepanjang perbualan...

perbualan telefon hari ini...

Puan : hari tu ada timbang anak saya kat sekolah, lepas tu minta saya telefon klinik untuk jumpa dengan pemakanan...macam mana tu?
Dietitian : Iye puan, betul tu...minta puan dan anak puan datang ke sini, kita nak bagi nasihat pemakanan untuk kuruskan badan...

Puan : ...hurm...berat badan anak saya dalam 60 kilo lebih, umur 12 tahun...
Dietitian : untuk umur lelaki 12 tahun, average dalam 30-35 kilograms. Kiranya anak puan dalam kategori obese lah, dah dua kali ganda dari berat sepatutnya...

Puan : yeke??? saya tengok ada kawan dia lagi gemuk, dekat 70 kilo...habis tu, macam mana nak buat?
Dietitian : Kita memang minta puan dan suami puan bersama-sama datang ke klinik, kita buat plan untuk kuruskan berat badan anak puan...

Puan : saya kena datang ke sana ke??? kalau cakap guna telefon tak boleh ke???
Dietitian : maaf puan. Kita minta puan datang bersama anak puan ke klinik sebab kita nak buat penilaian dari segi berat badan, imej badan...

Puan : saya bukan apa, susah nak datang ke sana...ok la, takpe la, terima kasih...
<< LETAK TELEFON>>
Dietitian : ....?????....
Jangan bermimpi di siang hari! realitinya...
Sedih ?
Terperanjat ?

Bagi aku, ini benda biasa dan contoh respon ibu bapa bila bercakap mengenai berat badan anak dia. Kalau ibu bapa boleh korbankan masa dan tenaga untuk hantar anak ke tusiyen, bawa anak pergi berjalan-jalan, kenapa susah nak buat keputusan untuk bawa anak ke klinik hanya selama 30 minit?

Kalau ibu bapa sedar tentang kepentingan kesihatan dan kawalan berat badan, tentu si "Puan" tersebut akan cakap : "ok la encik, saya nak datang minggu depan boleh? saya cuba datang petang. pukul berapa encik free?"

p/s: mengharapkan keajaiban kepada si "Puan", si "suami Puan" dan si anaknya.moga-moga jadi.insya Allah

Thursday, February 14, 2013

berguru boling dengan video...part 2


Tak sangka pulak dalam banyak-banyak benda yang aku tulis, topik berguru boling dengan video dapat sambutan hangat.

Kalau korang nak tahu part 1 << KLIK DI SINI >>

Ada satu benda aku tak follow up cerita tu, pasal kejadian bowling tournament Jabatan Dietetik dan Sajian Selangor. Self confidence tinggi sebelum bertanding, maklum la aku training bersungguh-sungguh dengan bergurukan video dan di-supervise oleh kawan aku, Zuhairy. Time training, score 3 digit per game adalah benda biasa, average score 120 ke atas.

Tapi tu la, masa bertanding, darah gemuruh pulak datang. Ntah mana datang gemuruh tak tau lah. Main 3 game, aku punya score tak cantik, tak silap aku 1st game 90 lebih, 2nd dan 3rd 100-110. Overall, team Hospital Selayang dapat no 4. Tahniah!!!

YES! aku ulang balik statement dari entry part 1, boling hendaklah dimainkan dengan teknik yang betul, baru tangan tak lenguh, score pun cantik. Kalau korang segan nak belajar, buat macam aku, download video masuk phone, pastu replay la balik kali masa training.hehe....

Wednesday, February 13, 2013

"gemuk ke anak saya?"

dietitian : puan, berat badan anak puan sekarang ialah 68kg. berat badan sepatutnya untuk budak lelaki 11 tahun ialah 33kg. berat badan anak puan dah lebih 2 kali ganda dari berat badan normal.
puan :......gemuk ke anak saya ni? saya tengok ada lagi gemuk dari anak saya kat sekolah dia...

YA! pertanyaan "gemuk ke anak saya?" di atas sering berlaku kat seorang dietitian, terutamanya dari pengalaman diri sendiri la.

dietitian : kalau ikut graf ni, berat badan anak puan melebihi garisan paling atas. jadi, memang anak puan dalam kategori obes.

Fasa "denial" atau dalam Bahasa Melayu fasa "penafian" sering berlaku kat semua pesakit, semua orang, tak kira usia. itu benda normal.

