Followers

Showing posts with label interest. Show all posts
Showing posts with label interest. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Stevia Rebaudiana

Pokok Stevia Rebaudiana

APAKAH ITU STEVIA?


Sejenis tumbuhan herba berasal dari negara Paraguay. Ekstrak dari daun pokok Stevia iaitu “steviosides” memberi rasa manis seperti gula pasir.

Disebabkan Stevia ialah tumbuhan herba semulajadi, Stevia selamat digunakan di dalam minuman atau masakan, tidak bertoksik dan semulajadi.

KHASIAT STEVIA

  1. BEBAS toksik, selamat digunakan 
  2. BOLEH menggantikan gula pasir 
  3. BOLEH menggantikan pemanis tiruan
  4. 0 (kosong) KALORI 
  5. STABIL pada suhu yang tinggi 
  6. TIDAK NAIK paras gula dalam darah 
  7. SESUAI untuk pesakit kencing manis, pesakit darah tinggi 
  8. SESUAI untuk kawalan berat badan
INGIN BELI GULA STEVIA?

Thursday, February 14, 2013

berguru boling dengan video...part 2


Tak sangka pulak dalam banyak-banyak benda yang aku tulis, topik berguru boling dengan video dapat sambutan hangat.

Kalau korang nak tahu part 1 << KLIK DI SINI >>

Ada satu benda aku tak follow up cerita tu, pasal kejadian bowling tournament Jabatan Dietetik dan Sajian Selangor. Self confidence tinggi sebelum bertanding, maklum la aku training bersungguh-sungguh dengan bergurukan video dan di-supervise oleh kawan aku, Zuhairy. Time training, score 3 digit per game adalah benda biasa, average score 120 ke atas.

Tapi tu la, masa bertanding, darah gemuruh pulak datang. Ntah mana datang gemuruh tak tau lah. Main 3 game, aku punya score tak cantik, tak silap aku 1st game 90 lebih, 2nd dan 3rd 100-110. Overall, team Hospital Selayang dapat no 4. Tahniah!!!

YES! aku ulang balik statement dari entry part 1, boling hendaklah dimainkan dengan teknik yang betul, baru tangan tak lenguh, score pun cantik. Kalau korang segan nak belajar, buat macam aku, download video masuk phone, pastu replay la balik kali masa training.hehe....

Thursday, February 7, 2013

Inspirer Team Malaysia



Persatuan Fasilitator Inspirasi Motivasi Generasi Muda Malaysia ( PFIMGMM ) atau secara ringkasnya dikenali sebagai Inspirer Team Malaysia ialah sebuah persatuan NGO Malaysia yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Inspirer Team Malaysia terdiri daripada sekumpulan fasilitator yang bekerjasama memberi inspirasi kepada generasi masakini untuk terus maju dan berkembang.

Objektif Inspirer Team Malaysia :

  1. Menjadi platform untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang menerapkan nilai-nilai sahsiah murni dan kendiri yang tinggi. 
  2. Menjadi platform untuk berdakwah yang bertujuan membimbing masyarakat ke arah pembaikan diri demi mencapai kecemerlangan dari semua aspek secara menyeluruh. 
  3. Menjadi platform pembentukan dan pembangunan modal insan yang soleh dan solehah serta bermotivasi tinggi sekaligus menggilap keyakinan dan potensi diri intrapersonal dan interpersonal. 
  4. Menjadi platform pengukuhan asas kekuatan generasi pelapis negara yang bertanggungjawab dengan menekankan aspek sahsiah diri, kebersamaan berkumpulan dan berkepimpinan berhemah tinggi. 
  5. Menjadi medium perpaduan masyarakat dengan menerapkan semangat kesukarelawan dan ambil berat terhadap masyarakat melalui perancangan program dan aktiviti.




Barisan kepimpinan Inspirer Team Malaysia tahun 2012-2014

  • Pengerusi : En. Ilman Hadree bin Idris 
  • Timbalan Pengerusi : Dr. Muhammad Firdaus bin Ujang 
  • Setiausaha : Cik Nurul Farhanah binti Md Fozi 
  • Penolong Setiausaha : Leftenan Komander (TLDM) Razimi Damri
  • Bendahari : Cik Suhaila binti Baharom 
  • Biro Pembangunan dan Latihan : En. Hamzi bin Hadi 
  • Biro Pengurusan Diplomatik : Encik Muhammad Syafiq bin Salleh 
  • Biro Perancangan Program : Dr. Adam bin Abd Razak 
  • Biro Pengurusan Ekonomi : Dr. Najwa ’Abidah binti Mohd Halim
Duduk Dari Kiri : Suhaila, Firdaus, Ilman, Farhanah. Diri Dari Kiri : Razimi, Hamzi, Najwa. Tiada Dalam Gambar : Syafiq, Adam
 


Ingin sertai Inspirer Team Malaysia? Sila lawat page FB Inspirer Team Malaysia

Pertanyaan? Sila email ke inspirerteam@gmail.com

Sunday, December 18, 2011

PADI : "semakin berisi, semakin merunduk"

inspired after reading a blog (not going to mention the name of that blog as the owner "segan" if somebody mentioned about it.haha) and with the spirit of  "tanak kalah", this entry is actually about "my world of music".

