Followers

Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Friday, February 15, 2013

"gemuk ke anak saya?" part 2

Sepatutnya muka aku macam ni sepanjang perbualan...

perbualan telefon hari ini...

Puan : hari tu ada timbang anak saya kat sekolah, lepas tu minta saya telefon klinik untuk jumpa dengan pemakanan...macam mana tu?
Dietitian : Iye puan, betul tu...minta puan dan anak puan datang ke sini, kita nak bagi nasihat pemakanan untuk kuruskan badan...

Puan : ...hurm...berat badan anak saya dalam 60 kilo lebih, umur 12 tahun...
Dietitian : untuk umur lelaki 12 tahun, average dalam 30-35 kilograms. Kiranya anak puan dalam kategori obese lah, dah dua kali ganda dari berat sepatutnya...

Puan : yeke??? saya tengok ada kawan dia lagi gemuk, dekat 70 kilo...habis tu, macam mana nak buat?
Dietitian : Kita memang minta puan dan suami puan bersama-sama datang ke klinik, kita buat plan untuk kuruskan berat badan anak puan...

Puan : saya kena datang ke sana ke??? kalau cakap guna telefon tak boleh ke???
Dietitian : maaf puan. Kita minta puan datang bersama anak puan ke klinik sebab kita nak buat penilaian dari segi berat badan, imej badan...

Puan : saya bukan apa, susah nak datang ke sana...ok la, takpe la, terima kasih...
<< LETAK TELEFON>>
Dietitian : ....?????....
Jangan bermimpi di siang hari! realitinya...
Sedih ?
Terperanjat ?

Bagi aku, ini benda biasa dan contoh respon ibu bapa bila bercakap mengenai berat badan anak dia. Kalau ibu bapa boleh korbankan masa dan tenaga untuk hantar anak ke tusiyen, bawa anak pergi berjalan-jalan, kenapa susah nak buat keputusan untuk bawa anak ke klinik hanya selama 30 minit?

Kalau ibu bapa sedar tentang kepentingan kesihatan dan kawalan berat badan, tentu si "Puan" tersebut akan cakap : "ok la encik, saya nak datang minggu depan boleh? saya cuba datang petang. pukul berapa encik free?"

p/s: mengharapkan keajaiban kepada si "Puan", si "suami Puan" dan si anaknya.moga-moga jadi.insya Allah

Wednesday, February 13, 2013

"gemuk ke anak saya?"

dietitian : puan, berat badan anak puan sekarang ialah 68kg. berat badan sepatutnya untuk budak lelaki 11 tahun ialah 33kg. berat badan anak puan dah lebih 2 kali ganda dari berat badan normal.
puan :......gemuk ke anak saya ni? saya tengok ada lagi gemuk dari anak saya kat sekolah dia...

YA! pertanyaan "gemuk ke anak saya?" di atas sering berlaku kat seorang dietitian, terutamanya dari pengalaman diri sendiri la.

dietitian : kalau ikut graf ni, berat badan anak puan melebihi garisan paling atas. jadi, memang anak puan dalam kategori obes.

Fasa "denial" atau dalam Bahasa Melayu fasa "penafian" sering berlaku kat semua pesakit, semua orang, tak kira usia. itu benda normal.

Kadang-kadang aku fikir, soalan tu muncul bukan sebab "denial" atau "penafian" tetapi soalan itu wujud atas beberapa faktor, berdasarkan pendapat aku la:

1- "body image". badan "berisi" tandanya "semangat" atau "sihat" atau "cukup makan"

2- budak-budak lagi. "biasa la, nanti dah besar, dia akan tinggi, berat badan turun macam abang dan kakak dia"

3- sudah biasa. dah jadi trend. jika berlaku pada diri sendiri atau orang lain, itu semua benda biasa pada zaman sekarang

Antara faktor nak menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ialah sokongan dari keluarganya sendiri. Ibu bapa ialah orang yang paling bertanggungjawab dalam membentuk diet anaknya. Tanpa sokongan mak ayah, maka susahlah seorang kanak-kanak nak memahami masalahnya iaitu obesiti. Kuasa membeli dan menyediakan makanan masih terletak di tangan ibu bapa.