Kadang-kadang aku fikir, soalan tu muncul bukan sebab "denial" atau "penafian" tetapi soalan itu wujud atas beberapa faktor, berdasarkan pendapat aku la:

1- "body image". badan "berisi" tandanya "semangat" atau "sihat" atau "cukup makan"

2- budak-budak lagi. "biasa la, nanti dah besar, dia akan tinggi, berat badan turun macam abang dan kakak dia"

3- sudah biasa. dah jadi trend. jika berlaku pada diri sendiri atau orang lain, itu semua benda biasa pada zaman sekarang

Antara faktor nak menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ialah sokongan dari keluarganya sendiri. Ibu bapa ialah orang yang paling bertanggungjawab dalam membentuk diet anaknya. Tanpa sokongan mak ayah, maka susahlah seorang kanak-kanak nak memahami masalahnya iaitu obesiti. Kuasa membeli dan menyediakan makanan masih terletak di tangan ibu bapa.

Jadi, kepada semua ibu bapa di luar sana, jom sama-sama bagi sokongan dengan merancang diet anak secara betul dan sihat.

p/s : pesanan untuk diri sendiri jugak bila bergelar seorang ayah...

Entry ke-100

Stats blog sesuatu-yang-indah.blogspot.com sejak Mei 2008...

most pageviews : Ogos 2010 (686 pageviews)

top 3 popular posts:
1. berguru boling dengan video (posted entry 5.10.2011)
2. akuarium baru! (posted entry 22.10.2011)
3. Program Kafeteria Sihat Hospital (posted entry 30.10.2011)

top 3 popular traffic sources:
1. http://www.google.com/search
2. http://ainul-asrar.blogspot.com/
3. http://dysclosure.blogspot.com/

top 3 popular search keywords:
1. sesuatu yang indah
2. sesuatu yang indah blogspot
3. dietitian hospital selayang

Thursday, February 7, 2013

Inspirer Team Malaysia



Persatuan Fasilitator Inspirasi Motivasi Generasi Muda Malaysia ( PFIMGMM ) atau secara ringkasnya dikenali sebagai Inspirer Team Malaysia ialah sebuah persatuan NGO Malaysia yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Inspirer Team Malaysia terdiri daripada sekumpulan fasilitator yang bekerjasama memberi inspirasi kepada generasi masakini untuk terus maju dan berkembang.

Objektif Inspirer Team Malaysia :

  1. Menjadi platform untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang menerapkan nilai-nilai sahsiah murni dan kendiri yang tinggi. 
  2. Menjadi platform untuk berdakwah yang bertujuan membimbing masyarakat ke arah pembaikan diri demi mencapai kecemerlangan dari semua aspek secara menyeluruh. 
  3. Menjadi platform pembentukan dan pembangunan modal insan yang soleh dan solehah serta bermotivasi tinggi sekaligus menggilap keyakinan dan potensi diri intrapersonal dan interpersonal. 
  4. Menjadi platform pengukuhan asas kekuatan generasi pelapis negara yang bertanggungjawab dengan menekankan aspek sahsiah diri, kebersamaan berkumpulan dan berkepimpinan berhemah tinggi. 
  5. Menjadi medium perpaduan masyarakat dengan menerapkan semangat kesukarelawan dan ambil berat terhadap masyarakat melalui perancangan program dan aktiviti.




Barisan kepimpinan Inspirer Team Malaysia tahun 2012-2014

  • Pengerusi : En. Ilman Hadree bin Idris 
  • Timbalan Pengerusi : Dr. Muhammad Firdaus bin Ujang 
  • Setiausaha : Cik Nurul Farhanah binti Md Fozi 
  • Penolong Setiausaha : Leftenan Komander (TLDM) Razimi Damri
  • Bendahari : Cik Suhaila binti Baharom 
  • Biro Pembangunan dan Latihan : En. Hamzi bin Hadi 
  • Biro Pengurusan Diplomatik : Encik Muhammad Syafiq bin Salleh 
  • Biro Perancangan Program : Dr. Adam bin Abd Razak 
  • Biro Pengurusan Ekonomi : Dr. Najwa ’Abidah binti Mohd Halim
Duduk Dari Kiri : Suhaila, Firdaus, Ilman, Farhanah. Diri Dari Kiri : Razimi, Hamzi, Najwa. Tiada Dalam Gambar : Syafiq, Adam
 


Ingin sertai Inspirer Team Malaysia? Sila lawat page FB Inspirer Team Malaysia

Pertanyaan? Sila email ke inspirerteam@gmail.com

Tuesday, February 5, 2013

Financial Freedom...