Sobat-sobat sekalian, kita mulai dengan PADI

PADI beranggotakan (dari kiri) :  Rindra Risyanto Noor (Rindra, Bass), Surendro Prasetyo (Yoyok, Drum), Andi Fadly Arifuddin (Fadly, Vokalis), Ari Tri Sosianto (Ari, Gitar) dan Satriyo Yudhi Wahono (Piyu, Gitar)

   "...sebelum bernama PADI, band ini dulu bernama SODA...pada tanggal 8 April 1997 mereka mengganti nama band-nya dengan nama PADI. Nama ini dilontarkan pertama kali oleh Yoyok, sang drummer. Selain karena filosofinya semakin berisi semakin merunduk, ibarat makanan pokok mereka menginginkan band ini bisa dinikmati oleh semua orang. Mulai dari tukang becak, anak kecil, hingga para eskesuktif berdasi. Meski nama PADI sering dianggap "kampungan", karena dianggap makanan orang susah. Tapi PADI punya makna sangat membumi, di mata mereka PADI juga merupakan lambang kesejahteraan..."

Semua kawan-kawan aku, tak kira lah, laki atau perempuan, tak kira yang pernah tinggal serumah, pernah naik kereta aku atau pernah borak-borak hal muzik, mesti diaorang akan kenal PADI.

Aku start terjebak suka PADI ini masa aku form 4, seperti orang lain, kita akan suka apa yang adik beradik kita suka. Time tu abang aku suka ulang-ulang lagu PADI depan aku, kebetulan lirik lagu PADI yang "dalam" dan muziknya yang agak "berat" tapi kena dengan jiwa aku, last-last aku suka dengan PADI sampailah sekarang. Bagi aku, PADI ni band yang "cool", tak beberapa menonjol dan tak beberapa popular di mainstream radio tapi diaorang ni memang otai. PADI best sebab kat lirik lagu dan muziknya. Kebanyakan liriknya memang best dan kadang-kadang "selection lagu" PADI ada kait dengan mood aku time tu. Kalau tengah happy, ada lagunya, tengah marah, ada lagunya. haha.

Antara lagu-lagu yang best:
- begitu indah
- seperti kekasihku
- sesuatu yang indah
- semua tak sama
- kasih tak sampai
- rapuh
- menanti sebuah jawaban
- ternyata cinta
- sang penghibur
- tempat terakhir

PADI - Semua Tak Sama

Dalam PADI, aku suka kat Fadly. Suara dia memang lunak dan paling best antara suara penyanyi lelaki dalam band-band indon dan malaysia. Tak pernah jumpa dia, tak pernah tengok PADI secara live tapi kalau dengar suara Fadly kalau nyanyi live memang karen banget. Penampilan tak penting, yang penting gaya cool dan suara sedap. Sejak akhir-akhir ni Fadly banyak nyanyi lagu keagamaan, dengan maher zain (insyaAllah), hadad alwi (doaku) dan natasha (peristiwa subuh).

Fadly Padi si tukang becak..background music: kasih tak sampai by PADI

Aku sebenarnya pernah belajar main gitar dan drum dan sebenarnya aku pernah ada band sendiri, nama band "driveshaft". Dianggotai 3 orang, aku bermain drum. Tapi band ni tak kekal lama sebab main guitarist dah lari ke band lain. Rasanya bertahan setahun je tapi ada la buat practice session kat studio beberapa kali...

Genre muzik yang aku dengar, selalunya pop, pop rock dan rock. kadang-kadang dengar lagu klasik (70's, 80's, 90's)...

band-band lain yang aku dengar :
local/indon: Padi, Gigi, Dewa, Sheila on 7
international : Coldplay, Foo Fighters, Boyzone, Maroon 5, Lifehouse, Foo Fighters, Green Day, Muse, U2

solo artist:
local/indon: tarak...
international: Robbie Williams, Frank Sinatra, Ronan Keating

p/s: masing-masing ada pilihan tersendiri, semua tak sama, tak pernah sama....

Saturday, October 22, 2011

akuarium baru!

akhirnya, aku berjaya juga pindahkan ikan-ikan aku ke dalam akuarium baru yang lagi besar. sebenarnya, dalam rumah sewa aku ada lagi 2 akuarium besar yang tak diguna. so, aku guna satu dan letak dalam bilik.


panjang akuarium ni ada dalam 3 kaki, lebar 1 kaki dan tinggi dalam 1 kaki setengah. akuarium yang panjang tapi tak tinggi, boleh isi sampai 80 liter air.