Jadi, kepada semua ibu bapa di luar sana, jom sama-sama bagi sokongan dengan merancang diet anak secara betul dan sihat.

p/s : pesanan untuk diri sendiri jugak bila bergelar seorang ayah...

Tuesday, February 5, 2013

Financial Freedom...

Dulu-dulu aku suka baca blog pasal kewangan / financial. Dalam serius baca blog topik tu, mesti jumpa keyword "financial freedom" atau "financial independence" atau "kebebasan kewangan".

Aku "petik" maksudnya dari encik Wiki:
" Financial independence...the state of having sufficient personal wealth to live indefinitely without having to work actively for basic necessities...assets generate income that is greater than their expenses..."

Pendapat peribadi aku, semua orang simpan niat nak dapat banyak income, nak kekayaan, nak dapat duit mudah. Betul tak?

Jawapan aku mudah, kita kena mula mencari income, supaya duit yang kita dapat dapat menampung perbelanjaan DAN dapat menambah harta atau kekayaan.

Makan gaji? Itu pilihan selamat dan terjamin sampai pencen.hehe. Tapi adakah gaji kita "cukup-cukup makan" atau "boleh la simpan sikit-sikit"?

Jadi, dalam kepala aku ni ada la fikir target financial freedom dan aku dah mula perlahan-lahan. Insya Allah akan aku kongsi sikit-sikit dalam blog ini. Maklum la, aku pun budak baru belajar, masih banyak perlu menimba ilmu.

p/s : Jangan lupa, kekayaan tanpa bekalan di akhirat kelak tak guna jugak. Kekayaan tanpa berbudi kepada orang lain tak guna jugak...

Monday, February 4, 2013

Permulaan 2013

Update sikitlah kat korang apa dah jadi kat aku tahun 2013.hehe...

1. status -> dah jadi tunang orang -> nak berkahwin (lagi 18 hari dar tarikh entry post ini ditulis)
Kalau korang ikut blog ni dari mula mesti korang perasan takde satu pun entry pasal cinta? betul tak? haha...bukan nak cover line, kalau dah sampai masa, baru la nak hebahkan. Tak baik jugak kalau hebah tapi belum ada ikatan sah sebagai suami isteri...bertunang dengan dietitian jugak, Nor Syahiza...bertunang hari raya ketiga tahun lepas, September 2012...insyaAllah akan mendirikan rumah tangga hujung Februari 2013.

2. kerja -> bertugas di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Pahang
view dari meja ofis aku
Ha iye, sekarang dah kerja kat Klinik Kesihatan Bandar Kuantan. Mula kerja bulan Disember 2012...selamat tinggal Hospital Selayang. Kalau yang rapat dengan aku, dia tau lah macam mana "proses perpindahan" berlaku. Tapi nak dipendekkan cerita, anggap je la aku ditawarkan bertukar ke Kuantan dengan alasan "ikut orang rumah".hehe.

Ok. 2010 kerja di dapur hospital. 2011-2012 kerja di hospital setting. Sekarang, 2013 kerja kat KK pulak. Tahap busy memang lain la. Kerja kat KK ni, motto nye : "aku lah bos, aku lah kuli" dan "kerja tak cari kita, kita kena cari kerja". Alhamdulillah pengalaman dari kerja-kerja yang lepas,  ada yang berguna nak apply di sini.

Ok. tu je kot. Cukuplah update. Blog ni pun bukan personal diary nak tulis panjang lebar.

Monday, March 19, 2012

2011: Establishment Phase...

Entry ni sebenarnya dah dikarang lama.lama sangat pending post ni sebab nak letak gambar tapi last last tak letak pun.so.post je la entry ni demi nak sedapkan hati.hehe...so,ayat-ayat di bawah ialah entry original aku tulis dulu kala...