Dulu-dulu aku suka baca blog pasal kewangan / financial. Dalam serius baca blog topik tu, mesti jumpa keyword "financial freedom" atau "financial independence" atau "kebebasan kewangan".

Aku "petik" maksudnya dari encik Wiki:
" Financial independence...the state of having sufficient personal wealth to live indefinitely without having to work actively for basic necessities...assets generate income that is greater than their expenses..."

Pendapat peribadi aku, semua orang simpan niat nak dapat banyak income, nak kekayaan, nak dapat duit mudah. Betul tak?

Jawapan aku mudah, kita kena mula mencari income, supaya duit yang kita dapat dapat menampung perbelanjaan DAN dapat menambah harta atau kekayaan.

Makan gaji? Itu pilihan selamat dan terjamin sampai pencen.hehe. Tapi adakah gaji kita "cukup-cukup makan" atau "boleh la simpan sikit-sikit"?

Jadi, dalam kepala aku ni ada la fikir target financial freedom dan aku dah mula perlahan-lahan. Insya Allah akan aku kongsi sikit-sikit dalam blog ini. Maklum la, aku pun budak baru belajar, masih banyak perlu menimba ilmu.

p/s : Jangan lupa, kekayaan tanpa bekalan di akhirat kelak tak guna jugak. Kekayaan tanpa berbudi kepada orang lain tak guna jugak...

Monday, February 4, 2013

Permulaan 2013

Update sikitlah kat korang apa dah jadi kat aku tahun 2013.hehe...

1. status -> dah jadi tunang orang -> nak berkahwin (lagi 18 hari dar tarikh entry post ini ditulis)
Kalau korang ikut blog ni dari mula mesti korang perasan takde satu pun entry pasal cinta? betul tak? haha...bukan nak cover line, kalau dah sampai masa, baru la nak hebahkan. Tak baik jugak kalau hebah tapi belum ada ikatan sah sebagai suami isteri...bertunang dengan dietitian jugak, Nor Syahiza...bertunang hari raya ketiga tahun lepas, September 2012...insyaAllah akan mendirikan rumah tangga hujung Februari 2013.

2. kerja -> bertugas di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Pahang
view dari meja ofis aku
Ha iye, sekarang dah kerja kat Klinik Kesihatan Bandar Kuantan. Mula kerja bulan Disember 2012...selamat tinggal Hospital Selayang. Kalau yang rapat dengan aku, dia tau lah macam mana "proses perpindahan" berlaku. Tapi nak dipendekkan cerita, anggap je la aku ditawarkan bertukar ke Kuantan dengan alasan "ikut orang rumah".hehe.

Ok. 2010 kerja di dapur hospital. 2011-2012 kerja di hospital setting. Sekarang, 2013 kerja kat KK pulak. Tahap busy memang lain la. Kerja kat KK ni, motto nye : "aku lah bos, aku lah kuli" dan "kerja tak cari kita, kita kena cari kerja". Alhamdulillah pengalaman dari kerja-kerja yang lepas,  ada yang berguna nak apply di sini.

Ok. tu je kot. Cukuplah update. Blog ni pun bukan personal diary nak tulis panjang lebar.

Thursday, January 31, 2013

2013...re-start blogging!

assalamualaikum w.b.t

Tahun 2013. Sudah berlalu 1 bulan. Nak masuk bulan Februari.

Semangat baru, nak re-start balik blogging.  

Mari kita tunggu dan lihat apa jadi kat blog sesuatu-yang-indah.blogspot.com

Tuesday, March 20, 2012

rutin kaunseling diet...

Kerja hakiki clinical dietitian atau kerja rutin seorang dietitian ialah bagi kaunseling diet kepada pesakit. Senang cerita, kaunseling ni ialah bagi nasihat pemakanan kepada pesakit.

Setiap hari benda yang sama, berulang-ulang, kes pun sama setiap kali dapat pesakit.

Bosan???

Tak patut cakap bosan sebab itu dah memang kerja aku, dietitian. Lagi pun, kena pikir gak kat dietitian yang dah kerja 10 tahun, 20 tahun...macam mana la kan dah lebih 10 tahun buat benda sama. Aku plak baru nak masuk 2 tahun.

Bagi aku, ada cara nak bagi menarik bila kaunseling pesakit. Ada student tanya macam mana nak buat bagi nampak lain, jangan nampak macam baca skrip.

Firstly, nak bagi menarik, kena faham assessment perlu dibuat, clinical judgement kena cukup dan kaunseling kena spesific + individualized. Memang point checklist benda nak kena cakap kena ikut tapi ada point nak kena ditekankan, ada point patut diulang-ulang.