Dalam akuarium baru ni aku letak 4 spesis ikan:
a. neon dwarf gourami ( 1 ekor ) -> pernah cuba letak lagi 2 ekor tapi tak berjaya, ikan baru mati. tapi gourami yang paling otai, gourami yang aku bela mula-mula dulu. aku rasa ikan tu dah hidup > 4 bulan.

b. silver'shark (4 ekor) - aku beli baru 4 ekor sempena akuarium baru.

c. tiger barb fish (6 ekor) - ikan kecik dan aggressive

d. ikan majlis perbandaran (1 ekor) - aku takk tahu nama ikan ni dalam english/nama sebenarnya. tapi aku rasa ramai yang tahu. warna hitam, badan leper dan suka melekap kat dinding akuarium. aku panggil ikan "majlis perbandaran" sebab ikan ni boleh makan apa sahaja/bersihkan termasuk sisa-sisa ikan lain.

so far, ikan aku takde yang mati dah. memang satu perkembangan positif. tapi aku kena tukar air dalam seminggu sekali sebelum air bertukar jadi keruh.

semoga ikan-ikanku panjang umur!

Wednesday, October 5, 2011

berguru boling dengan video...


Ni first post aku untuk bulan oktober...

Sejak akhir-akhir ni aku busy. Weekend pun full dengan program sendiri atau program famili...

Dah masuk 2 minggu aku berusaha gilap skill dalam boling. Sebenarnya dah lama aku main boling, sejak sekolah rendah lagi. Kalau dulu zaman sekolah, aku dapatlah score 90-100 per game. Kira ok la tuh. Zaman MRSM, aku siap masuk persatuan boling, every week datang main kat Kuantan Plaza tapi takde proper training, just datang untuk suka-suka main boling.

Sejak lepas zaman sekolah, aku still lagi main boling sampai sekarang cuma score dah kurang, average 60-80 per game. Zaman UIA aku masuk tournament. Zaman dah kerja pun, aku masuk tournament tapi peringkat jabatan. Kalau time tournament, score tak banyak, 80-90 per game, average score.

Disebabkan ada boling tournament Jabatan Dietetik Sajian peringkat Selangor, aku ambil keputusan untuk gilap skill boling. Tournament tu nanti ada 7 buah hospital dalam Selangor, main kat Kajang, Sabtu ni.

Aku start cari info dengan internet. Aku search keyword "bowling for beginner". Dah banyak membaca dan tengok gambar, aku beralih pulak kat youtube. Aku search "tips bowling for beginners". Dari situ aku tengok cara boling yang betul dan aku save dalam handphone aku. Dengar pelik tapi inilah apa yang aku buat.

Selasa minggu lepas, selepas balik dari office, aku straight ke bowling center untyk cuba praktik apa yang aku baca dan tengok di video. Perasaan memang berdebar sebab cuba praktik cara betul baling bola boling.

Antara asas boling:
1- starting position/line up di lane. Cara kita berdiri, cara letakkan kaki ikut arah arrow di lane dan cara tunjukkan good posture sebelum baling.
2- cara pegang bola boling. Kedua tangan dirapatkan dengan badan dan bola dipegang atas dari pinggang. Badan kena lurus dan gunakan bahu belah kanan (kalau baling tangan kanan) untuk aim ketika baling. Dari siku ke pergelangan tangan kena lurus, tak boleh bengkok dan guna tangan lagi satu untuk support berat bola.
3- 4 steps bowling. Kaki kanan keluar dulu serentak dengan bola di angkat straight ke depan. Second step, kaki kiri ke depan dan bola dihayun ke bawah. Third step, bola dihayun ke belakang dan kaki kanan ke depan. Fourth step ialah finishing iaitu lepaskan bola di point paling rendah sambil kaki kiri ke depan dan stop before fault line. Sepanjang gerakan four steps, badan hendak tegak dan lurus, dada ke depan sambil tangan kanan aim ke depan.
4- releasing ball. Ini paling kritikal. Bola dilepaskan, bukan BALING. Ada banyak cara. Ada cara baling straight, minimum spin atau maximum spin. Ini semua bergantung kepada cara pegang bola, kedudukan ibu jari dan gerakan twist dua jari.
5- bila nak baling, cuba aim arrow kedua dari kanan/kiri di atas lane. Bila dah lepaskan bola, buat follow through, iaitu gerakkan tangan straight ke atas dengan lurus.

First day, aku praktis 4 game. Yang paling bagus, tangan tak sakit dan lenguh sebab cara dah betul. Score- 40, 99, 111, 98.
Happy gila kot walaupun first game dapat 40 tapi berjaya gak dapat score 3 digit per game. Sepanjang sesi, aku kerap replay video dalam handphone untuk tengok cara yang betul. Pelik tapi benar.hehe...

Second day, kebetulan aku lepak dengan kawan aku, Zuhairy. Asalnya minum jek tapi bila aku bukak topik boling, kawan aku excited dan dia setuju ikut aku pergi training. Dia ni pun kaki boling tapi lama tak main. Aku ajak dia main sekali dan tengok cara aku main, kira macam coach la....

Kitaorang main 3 game. Score- 80, 110, 105

Third day aku training sorang-sorang. Aku main 5 game. Score- 120, 146, 105, 115.