Adalah sangat pelik first entry untuk tahun 2012 ni sama dengan tarikh Tahun Baru Cina...tapi masih belum terlambat sebab mood masih tahun baru 2012 dan masih dalam bulan Januari 2012, just nak recap balik tahun 2011 : Establishment Phase...

Lagi senang kalau aku simpulkan 2011 ni sebagai tahun untuk aku mencari tapak, bak kata orang-orang tua, "baru nak kenal hidup, baru nak belajar hidup"...

1) Kerjaya
- Alhamdulillah, cukup setahun dah aku kerja kat Hospital Selayang. 2011 tahun yang sangat busy. Lagi busy di kala dietitian tidak cukup dan di kala aku mengganti kerja orang. Lagi parah semasa bulan Disember 2011, dengan tak cukup orangnya, dengan banyak report nak kena hantar, dengan censusnya dan paling best 28 Disember 2011, aku kena present case management "71% burn patient" kat Hospital Kajang sempena mesyuarat JDS Selangor. Cuak gak present depan-depan HOD dietitian. Bagi aku, presentation tu kemuncak tahun 2011, nasib baik bos puji.hehe...

2) Kewangan
- kalau sentuh bab "baru nak belajar hidup", bab kewangan ni benda wajib, benda yang mencabar. bagi aku, memang betul orang-orang tua cakap, "susah nak cari duit ni", walaupun kerja duduk dalam office yang ber-air-cond, perasaan dapat gaji setiap hujung bulan adalah sangat best, lagi best kalau dapat bonus dan increment gaji. Tapi perasaan tak best kalau nak berbelanja. Biasanya, gaji kita akan setel dulu kat komitmen hutang atau harta kita macam kereta, rumah, loan belajar, kredit kad dan bil-bil sewaktu dengannya. Itu komitmen bulanan, belum masuk komitmen tahunan macam servis kereta (minor dan major), insurans, cukai. tu baru komitmen tahunan, komitmen harian macam duit makan, duit minyak. Aih, peluh dah kepala ni pikir hal duit.
Dah setel komitmen hutang, baru kita asingkan untuk diri sendiri, famili dan mak ayah. Duit lebihnya tu, baru boleh berbelanja, nak bagi bertahan lagi sebulan. Cumanya, tak boleh joli sangat, den kono kumpol duit, nak bawak minang orang.den kono save duit demi maso dopan.hehee...

3) Personal
- tak banyak sangat nak cerita pasal hidup peribadi ni. Aku ni bukan nya artis nak cerita hal peribadi macam-macam. tapi aku rasa, aku ni tak pandai nak share cerita-cerita peribadi ni. yang penting, aku masih tetap tersenyum (lagu PADI). so far, 2011 tahun tak memberangsangkan, maybe masih mencari-cari "hala tuju ke masa depan", mungkin juga aku masih nak adapt dengan keadaan baru...

Secara peribadi, tahun 2012 start dengan positif energy, semangat baru, dan "hala tuju masa depan" yang baru. Semoga  berjaya ILMAN HADREE!

Monday, December 12, 2011

setahun di hospital selayang...

alhamdulillah sudah selamat setahun bekerja di Hospital Selayang sebagai Pegawai Dietetik U41...

1/12/2010 ke 1/12/2011 memang kejap. Terasa cepat je dah setahun. Kalau dah nak kena hantar SKT (Sasaran Kerja Tahunan), maknanya dah complete satu tahun di Hospital Selayang...

Apa yang boleh disimpulkan, sangat berbesar hati dapat bekerja di Hospital Selayang, IT hospital, staff jabatan yang ok dan dietitian lain yang sangat supportive dan bagus...

Banyak dah kerja dibagi dan dibuat di Selayang. Macam-macam hal, macam-macam masalah tapi itu semua biasalah, kalau kerja, ada je masalahnye, ada je benda yang tak "sebulu" dengan orang lain...