Nak bagi menarik, boleh bawak gambar,flipchart dan food model masa jumpa patient. Kalau kita cakap je, tade gbar, tade benda nak tunjuk tak boleh jugak kan.

Nak bagi menarik, kita boleh buat beberapa siri followup, maybe 2-3 kali followup. Masa first time jumpa pesakit, kita boleh diskus dengan pesakit pasal outline kaunseling kita, apa topik yang dicerita dan apa yang kita nak tengok bila buat followup. Aku selalu buat camni, biar pesakit nampak gambaran bila jumpa dietitian pertama kali, kali kedua dan seterusnya.

Nak bagi menarik, tak salah ubah cara bagi kaunseling. Cara tipikal dan standard, buat diet recall dan pastu bagi kaunseling. Cara lain yang pernah aku buat, tulis diet recall atas kertas depan pesakit.conteng kertas tu masa bagi kaunseling dan jadikan kertas tu as pamphlet untuk pesakit bawak balik rumah. Cara lain, kita assess dulu knowledge pesakit pasal penyakit dia.kira buat Q&A session.kita tanya apa yang dia tak paham.pastu terus direct betulkan knowledge pesakit. Cara lain, cara paling ekspress aku buat kalau tade masa+banyak pesakit,aku buat kaunseling sambil buat diet recall,mintak pesakit bayangkan pinggan nasi, pastu sentuh bab mealtime, carbo counting, fiber n fruit, protein, low chol, low fat.semuanya aku mintak bayangkan sepinggan nasi.10min dah cover semua point.

Entry ni ditulis ketika tengah jaga Klinik Kesihatan Selayang Baru. Tengah tunggu patient. Sambil tunggu tengah pikir skill kaunseling. Sekarang ni nak kena biasakan bagi kaunseling sebab aku nak kena jaga wad medical, dah tak jaga wad critical ICU dah.

Ok.adios!

Monday, March 19, 2012

2011: Establishment Phase...

Entry ni sebenarnya dah dikarang lama.lama sangat pending post ni sebab nak letak gambar tapi last last tak letak pun.so.post je la entry ni demi nak sedapkan hati.hehe...so,ayat-ayat di bawah ialah entry original aku tulis dulu kala...

Adalah sangat pelik first entry untuk tahun 2012 ni sama dengan tarikh Tahun Baru Cina...tapi masih belum terlambat sebab mood masih tahun baru 2012 dan masih dalam bulan Januari 2012, just nak recap balik tahun 2011 : Establishment Phase...

Lagi senang kalau aku simpulkan 2011 ni sebagai tahun untuk aku mencari tapak, bak kata orang-orang tua, "baru nak kenal hidup, baru nak belajar hidup"...

1) Kerjaya
- Alhamdulillah, cukup setahun dah aku kerja kat Hospital Selayang. 2011 tahun yang sangat busy. Lagi busy di kala dietitian tidak cukup dan di kala aku mengganti kerja orang. Lagi parah semasa bulan Disember 2011, dengan tak cukup orangnya, dengan banyak report nak kena hantar, dengan censusnya dan paling best 28 Disember 2011, aku kena present case management "71% burn patient" kat Hospital Kajang sempena mesyuarat JDS Selangor. Cuak gak present depan-depan HOD dietitian. Bagi aku, presentation tu kemuncak tahun 2011, nasib baik bos puji.hehe...

2) Kewangan
- kalau sentuh bab "baru nak belajar hidup", bab kewangan ni benda wajib, benda yang mencabar. bagi aku, memang betul orang-orang tua cakap, "susah nak cari duit ni", walaupun kerja duduk dalam office yang ber-air-cond, perasaan dapat gaji setiap hujung bulan adalah sangat best, lagi best kalau dapat bonus dan increment gaji. Tapi perasaan tak best kalau nak berbelanja. Biasanya, gaji kita akan setel dulu kat komitmen hutang atau harta kita macam kereta, rumah, loan belajar, kredit kad dan bil-bil sewaktu dengannya. Itu komitmen bulanan, belum masuk komitmen tahunan macam servis kereta (minor dan major), insurans, cukai. tu baru komitmen tahunan, komitmen harian macam duit makan, duit minyak. Aih, peluh dah kepala ni pikir hal duit.
Dah setel komitmen hutang, baru kita asingkan untuk diri sendiri, famili dan mak ayah. Duit lebihnya tu, baru boleh berbelanja, nak bagi bertahan lagi sebulan. Cumanya, tak boleh joli sangat, den kono kumpol duit, nak bawak minang orang.den kono save duit demi maso dopan.hehee...