Start last week aku dah 7 hari main boling. Kelmarin aku main 5 game. Score - 142, 84, 135, 96, 102.

Aku memang betul kagum dengan kemampuan diri dan harap dapat maintain semasa tournament sabtu ni. Inilah kuasa kalau kita komited dan bersungguh-sungguh. Chaiyok! Hobin jang hobin!

p/s: kawan aku suruh jadi member boling center dan beli bola boling sendiri. Kos boleh tahan. Yuran tahunan rm50. Bola, beg, "glove" rm 2++

part 2 <<KLIK DI SINI>>

Monday, September 12, 2011

Thursday, September 8, 2011

Ikan Lagi...Research & Experience...

Sebelum pape, aku nak mintak maaf la kepada semua kawan-kawan dan pelawat blog ni, malangnya, ikan Albino Rainbow Shark telah terkorban juga akhirnya. Kesemua 5 ekor mati dalam tempoh kurang 48 jam.

Bila aku pindah je ikan ke dalam akuarium, ikan Albino Rainbow Shark tak henti-henti lompat keluar akuarium. Aku balik kerja, aku kira ada 4 ekor dalam akuarium. Rupa-rupanya ikan berjaya lompat keluar melalui lubang sebesar 2 exchange roti @ 2 keping roti. Aku pun tutup lubang tu dengan kotak. Start dari tu, ikan Albino Rainbow Shark tak henti-henti try nak lompat keluar. Usaha tangga kejayaan:- Bila ikan lompat, kena kotak, lama-lama kotak tu beralih sikit, lubang sebesar 50 sen pun punca ikan lompat keluar. Ada sekali tu, aku terdengar bunyi air dalam bilik, aku masuk bilik, 3 ekor ikan serentak lompat keluar akuarium. Dalam 1 malam, ada dalam 3-4 kali aku masukkan balik ikan dalam akuarium, tutup lubang. Dan keesokan harinya, aku bangun tidur, seekor dah hilang ke mana, lagi 3 ekor mati terapung dalam akuarium. Yang tinggal, my favourite fish, 2 ekor Dwarf Gourami.

My Neon Dwarf Gourami - yang merah tu male, yang colour pale tu female (paling senior, dah hidup 2 bulan lebih rasanya)


Aku harap, entry ni last sebelum aku nak pindahkan ikan-ikan aku ke dalam akuarium lagi besar bulan depan. Melihat akuarium aku yang tak beberapa "ceria", hari ini aku beli pump baru dan ikan baru, aku beli 5 ekor Silver Shark. Kali ni, aku gunakan pengalaman aku dan beberapa kajian aku buat kat internet. Harapnya, entry ni dapat beri beberapa ilmu dan tips kepada beginner atau kepada sesiapa yang berminat nak membela ikan.

Point penting membela ikan:
1- Jangan terpengaruh dengan rupa bentuk ikan di kedai dan terpengaruh dengan cakap-cakap tauke kedai ikan. Buat survey dulu, tengok ikan apa yang ada kat kedai, berapa harganya dan saiz ikan. Kebanyakan kedai, nama ikan akan ditulis di akuarium.

2- Balik rumah, bukak internet, search nama ikan yang korang rasa nak bela. Cari info yang penting - saiz ikan bila besar, cara nak jaga dan bagi makan, cara membiak, tahap aggressive, tahap kesusahan nak jaga ikan tersebut. Kalau korang nak bela lebih dari 1 jenis @ nak bela banyak spesis, check dulu fish compatibility chart kat internet.

Ikan Gourami memang sesuai kalau tinggal bersama dengan Silver Shark. Cuma dua-dua jenis ikan ni tak boleh tinggal dengan ikan yang slow dan ikan yang ada fin (ekor) yang panjang sebab Gourami dan Silver Shark ni jenis "fin nipper".

Gourami ikan yang tenang tapi Silver Shark ada tendency lompat keluar akuarium bila pindah akuarium baru. So, kena tutup akuarium rapat-rapat bila start bela Silver Shark.

3- Dah beli ikan, cari akuarium yang sesuai. Kalau akuarium kecik macam aku, jangan beli banyak sangat. Cukup sekadar 2-4 ekor sejenis, beli 1-2 jenis, paling kurang 1 jenis 1 pair. Info ni, korang boleh cari kat internet. Sebagai contoh, Gourami paling kurang kena tinggal berdua dan Silver Shark sejenis "schooling fish", kena hidup 4 ekor ke atas.

4- Beli kelengkapan yang penting - ubat antiklorin, pump akuarium, span filter pump, makanan ikan
Barang-barang aku - Pump, span filter pump, antiklorin, termometer, makanan ikan (pellet, powder, flakes)
5- Sebelum masukkan ikan ke dalam akuarium, buat dulu "fishless aquarium cycling". Kebanyakan info kat internet bagitau, kita kena "cycle" dulu air dalam akuarium tanpa ikan sebab nak bagi level nitrogen, pH dan suhu air stabil. Aku just buat simple sahaja, on pump, masukkan air (masuk sikit-sikit sampai penuh), letak ubat antiklorin. Buat selama 3-6 jam (kalau ikut research, sampai 1-2 hari). So, bersabar!