Hopefully, aku akan lebih bahagia di Selayang, apa yang pasti, maybe lagi 4 atau 5 tahun lagi aku di sini sebelum layak naik pangkat ke tempat lain atau maybe masih stay di Selayang...

Mengharapkan terbaik dari sendiri dengan doa penuh harapan kepada Allah...

Tuesday, November 22, 2011

target vs expectation

Target ialah situasi atau keadaan terakhir yang kita nak capai.

Sepanjang usaha nak capai target,kita mesti dah set list of expectation. List expectation boleh jadi panjang,boleh jadi pendek. Boleh jadi list tu terlebih tinggi dan boleh jadi terlalu.

Apa pun,list expectation tak boleh disalahkan. Kadang kala kita perlukan satu impian untuk capai target...

Monday, November 7, 2011

Allah yang gerakkan hati kita...

"Allah yang menciptakan hati kita dan menggerakkan hati kita...Sudah semestinya kita berharap hati kita sentiasa didekatkan dengan Allah dan sentiasa dijauhkan dengan perkara maksiat..."

Begitu lah kata-kata pembukaan slot ceramah pagi IKIM.fm isnin minggu lepas. Sempat lagi ustaz memuji pendengar radio "seperti pagi hari ini, Allah telah gerakkan hati pendengar-pendengar sekalian untuk mendengar IKIM.fm dan mendengar topik saya pagi ni iaitu sifat pemarah".

Menurut ustaz tu, pemarah ada 4 jenis:
1- cepat marah dan senang memaafkan
2- susah nak marah dan senang memaafkan
3- cepat marah tapi susah nak memaafkan
4- susah nak marah tapi susah nak memaafkan

Jenis ke-2 iaitu susah nak marah dan senang nak memaafkan adalah paling terbaik. Seboleh-boleh nya kita kena banyak bersabar dan senang memaafkan orang lain. Kadang-kadang ujian tu datang sebab allah nak tengok kita marah ke tak, kita redha ke tak dengan ujian tersebut. Kalau orang yang senang marah bila dapat ujian, itu makna nya tak redha dengan ujian Allah.

Semasa mendengar di dalam kereta menuju ke Hospital, aku dah berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini dan semoga hati aku tak cepat marah.

Hari isnin ialah hari busy untuk semua orang. Setelah tinggalkan kerja dan wad selama 2 hari, mesti hari isnin akan berlambak kerja, patient pun ramai dan bos pun selalu cari kita tanya kerja. Untuk menenangkan keadaan, aku sentiasa mulakan hari di hospital dengan sarapan pagi. Ingat, breakfast penting untuk kawalan kadar metabolisma badan.

Nak dijadikan cerita, hari isnin aku ada praktikal SGA (Subjective Global Assessment) kat wad bersama-sama dengan dietitian lain selepas lunch, pukul 2.30 petang. Pagi isnin aku habiskan masa dengan ward round ICU, jenguk CCU dan HDW. Sebelum lunch, aku dah decide nak naik wad medical 10C sebab ada 2 referral, dua-dua kes ryles tube feeding, so memang sempat nak habiskan dalam masa setengah jam dari 2.00-2.30 petang.

Tepat kul 2 petang, aku naik wad 10C. Dah setel satu patient, aku bergerak ke satu lagi. Kali ni, katil patient dekat dengan katil seorang makcik, makcik F. Makcik F ni dah lama duduk dalam wad, dah ada dalam sebulan. Makcik ni peramah orangnya dan banyak bercakap. Disebabkan aku jumpa patient selang satu katil dengan katil makcik F, aku pun ambil keputusan nak jumpa makcik F walaupun time tu lagi 10 min nak 2.30 petang. Hati tak sedap kalau aku tak jumpa dia, dia pun dah pandang-pandang bila aku dah datang wad. Ini masuk kali ketiga jumpa dia.