3) Personal
- tak banyak sangat nak cerita pasal hidup peribadi ni. Aku ni bukan nya artis nak cerita hal peribadi macam-macam. tapi aku rasa, aku ni tak pandai nak share cerita-cerita peribadi ni. yang penting, aku masih tetap tersenyum (lagu PADI). so far, 2011 tahun tak memberangsangkan, maybe masih mencari-cari "hala tuju ke masa depan", mungkin juga aku masih nak adapt dengan keadaan baru...

Secara peribadi, tahun 2012 start dengan positif energy, semangat baru, dan "hala tuju masa depan" yang baru. Semoga  berjaya ILMAN HADREE!

Sunday, December 18, 2011

PADI : "semakin berisi, semakin merunduk"

inspired after reading a blog (not going to mention the name of that blog as the owner "segan" if somebody mentioned about it.haha) and with the spirit of  "tanak kalah", this entry is actually about "my world of music".

Sobat-sobat sekalian, kita mulai dengan PADI

PADI beranggotakan (dari kiri) :  Rindra Risyanto Noor (Rindra, Bass), Surendro Prasetyo (Yoyok, Drum), Andi Fadly Arifuddin (Fadly, Vokalis), Ari Tri Sosianto (Ari, Gitar) dan Satriyo Yudhi Wahono (Piyu, Gitar)

   "...sebelum bernama PADI, band ini dulu bernama SODA...pada tanggal 8 April 1997 mereka mengganti nama band-nya dengan nama PADI. Nama ini dilontarkan pertama kali oleh Yoyok, sang drummer. Selain karena filosofinya semakin berisi semakin merunduk, ibarat makanan pokok mereka menginginkan band ini bisa dinikmati oleh semua orang. Mulai dari tukang becak, anak kecil, hingga para eskesuktif berdasi. Meski nama PADI sering dianggap "kampungan", karena dianggap makanan orang susah. Tapi PADI punya makna sangat membumi, di mata mereka PADI juga merupakan lambang kesejahteraan..."

Semua kawan-kawan aku, tak kira lah, laki atau perempuan, tak kira yang pernah tinggal serumah, pernah naik kereta aku atau pernah borak-borak hal muzik, mesti diaorang akan kenal PADI.

Aku start terjebak suka PADI ini masa aku form 4, seperti orang lain, kita akan suka apa yang adik beradik kita suka. Time tu abang aku suka ulang-ulang lagu PADI depan aku, kebetulan lirik lagu PADI yang "dalam" dan muziknya yang agak "berat" tapi kena dengan jiwa aku, last-last aku suka dengan PADI sampailah sekarang. Bagi aku, PADI ni band yang "cool", tak beberapa menonjol dan tak beberapa popular di mainstream radio tapi diaorang ni memang otai. PADI best sebab kat lirik lagu dan muziknya. Kebanyakan liriknya memang best dan kadang-kadang "selection lagu" PADI ada kait dengan mood aku time tu. Kalau tengah happy, ada lagunya, tengah marah, ada lagunya. haha.

Antara lagu-lagu yang best:
- begitu indah
- seperti kekasihku
- sesuatu yang indah
- semua tak sama
- kasih tak sampai
- rapuh
- menanti sebuah jawaban
- ternyata cinta
- sang penghibur
- tempat terakhir

PADI - Semua Tak Sama

Dalam PADI, aku suka kat Fadly. Suara dia memang lunak dan paling best antara suara penyanyi lelaki dalam band-band indon dan malaysia. Tak pernah jumpa dia, tak pernah tengok PADI secara live tapi kalau dengar suara Fadly kalau nyanyi live memang karen banget. Penampilan tak penting, yang penting gaya cool dan suara sedap. Sejak akhir-akhir ni Fadly banyak nyanyi lagu keagamaan, dengan maher zain (insyaAllah), hadad alwi (doaku) dan natasha (peristiwa subuh).

Fadly Padi si tukang becak..background music: kasih tak sampai by PADI

Aku sebenarnya pernah belajar main gitar dan drum dan sebenarnya aku pernah ada band sendiri, nama band "driveshaft". Dianggotai 3 orang, aku bermain drum. Tapi band ni tak kekal lama sebab main guitarist dah lari ke band lain. Rasanya bertahan setahun je tapi ada la buat practice session kat studio beberapa kali...