6- Sementara tunggu "fishless cycling" habis, letakkan ikan dalam Quarantine Tank atau mana-mana bekas yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk biasakan ikan dengan suasana baru, air baru. Kalau ada 2 jenis ikan, masukkan sejenis dulu ke dalam akuarium bila dah habis "fishless cycling". Bila dah sehari, ikan dah stabil, masukkan lagi jenis lain ke dalam akuarium
Fishless Cycle & Gourami dalam Quarantine Tank
7- Penjagaan ikan - jangan overfeeding ikan, bagi makan at least 2x sehari. Ikan boleh makan dalam masa 5-10 min. Kalau tengok makanan masih terapung, alihkan bila rasa ikan dah tak nak makan sebab nak elak air keruh. Pastikan air sentiasa bersih. Ikan boleh hidup sampai 7 hari tanpa makanan tapi senang mati kalau air kotor. Bila tukar air, pastikan hanya tukar separuh dari tank, bukan tukar semuanya. Tukar air, at least 1x seminggu.

So, tu sahaja serba sedikit research yang aku buat dan sedikit perkongsian pengalaman. Semoga ikan-ikan aku masih hidup sehingga bulan depan, sehingga aku nak tukar ke akuarium lagi besar bulan depan.

Good Luck!

Sunday, September 4, 2011

Sebuah Kisah Ikan...

Sebuah kisah tragis di hari raya ke -3 (khamis lepas)...

Kejadian berlaku bila aku balik KL. Terkejut bila aku tengok akuarium aku: air keruh, water pump off dan paling dasat, ikan-ikan aku mati terapung di atas permukaan air...

Sebelum aku balik cuti beraya, aku sempat tukar air, tukar filter water pump, bagi ikan makan dan paling penting, pesan kat roomate aku, mintak dia bagi makan ikan dan pump jangan off. Aku pesan :-> "ikan ni, boleh je hidup kalau tak bagi makan seminggu..."

Tapi...dah pump di-off-kan (plug dicabut dari suis), maka matilah 4 ekor ikan ku-> 3 ekor silver shark, 1 ekor gourami.
2 ekor lagi gourami hidup. Sempat diselamatkan dan pindah cepat-cepat dalam baldi. Bila dah buang ikan yang mati, dah basuh akuarium dan tukar air, rupa-rupanya pump rosak...

Kalau nak diikutkan, aku dah bela silver shark selama 5 minggu. Cukup lama kalau nak banding dengan sejarah aku bela ikan dulu-dulu.

So, hari ni sebelum aku balik KL, aku singgah dulu kedai ikan kat Seremban Jaya. Lama gak aku pusing-pusing satu kedai ikan tengok ikan apa yang aku nak beli. Plan asal nak beli lagi silver shark tapi takde. Yang ada, macam shark gak bentuk dia, harga pun sama RM 2 seekor. Aku dah kaut 5 ekor baru kedai tu cakap ikan tu ikan shark gak tapi colour lain.

Dah balik rumah, aku buat sikit research, rupa-rupanya ikan tu: Albino Rainbow Shark

Albino rainbow shark ni boleh dikatakan adik beradik dengan silver shark, dari keturunan Bala's Shark tapi cuma colour dia pucat (albino) dan sedikit merah. Kalau lighting akuarium ada, colour ikan ni akan menyerlah jadi merah.

Kalau ikut info yang aku dapat, ikan ni semi-aggressive dan boleh hidup dengan ikan gourami aku yang masih hidup lagi tu. Sesuai dibela seekor atau lebih 6 ekor dalam satu akuarium dan boleh membesar sehingga 6 inchi.

Total kos hari ni RM 25 = 5 ekor albino rainbow shark, 1 pump, 1 ubat anti klorin.

Semoga ikan aku hidup lagi lama dan dapat hidup dengan aman dan sejahtera....

Hoben Jang Hoben

Video kat atas ni time Negeri Sembilan celebrate layak ke final Piala Malaysia tahun lepas. Time ni Negeri Sembilan menang 1-0 lawan dengan Johor FC, main di Stadium Pasir Gudang Johor. Kalau korang nak tau, time ni aku ada kat stadium Pasir Gudang, aku duduk kat belah kanan video ni, dekat penjuru corner flag.

Ini bukan pertama kali aku tengok bola dan bukan pertama kali aku travel jauh semata-mata nak tengok bola. Semua ni ada kaitan dengan sejarah keluarga aku dan suasana aku dibesarkan dalam keluarga...

Kalau ikut sejarah keluarga, bola sepak dah jadi satu benda biasa. Arwah atuk aku seorang jurulatih bola, ayah aku dengan pak long aku ada sijil kursus jurulatih bola dari FAM dan ayah aku pernah jadi pengadil liga semi pro (aku pernah tengok ayah aku jadi pengadil bola), dan sekarang ayah aku masih aktif di peringkat kejurulatihan bola sepak dengan PBNS (Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan).

