Persatuan Fasilitator Inspirasi Motivasi Generasi
Muda Malaysia ( PFIMGMM ) atau secara ringkasnya dikenali sebagai Inspirer Team
Malaysia ialah sebuah persatuan NGO Malaysia yang didaftarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
Inspirer Team Malaysia terdiri daripada
sekumpulan fasilitator yang bekerjasama memberi inspirasi kepada generasi
masakini untuk terus maju dan berkembang.
Objektif Inspirer Team Malaysia :
- Menjadi platform untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang menerapkan nilai-nilai sahsiah murni dan kendiri yang tinggi.
- Menjadi platform untuk berdakwah yang bertujuan membimbing masyarakat ke arah pembaikan diri demi mencapai kecemerlangan dari semua aspek secara menyeluruh.
- Menjadi platform pembentukan dan pembangunan modal insan yang soleh dan solehah serta bermotivasi tinggi sekaligus menggilap keyakinan dan potensi diri intrapersonal dan interpersonal.
- Menjadi platform pengukuhan asas kekuatan generasi pelapis negara yang bertanggungjawab dengan menekankan aspek sahsiah diri, kebersamaan berkumpulan dan berkepimpinan berhemah tinggi.
- Menjadi medium perpaduan masyarakat dengan menerapkan semangat kesukarelawan dan ambil berat terhadap masyarakat melalui perancangan program dan aktiviti.
Barisan kepimpinan Inspirer Team Malaysia tahun 2012-2014
- Pengerusi : En. Ilman Hadree bin Idris
- Timbalan Pengerusi : Dr. Muhammad Firdaus bin Ujang
- Setiausaha : Cik Nurul Farhanah binti Md Fozi
- Penolong Setiausaha : Leftenan Komander (TLDM) Razimi Damri
- Bendahari : Cik Suhaila binti Baharom
- Biro Pembangunan dan Latihan : En. Hamzi bin Hadi
- Biro Pengurusan Diplomatik : Encik Muhammad Syafiq bin Salleh
- Biro Perancangan Program : Dr. Adam bin Abd Razak
- Biro Pengurusan Ekonomi : Dr. Najwa ’Abidah binti Mohd Halim
Duduk Dari Kiri : Suhaila, Firdaus, Ilman, Farhanah. Diri Dari Kiri : Razimi, Hamzi, Najwa. Tiada Dalam Gambar : Syafiq, Adam |
Ingin sertai Inspirer Team Malaysia? Sila lawat
page FB Inspirer Team Malaysia
Pertanyaan? Sila email ke inspirerteam@gmail.com
No comments:
Post a Comment