"Makcik, assalamualaikum.apa kabar arini? sudah makan?"
"Wassalam tuan haji. boleh kan makcik panggil tuan haji?"

Sebenarnya, setiap kali aku jumpa dia, dia akan panggil aku "tuan haji" sebab bagi dia, aku ni seorang yang baik dan suka senyum, jadi dia gelarkan aku "tuan haji" sebagai doa suatu hari nanti aku naik haji.insyaAllah.

Sambil-sambil aku check makanan keliling meja makcik F, aku sempat gak tanya apa yang dia makan, apa yang dia tak boleh makan. Makcik F complaint staff nurse busy. Dia paham tahap busy diaorang tapi kadang-kadang badan dah tak selesa, nak pergi bilik air, badan tak boleh bangun, nak kena pimpin ke bilik air. Panggil pukul 10 pagi, jam 2 petang belum tentu staff nurse sampai. Makcik F sebak sekejap.

Jam dah 2.35 petang. sabar...

Tiba-tiba, makcik F memberi ingatan ataupun dengan nama lain tazkirah kepada aku. Tajuknya ialah "hormati orang tua dan jangan derhaka kepada orang tua".

Hampir 10min makcik F beri peringatan kat aku. Jam dah 2.45 petang. sabar...

Akhirnya, makcik F berhenti bercakap dan aku terpaksa meminta maaf dan meminta untuk pergi sebab ada urusan lain. Sempat juga aku berterima kasih dan sempat janji aku akan jumpa lagi lain kali.

"terima kasih tuan haji sebab mendengar.assalamualaikum..."

Sesungguhnya, peringatan itu datang dari pelbagai bentuk dan sepanjang masa. Bagi aku, aku hargai makcik F yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman dia untuk sama-sama kita beramal dan dekatkan hati kepada Allah.

Walaupun aku sampai office 3 petang, dah lewat tapi aku kena bersabar dan redha dengan ujian di wad. Bagi aku, masa yang lewat tadi telah terisi dengan benda yang berfaedah...

p/s: hidup kena menyampaikan dan beramal

masih tetap tersenyum...

Wednesday, November 2, 2011

harga makan naik...

Sejak akhir-akhir ni aku sensitif dengan harga makanan. Kalau beli nasi campur,budak jaga kaunter akan sebut total harga tapi aku akan tanya pecahan harga makanan yang aku beli.

Aku rasa jadual makan&benda yang aku makan tak berubah,sama setiap hari.

Breakfast,average RM4-5, termasuk air. Antara benda yang biasa aku beli : mee goreng/kuey tiaw goreng/nasi lemak/kuih+nescafe o.

Lunch,average RM4-6,termasuk air. Antara benda yang aku beli: nasi + ayam seketul/ikan seketul + sayur berdaun 1 senduk + kadang-kadang tambahan lauk seperti tempe/terung/ikan bilis + 1 paket buah + air buah/air suam.

Dinner,average RM4-5, tidak termasuk air. Antara benda yang aku makan: nasi ayam/nasi paprik/nasi putih+tomyam/meehun goreng.

So,average dalam satu hari aku belanja makan,average RM 12-16.

Kalau nak banding tahun sebelum, ada kurang dalam RM1-2 sehari,secara purata.

Ada yang cakap, kenapa nak kisah sangat, gaji ribu-ribu, setakat naik 50sen-RM1 apa la sangat.

Ada gak yang cakap, belanja makan jangan kira sangat, kita makan untuk kenyang perut gak.

Sebenarnya aku memang tak kisah dengan berapa ringgit aku budget untuk makan, kalau sedap+perut kenyang, aku takkan bising pasal harga makanan. Tapi aku pantang kalau beli mahal tapi tak sedap/sikit/tak logik.

Antara contoh, aku bayar 1 gelas ais kosong 50sen. Teh o suam cawan kecik RM1.50. Nescafe o aid RM1.80. Kalau harga makanan, RM 5 untuk nasi + ikan keli / nasi + ayam seketul.