Dibesarkan dalam keluarga yang ada 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan, memang antara faktor minat bola sepak berkembang dalam diri masing-masing. Time kecik-kecik, kitaorang selalu main bola sama-sama, tak kira la kat padang ke, kat luar rumah ke, kat dalam rumah pun ada. haha. Kalau time tengok bola kat TV, keluarga aku yang paling meriah, nak-nak kalau tengok game Manchester United. hehe. Semua ni berlaku dari kecik lagi...Sampai sekarang, kitaorang masih tengok bola sama-sama kat TV, tengok kat stadium, travel luar Seremban tengok bola. Kadang-kadang kitaorang main futsal sama-sama. Futsal standard main 5 orang. Biasanya goalkeeper bagi kat member, lagi 4 orang tu abang-abang aku termasuk aku. Dalam padang, kitaorang tak panggil nama, kitaorang guna nama panggilan "Along" "Angah" "Alang" "Acik". Nama panggilan ni dah melekat kat sebahagian kawan-kawan rapat kitaorang.

Kalau minat tapi tak main bola tak boleh gak. Aku pernah cuba mengembang bakat bermain bola sepak dari zaman sekolah rendah lagi tapi aku selalu gagal time selection team bola sepak sekolah. Antara faktor gagal, aku malas nak datang selection selama 2-3 hari. Tapi sebenarnya aku pernah dipilih jadi pemain sekolah, time tu kat MRSM Kuantan. Aku ingat lagi, aku pakai jersi no 14, main posisi tengah. Aku berjaya buat cikgu bola tarik aku jadi pemain sekolah. Bangga tu. Tapi malang, belum sempat team bola sekolah aku nak berkembang, pengetua bertukar dan ikut polisi baru dia, akademik perlu diutamakan. So, serta merta team bola dibubarkan.

Time Matrik UIA PJ, aku wakil PRESSS. Aku digelar "super-sub" sebab aku sumbat 4 gol untuk PRESSS time Sport Carnival. Time tu aku first year, main position striker. Aku jadi sub je, duduk kat bench simpanan. Masuk pun last minit tapi dapat gak la sumbat 4 gol. Perasaan sangat best kalau aku sepak/tanduk bola, kena jaring pulak tu, pastu team mates serbu nak celebrate gol. Tapi start second year sampai 4 tahun kat Kuantan, kemarau gol, takde sebijik gol pun aku sumbat.hehe.

Dalam banyak-banyak sukan yang aku ceburi, aku pernah main hoki (wakil sekolah, tapi sebulan je, tak tahan training session habis bila azan maghrib berkemundang), pernah main ragbi (kejap je, sepanjang aku duduk asrama Putera KGV), dan pernah main sepak takraw. Ha, bab sepak takraw ni, aku pernah wakil sekolah, masuk tournament, dapat tempat ketiga : )

Berbalik kepada topik "Hoben Jang Hoben". Memandangkan Stadium Paroi ni sepelaung jek (dekat), kalau berjalan kaki dari rumah/kampung, 10 min dah sampai, aku ni boleh dikatakan sebagai peminat setia Negeri Sembilan. Darjah 4 aku dah ada pas masuk 1 musim liga perdana. Semenjak kecik, aku ikut pakcik aku pergi Stadium Paroi, kalau ada game kat luar Seremban, aku ikut. Sampai lah sekarang, kalau boleh aku tak nak miss game Negeri Sembilan. Setakat duduk kat KL, sempat je kalau nak balik Seremban tengok bola. Antara venue luar Seremban aku pernah pergi untuk sokong Negeri Sembilan : Bukit Jalil, Cheras, Petaling Jaya, Shah Alam, Melaka, Pasir Gudang, Kuantan, Ipoh. Ada yang aku pergi sendiri, ada yang ikut bas penyokong. Ada yang aku ikut kawan-kawan, ada yang pergi sekali dengan abang-abang aku dan ayah aku.

Boal sepak ni, aku anggap sebagai sukan dan hobi sahaja. Mungkin beberapa orang atau kawan aku tak faham, kenapa aku sanggup habis masa, habis duit, habis tenaga dengan bola, nak-nak dengan team Negeri Sembilan. Mungkin kalau korang dah cuba sesuatu hobi atau sukan, bila korang ikut perkembangan, bermain sendiri sukan tu, baru korang rasa perasaan aku selama ini terhadap bola sepak. Aku suka ingat persamaan dari seorang kawan aku ni, dia bandingkan bola sepak dengan artis/muzik. Kalau kita dah suka satu artis atau muzik, kita akan dengar selalu, beli album, tengok video, baca gosip, baca majalah.hehe...

Entry post ni sebenarnya nak bagitau Piala Malaysia 2011 akan bermula Selasa ni. First game Negeri Sembilan ialah lawan Selangor PKNS, main dekat Stadium Petaling Jaya. Tengok tak? of course aku pergi stadium sana tengok bola.hehe...Tak kira menang atau kalah, aku akan tetap sokong negeri aku, Negeri Sembilan.