Genre muzik yang aku dengar, selalunya pop, pop rock dan rock. kadang-kadang dengar lagu klasik (70's, 80's, 90's)...

band-band lain yang aku dengar :
local/indon: Padi, Gigi, Dewa, Sheila on 7
international : Coldplay, Foo Fighters, Boyzone, Maroon 5, Lifehouse, Foo Fighters, Green Day, Muse, U2

solo artist:
local/indon: tarak...
international: Robbie Williams, Frank Sinatra, Ronan Keating

p/s: masing-masing ada pilihan tersendiri, semua tak sama, tak pernah sama....

Dont Judge A Book By It's Cover...


it's what's inside that counts!

entry kali ni bukan nak kait sape-sape tapi nak bagi peringatan, kat diri sendiri dan orang lain.

pada pendapat diri sendiri, aku memang susah sikit nak judge orang kat sape-sape yang aku memang tak kenal, apatah lagi yang langsung tak pernah bercakap atau langsung tak pernah berborak.

setiap kali aku pergi mana-mana dan jumpa sape-sape orang baru, aku akan simpan sikit sedikit ruang untuk aku suka/minat dia (in term of friendship/partnership). pengalaman bekerja dan bermasyarakat mengajar aku untuk simpan sedikit ruang positif untuk orang yang aku tak kenal atau baru nak kenal. sape lah kita nak cakap macam-macam, nak komen macam-macam. sebab bagi aku, kalau kita tak wujudkan ruang tu walaupun sikit dalam hati ni, jadi dengan senang kita akan judge orang tu dari luaran sahaja dan bukan dari dalaman.

aku rasa, luaran aku tak mencerminkan keseluruhan diri aku, aku rasa tidak sampai pun 70% mengambarkan diri aku. perbuatan aku di khalayak ramai pun tak mencerminkan tingkahlaku aku. itu yang sesetengah orang cakap, aku ni pendiam, tak banyak cakap. tapi aku kena admit, face expression memang gambarkan mood aku, macam muka masam maksudnya lapar dan marah.haha. tapi still, bagi aku, luaran dan dalaman aku akan menggambarkan semua, kalau orang tu dah kenal aku. sebenarnya orang yang paling kenal kita ialah ibu bapa kita. tak kisah lah kita ada kawan sehati sejiwa pun, family kita lah yang paling kenal kita.

so, jangan judge seseorang yang anda tidak kenal dan jangan judge melalui profile facebook sahaja...

Monday, December 12, 2011

setahun di hospital selayang...

alhamdulillah sudah selamat setahun bekerja di Hospital Selayang sebagai Pegawai Dietetik U41...

1/12/2010 ke 1/12/2011 memang kejap. Terasa cepat je dah setahun. Kalau dah nak kena hantar SKT (Sasaran Kerja Tahunan), maknanya dah complete satu tahun di Hospital Selayang...

Apa yang boleh disimpulkan, sangat berbesar hati dapat bekerja di Hospital Selayang, IT hospital, staff jabatan yang ok dan dietitian lain yang sangat supportive dan bagus...

Banyak dah kerja dibagi dan dibuat di Selayang. Macam-macam hal, macam-macam masalah tapi itu semua biasalah, kalau kerja, ada je masalahnye, ada je benda yang tak "sebulu" dengan orang lain...

Hopefully, aku akan lebih bahagia di Selayang, apa yang pasti, maybe lagi 4 atau 5 tahun lagi aku di sini sebelum layak naik pangkat ke tempat lain atau maybe masih stay di Selayang...

Mengharapkan terbaik dari sendiri dengan doa penuh harapan kepada Allah...

Thursday, December 1, 2011

selamat dimakan vs sihat untuk dimakan

Last week aku pergi seminar satu hari di NIOSH Bangi pasal food management system. Dalam seminar tu, ada slot mengenai food safety. Penceramah yang juga auditer ISO food safety ada membentang ciri-ciri sijil ISO.

Ada ketika si penceramah bagitahu, "food safety memang penting. Ke mana saja kita pergi, kita travel, sebenarnya kita pentingkan keselamatan makanan. Kalau tak selamat, mesti kita akan dapat penyakit atau paling kurang cirit birit. Tapi sebenarnya, fast food mesti jadi pilihan kita sebab selamat dimakan. Antara selamat dan sihat, kita pilih selamat iaitu fast food..."

So, selamat dimakan vs sihat untuk dimakan?

Kalau ditanya kepada dietitian, sudah tentu kita pilih dua-dua. Makanan yang selamat dimakan mesti juga sihat untuk dimakan. Alasan mudah, selamat dan sihat memberi jaminan kita selamat dari penyakit yang berkait dengan makanan seperti cirit birit dan kencing manis.