Aku pernah bincang isu ni dengan seorang kawan, kitaorang predict pada masa akan datang harga makanan yang biasa kita beli akan setanding dengan harga fast food 1 set RM8-10.

Semestinya aku rindu zaman sekolah rendah : 60 sen dapat 1 pinggan nasi lemak + 1 cawan air sirap

semestinya aku rindu zaman sekolah menengah : RM 2 dapat nasi goreng + seketul sosej + 1 gelas air soya

Sudah tentu rindu zaman belajar kat universiti : RM3 dapat nasi 1 pinggan + 1 ketul ayam + sayur + 1 gelas ais kosong.

Jom jimat berbelanja!

Saturday, October 22, 2011

sibuk...

lama tak update blog ni...

memang dah busy sekarang ni, lagi nak hujung tahun, lagi banyak projek & kerja aku dapat. tahap busy sekarang ni, ibarat:

"ingatkan hidang telur separuh masak, rupa-rupanya telur mentah..."

Tuesday, September 27, 2011

wayang tak jadi...

Ini kisah pasal 4 seorang sahabat, A, B, C, D.

Diaorang ni dah janji nak tengok wayang sama-sama, kira reunion la, dah lama kenal dan dah lama tak jumpa. Selaku "tuan rumah", si A dan B cadang kat si C dan D untuk tengok cerita "Johnny English Reborn", show tengah malam disebabkan hari tu hari bekerja dan esoknya cuti.

Si A cek online, ada tayangan 11.45pm. Si B setuju. Begitu juga si C dan D.

Si A dan B datang beli tiket kira-kira jam 9.30mlm. Malam tu ada tayangan 9.45mlm dan 11.45mlm. Si A bagitau kat kaunter:
"Johnny English, 4 orang"
"...45mlm? 4 orang?"
"ha, 4 orang"

Si A dan B pilih seat tengah yang agak best dan bayar tiket, RM 12 seorang, total RM 48. Si A dan B tengok tiket bertulis Johnny English dan nombor 4. 4 tu nombor bilik. Disebabkan masih awal nak ke 11.45mlm, si A dan B pergi makan sementara tunggu si C dan D datang. Nak dipendekkan cerita, 11.45 mlm mereka jumpa di depan pintu masuk wayang.

Di pintu masuk, si A serahkan tiket kat si mamat tukang kutip tiket. Dari pintu masuk, mereka berempat jalan dengan perlahan sambil berborak pasal best ke tak Johnny English walaupun si A, B dan C belum tengok, kecuali si D yang dah tengok.

Si A bagitau, "aku beli yang 2D punya. Ada yang biasa, ada yang 2D. Aku ambil yang 2D.."
Si B hairan. Si C tanya perbezaan. Si A cakap, "sama jek...RM 12 gak...". Si B dan D senyap dan berjalan.

Baru nak masuk bilik 4, si mamat penjaga tiket menjerit, "bang, bang, nanti dulu..."

Mereka berempat patah balik ke pintu masuk dan si A tanya, "kenapa?"
Si mamat tu bagitau, "abang punya tiket dah lepas ni. Kat tiket tulis 9.45 bukan 11.45...saya tak boleh bagi masuk nih. Seat ni dah ada orang. Abang tunggu kat sini. Saya bagi orang 11.45 masuk dulu..."

Mereka berempat sangat terkejut. Paling terkejut si A yang beli tiket dan si B yang pilih seat. Si C ketawa puas dan dia bersama si D persoalkan si A dan B sebab tak cek masa kat tiket. Dari 9.30 mlm sampai 11.45 mlm, tade sebarang usaha pun si A dan si B nak cek masa kat tiket...Yang paling best, show 9.45 malam tu kat bilik 4 gak. Mungkin kaunter tiket dengar 45 jek, si A dan B pun dengar 45, kaunter tiket print 9.45, si A dan B rasa dapat 11.45

Hampir 15min mereka berdiri tunggu di pintu masuk sambil bincang dan ketawa mengenangkan nasib mereka. Rasa-rasa dah ramai masuk dan iklan dah habis, si mamat tukang kutip tiket pun berkata, "jom bang..." sambil berjalan, "kalau ikutkan, abang tak boleh masuk tapi kalau nak tengok, seorang kena bayar RM5. Camne bang?"