Hoben Jang Hoben!



Sunday, August 28, 2011

2nd review aidilfitri - kalau tak makan, tak sah!

aku rasa masing-masing ada makanan kegemaran bila time hari raya. Just nak share sikit makanan raya kegemaran aku, kalau takde, memang tak sah! Kita masuk kategori makanan berat dulu...

1- Lomang paneh!

Makanan di hari last puasa. Hari last berbuka memang makan lomang dengan rendang, sampai lah seminggu beraya. Sejak umur meningkat ni, aku lagi suka makan lomang banding dengan nasi himpit. Antara kesan makan lomang, badan jadi penat, makanan banyak lemak, biasala tu...

2- Rendang ayam & daging!

Tak sah ada lomang kalau takde rendang. Gambar rendang atas ni rendang style negeri sembilan. Setakat ni, masakan rendang mak aku la paling terbaik. Meratah rendang pon aku on jek.haha
p/s to bakal isteri: kena belajar buat rendang style nogori sembilan ek, kena master tuu...hehee...


Kategori biskut/kuih rayo!
1- Tart nenas

Tart nenas gulung nih, aku start makan sejak dari kecik sebab mak aku pandai buat tart. Kalau dulu dia rajin buat bisnes jual tart. Aku selalu tolong dia buat jem tart, keja biasa aku: mesin buah nenas. Tapi mak aku dah stop buat tart,dah tak larat dah...

2- Almond London

Sekali tengok, dah buat aku teringin sangat nak makan. Mungkin sebab bercoklat, tu yang sedap tuh...

3- Kuih rotan

Semasa bosan dan tengah tengok tv time raya, kuih rotan la teman setia aku. Isi yang keras, sebabkan aku suka mengunyah kuih rotan. Kalau datang rumah orang, aku pegang dulu kuih rotan.haha


Sebenarnya aku merasa je semua jenis makanan time raya, ye la, dah jadi dietitian, kena la merasa semua cuma tak boleh komen, nati kecik hati tukang buatnya...

Saturday, August 13, 2011

Silver Shark & Gourami

merujuk kepada entry lepas, Trio Shark tak kekal lama. seekor yang pening-pening akhirnya dah mati. lagi sekor berjaya lompat keluar dari akuarium walaupun aku perasan dan sempat masukkan balik ke dalam akuarium tapi mati pada hari esoknya. kalau ikut fakta silver shark, kalau nak bela ikan ni, akuarium kena tutup rapat sebab ikan ni pandai lompat keluar. aku punya akuarium memang bertutup tapi ada space sikit, tak besar pun, ada la sebesar 2 exchange roti @ 2 keping roti, itu pun ikan berjaya lompat keluar, golek-golek atas meja, terjatuh meja ke lantai dan golek-golek atas lantai.haha.

hari khamis aku beli lagi sekor silver shark bagi partner dengan silver shark yang dah ada dalam akuarium tu. aku pun beli jugak ikan neon dwarf gourami, 2 ekor, ada dalam sebesar 4 cm. dalam banyak-banyak ikan, ikan gourami antara ikan yang sesuai sama akuarium dengan silver shark

dwarf gourami ni ikan yang tenang dan pemalu. at least kena ada partner. ikan ni ada potensi sebesar 8 cm dan agak senang dijaga. setakat ni aku tengok ikan ni ok je dalam akuarium, selalu duduk kat tepi-tepi akuarium, tenang je...

Saturday, August 6, 2011

Ikan oh Ikan...

Sejak aku berkecimpung bidang ikan ni, ikan aku asyik mati. Dah bermacam-macam spesis aku bela. Semua mati. Kalau nak kira-kira, lebih kurang 30 ekor aku dah bela (beli sikit-sikit ganti ikan mati), dan semua nya mati. Macam-macam diagnosis aku buat tapi gagal jumpa ethiology nya.

Hari rabu lepas aku ke Selayang Mall untuk beli barang-barang peribadi selepas kerja. Tergerak plak hati nak singgah kedai ikan. Aku tanya tauke kedai:

“bos, apsal ikan saya asyik mati jek? Macam-macam saya bela, semua mati...”
“kamu punya akuarium besar mana? Tu air kena jaga sikit. Kena letak antiklorin lebih sikit. Kalau ganti air, jangan ganti semua. Bagi sikit tinggal”

Dengan azam kuat dan berbekalkan nasihat tauke kedai, aku pun beli 2 ekor ikan silver shark. RM2.50 seekor. Beli 2 dulu, dah ok, baru tambah lagi. Setakat ini ikan aku hidup lagi. Matlamat utama sekarang ni bagi ikan hidup dulu, baru fikir nak bela sampai besar.

silver shark fish
Kalau ikut info kat internet, ikan silver shark ikan yang tenang, good swimmer dan senang dijaga. nama je "shark"tapi bukan shark pun. Sekarang ini saiz ada dalam 5 cm dan boleh membesar sampai 30cm. Satu info yang menarik, silver shark lebih sesuai kalau dibela 5 ekor sekali.