Cuma isunya disini, di mana kita nak cari makanan yang sihat,terutamanya bila makan di luar. Pilihan kita akan terbuka jika kita sendiri faham maksud makanan yang selamat dimakan dan sihat untuk dimakan.

Benda pertama dalam checklist kita ialah memilih kedai yang bersih. Sentiasa perhati keadaan di sekeliling kedai, perhati tahap kebersihan pekerja kedai, kebersihan ruang penyediaan makanan dan perhati juga gred yang ditampal di kedai, samada gred A atau B atau C.
Benda kedua dalan checklist kita ialah dengan memilih menu yang sihat. Menu yang sihat sentiasa kurang minyak, kurang lemak, kurang gula,kurang garam dan banyak serat. Jika tiada makanan seperti begitu, kita mesti pandai membuat "extra order" seperti meminta kurang gula dalam minuman, minta ditambahkan lebih sayur atau kurangkan garam dalam masakan.

Akhirnya,terpulang kepada kita samada makanan selamat dimakan vs sihat untuk dimakan...

Tuesday, November 22, 2011

target vs expectation

Target ialah situasi atau keadaan terakhir yang kita nak capai.

Sepanjang usaha nak capai target,kita mesti dah set list of expectation. List expectation boleh jadi panjang,boleh jadi pendek. Boleh jadi list tu terlebih tinggi dan boleh jadi terlalu.

Apa pun,list expectation tak boleh disalahkan. Kadang kala kita perlukan satu impian untuk capai target...

Monday, November 7, 2011

Allah yang gerakkan hati kita...

"Allah yang menciptakan hati kita dan menggerakkan hati kita...Sudah semestinya kita berharap hati kita sentiasa didekatkan dengan Allah dan sentiasa dijauhkan dengan perkara maksiat..."

Begitu lah kata-kata pembukaan slot ceramah pagi IKIM.fm isnin minggu lepas. Sempat lagi ustaz memuji pendengar radio "seperti pagi hari ini, Allah telah gerakkan hati pendengar-pendengar sekalian untuk mendengar IKIM.fm dan mendengar topik saya pagi ni iaitu sifat pemarah".

Menurut ustaz tu, pemarah ada 4 jenis:
1- cepat marah dan senang memaafkan
2- susah nak marah dan senang memaafkan
3- cepat marah tapi susah nak memaafkan
4- susah nak marah tapi susah nak memaafkan

Jenis ke-2 iaitu susah nak marah dan senang nak memaafkan adalah paling terbaik. Seboleh-boleh nya kita kena banyak bersabar dan senang memaafkan orang lain. Kadang-kadang ujian tu datang sebab allah nak tengok kita marah ke tak, kita redha ke tak dengan ujian tersebut. Kalau orang yang senang marah bila dapat ujian, itu makna nya tak redha dengan ujian Allah.

Semasa mendengar di dalam kereta menuju ke Hospital, aku dah berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini dan semoga hati aku tak cepat marah.

Hari isnin ialah hari busy untuk semua orang. Setelah tinggalkan kerja dan wad selama 2 hari, mesti hari isnin akan berlambak kerja, patient pun ramai dan bos pun selalu cari kita tanya kerja. Untuk menenangkan keadaan, aku sentiasa mulakan hari di hospital dengan sarapan pagi. Ingat, breakfast penting untuk kawalan kadar metabolisma badan.

Nak dijadikan cerita, hari isnin aku ada praktikal SGA (Subjective Global Assessment) kat wad bersama-sama dengan dietitian lain selepas lunch, pukul 2.30 petang. Pagi isnin aku habiskan masa dengan ward round ICU, jenguk CCU dan HDW. Sebelum lunch, aku dah decide nak naik wad medical 10C sebab ada 2 referral, dua-dua kes ryles tube feeding, so memang sempat nak habiskan dalam masa setengah jam dari 2.00-2.30 petang.

Tepat kul 2 petang, aku naik wad 10C. Dah setel satu patient, aku bergerak ke satu lagi. Kali ni, katil patient dekat dengan katil seorang makcik, makcik F. Makcik F ni dah lama duduk dalam wad, dah ada dalam sebulan. Makcik ni peramah orangnya dan banyak bercakap. Disebabkan aku jumpa patient selang satu katil dengan katil makcik F, aku pun ambil keputusan nak jumpa makcik F walaupun time tu lagi 10 min nak 2.30 petang. Hati tak sedap kalau aku tak jumpa dia, dia pun dah pandang-pandang bila aku dah datang wad. Ini masuk kali ketiga jumpa dia.