Saturday, July 23, 2011

Pelaburan Hartanah

akhirnya, berjaya membeli buku "you can become rich in property" dengan modal pertama aku sebanyak RM37.90.

ini merupakan "semangat datang balik" selepas berborak dengan kawan tentang pelaburan hartanah 2 minggu lepas. sebelum ini, awal tahun, berborak dengan kawan (kitaorang sebaya) pasal benda yang sama. kalau ikut gaji, gaji dia rendah sikit berbanding dengan aku. tapi nasib menyebelahi dia, dia dapat beli rumah teres setingkat dengan harga murah (beli dari direct owner), apply loan dan dapat sewakan rumah tu. positive cash flow (income bersih selepas tolak monthly installment loan bank) = RM 100 sebulan. impressive!

2 minggu sudah, jumpa seorang kawan (dah berumur ~ 38 tahun) terborak pasal hartanah. dia ada 2 biji rumah, satu sewa, satu duduk. tapi memandangkan isteri dia baru pindah ke johor, dia maybe nak jual rumah yang dia duduk tu. dia sempat la bagi tips dan sedikit motivasi kat aku.

untuk makluman semua, dua-dua kawan aku tu bekerja dengan kerajaan (makan gaji) dan dua-duanya dah berkahwin dan dah ada anak.

sebelum nak mula pelaburan hartanah, kena ada objektif dan vision. kebanyakan pelabur-pelabur hartanah (bacaan dari blog & buku), objektif property investment ialah to achieve financial freedom.

financial freedom = as long as the cash flow from your property investment is able to support your expenses and maintain your current lifestyle, you are financially independent and free.

aku bagi 1 contoh investment berdasarkan buku yang aku beli tu:

Kos sebuah apartment (sub sale) = RM 80,000
Down payment (duit sendiri) = RM 20,000

Loan untuk 20 tahun, interest rate fixed 8% untuk loan RM 60,000

monthly installment loan bank = RM 502 sebulan
income sewa apartment = RM 650/sebulan
kos maintenance = RM 40/sebulan


positive cash flow = RM 108 sebulan (income bersih) -> income sewa dah cukup untuk bayar monthly installment loan bank.

selepas 20 tahun, pelaburan RM 20K berkembang ke RM100K atau untung RM80K
capital gain = RM 100K (harga hartanah naik) - RM80 (harga beli) = RM 20K -  RM37.90 modal buku

yang menarik, sepanjang 20 tahun, loan rumah diselesaikan oleh penyewa, pelaburan meningkat ke RM100K dan sewa rumah dapat dinaikkan mengikut keadaan semasa. owh ya, hampir terlupa, rumah itu ialah rumah kita gak, harta kita!

risiko memang ada. mana ada pelaburan tade risiko. paling penting, kita kena kawal risiko atau risk management. antaranya: mencari penyewa, kekalkan sewaan rumah, maintenance rumah, harga hartanah dan keupayaan membayar loan bank.

setakat ini, aku masih menunggu hartanah yang sesuai untuk melabur di samping kumpul duit untuk masa depan. kalau ada sape-sape yang tahu dan minat pasal benda ini, boleh la share dengan aku.

p/s: rumah idaman vs rumah pelaburan??

Friday, July 15, 2011

Hobi Baru Yang Lagi Baru - Ikan

2nd Hobi
"Ikan"



hobi baru ni dah cam "the other side of me".hehe...
idea muncul selepas memikirkan cara nak hias bilik dan memikirkan hobi baru selepas stuck & agak give up dengan 1st hobi iaitu puzzle

Kos dalam RM 50 - ikan 10 ekor, 1 akuarium kecik, 1 pump, 1 paket batu kecik berwarna warni, 2 pcs pokok kecik, 1 botol kecil makanan ikan, 1 botol kecik anti-klorin, 1 bungkus span.

setakat ni, dah ramai ikan ku terkorban.beberapa kali dah ganti dengan ikan baru. tapi asyik mati jek. antara beberapa diagnosis kematian atau hasil post-mortem:
1- pam takde
2- komuniti ikan pack sgt
3- akuarium kecik
4- anti klorin akan keruhkan air
5- ikut spesis ikan.ada yang dapat tahan.

sekarang ni dah jumpa 2 spesis ikan bertahan dan jumlah ikan ialah 5 skor. rasanya, 5-6 ekor dah cukup.
ikan ialah stress therapy baru di rumah ketika ini...

Hobi Baru - Puzzle

1st Hobi
"Puzzle"


terjebak membeli 2 puzzle ketika lunch break semasa taklimat sistem rekod pesakit JKNS di Hospital Serdang.

puzzle 4 pcs kayu tuh aku tak khatam lagi. baru dapat buat 18 bentuk dari 100 bentuk


snake cube tu aku dah pandai buat, tapi tak try lagi kat umah selepas di ajar orang lain