"Makcik, assalamualaikum.apa kabar arini? sudah makan?"
"Wassalam tuan haji. boleh kan makcik panggil tuan haji?"

Sebenarnya, setiap kali aku jumpa dia, dia akan panggil aku "tuan haji" sebab bagi dia, aku ni seorang yang baik dan suka senyum, jadi dia gelarkan aku "tuan haji" sebagai doa suatu hari nanti aku naik haji.insyaAllah.

Sambil-sambil aku check makanan keliling meja makcik F, aku sempat gak tanya apa yang dia makan, apa yang dia tak boleh makan. Makcik F complaint staff nurse busy. Dia paham tahap busy diaorang tapi kadang-kadang badan dah tak selesa, nak pergi bilik air, badan tak boleh bangun, nak kena pimpin ke bilik air. Panggil pukul 10 pagi, jam 2 petang belum tentu staff nurse sampai. Makcik F sebak sekejap.

Jam dah 2.35 petang. sabar...

Tiba-tiba, makcik F memberi ingatan ataupun dengan nama lain tazkirah kepada aku. Tajuknya ialah "hormati orang tua dan jangan derhaka kepada orang tua".

Hampir 10min makcik F beri peringatan kat aku. Jam dah 2.45 petang. sabar...

Akhirnya, makcik F berhenti bercakap dan aku terpaksa meminta maaf dan meminta untuk pergi sebab ada urusan lain. Sempat juga aku berterima kasih dan sempat janji aku akan jumpa lagi lain kali.

"terima kasih tuan haji sebab mendengar.assalamualaikum..."

Sesungguhnya, peringatan itu datang dari pelbagai bentuk dan sepanjang masa. Bagi aku, aku hargai makcik F yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman dia untuk sama-sama kita beramal dan dekatkan hati kepada Allah.

Walaupun aku sampai office 3 petang, dah lewat tapi aku kena bersabar dan redha dengan ujian di wad. Bagi aku, masa yang lewat tadi telah terisi dengan benda yang berfaedah...

p/s: hidup kena menyampaikan dan beramal

masih tetap tersenyum...

Thursday, November 3, 2011

Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang Part 2

Sedikit update mengenai program kafeteria sihat.

Minggu ni kedua-dua cafe telah mula memasak dan menjual menu sihat. Walaupun belum all-out & belum ikut 100% plan tapi cafe dah start jual. Ada cafe yang dah siap beli bain marie khas untuk menu sihat dan satu cafe lagi tengah menunggu bain marie siap. Setakat ni, setiap hari cafe akan sediakan 2-4 menu sihat cuma tiada proper labelling lagi.

Lunch hari ni aku sempat test makan menu sihat kat satu cafe ni. Hari ni menu sihat ialah : kari ayam, kari ikan, dhalca,tosai, sayur campur. Ayam dibuang kulit, santan diganti dengan susu rendah lemak dan garam dikurangkan dalam masakan. Dipendekkan cerita, rendah lemak, rendah kolesterol dan rendah garam.

So, aku ambil kari ayam dan sayur campur. First impression, macam biasa je, tak nampak sangat lain dari makanan yang lain. Rasa boleh tahan. Kari agak pekat dan pedas. Garam tak rasa sangat. Ayam pun tidak ada kulit.

Start aku duduk makan, aku dah nampak seorang pakcik makan tosai 2 keping + kari ayam sihat. Dari meja aku, aku boleh nampak orang ramai jenguk, ada yang ambil, ada yang ajak rakan yang lain untuk bincang depan bain marie menu sihat.

Lepas lunch, sementara tunggu meeting JDS dan sister wad bermula, aku dan bos sempat berbincang. Dia pesan, "ilman, awak buat elok-elok tau. Hari tu miss Tan call saya, dia tanya pasal program cafe kita. Next week saya ada meeting dgn KKM pasal benda ni. Maybe kita akan jadi contoh hospital lain. Maybe diaorang akan buat visit cafe kita nanti..."

So far, aku dan team tengah berusaha membuat label kalori semua makanan dalam cafe dengan saiz hidangan dan kalori. Minuman yang dijual pun akan dilabel dengan kalori dan kuantiti gula. Bos bagi due date 16 november sebelum kitaorang decide nak buat official launching program kafeteria sihat Hospital Selayang.

Nantikan Part 3 next week...