Lagi sekalu mereka terkejut. Si B persoalkan kenapa mesti RM 5 tapi si mamat bagi alasan yang sama, nak tengok kena bayar RM5 sorang. Si A tak puas hati. Si C pasrah, dah alang-alang sampai. Si D senyap dan setuju.

Maka, mereka pun setuju. Dari RM12 dah jadi RM17 sorang. Harga dah macam tengok 3D dah. Padahal, tengok 2D jek. HAHAHA...

Dah la bayar mahal, kena duduk depan plak tuh walaupun si mamat pesan boleh pindah kalau dah tade orang masuk.

Walaupun hati dah panas tapi jadi sejuk sebab jalan cerita Johnny English yang best, tak stop gelak. Ada je part yang kelakar. 5 bintang!

Sunday, September 25, 2011

Homework dan Journal...

Sepanjang minggu lepas aku busy buat homework. Bos bagi homework kat semua dietitian. Dia mintak buat mnt protocol ikut subspecialty masing-masing. Dia mintak buat simple jek. Untuk kes aku, mnt protocol critical ill. Sekali fikir, tak susah mana sebab selama aku jaga ICU, memang kena ikut protokol tapi kali ni kena compile dan ringkaskan untuk kegunaan dietitian yang lain.

Dua kali fikir, aku kena bukak journal & protokol untuk reference. Bab journal yang buat aku lemah sikit. First week aku lapor diri kat Selayang, bos tanya :
"awak selalu baca journal? Suka baca journal? Faham tak?"
"saya faham sikit-sikit kalau baca journal. Nak cakap selalu sangat, tadela. Tapi kalau nak baca, saya baca..."

Fuh.jawapan selamatkan diri.hehe...Tapi memang betul pun. Aku simpan banyak journal softcopy & hardcopy tapi tak selalu baca. Aku lebih banyak ulang baca protokol.

Walaupun dah bekerja dan tak buat sebarang research, aku kena selalu update dengan latest update dari journal, selain dari pergi kursus atau CME. Cuma sekarang ni susah nak access sebab tak subscribe website journal. Harap ehsan bos je lah bagi journal kat aku.

Disebabkan aku dah biasa buat kerja last minit, kepala aku agak serabut nak cari balik journal yang sesuai, nak pilih journal yang bagus. First day ngadap journal memang ngantuk. Aku rasa sejam je kot bertahan depan PC. Mungkin diri dah penat ngadap monitor dari pagi sampai petang, balik rumah pun nak ngadap PC.

Ditakdirkan pada hari esoknya, lagi 2 hari nak submit homework, aku dengar motivasi pagi kat radio IKIM.fm, pasal "kematian, satu benda yang pasti". Tak payah buat pelik.hehe. Sebab aku agak selalu bukak tv sebelum keluar kerja tengok rancangan motivasi macam prof fazilah kamsah atau "tanyalah ustaz". Kadang-kadang debgar IKIM.fm on the way hospital sebab ada segmen motivasi pagi.

Dalam segmen radio IKIM.fm tuh, ustaz cakap kematian satu yang pasti dan telah ditentukan tarikh kematian sejak roh kita diciptakan. Sebenarnya kita telah mengejar kematian sejak kita dilahirkan. Semakin kita meningkat umur,semakin dekat kita dengan kematian. Di hujung slot,ustaz tu ada pesan, "...disebabkan kita tak tahu bila kita akan ditarik nyawa, jadi, eloklah kita segerakan kebaikan. Mana yang elok, kita segerakan. Jangan tunggu esok. Mana tau esok kita sudah tiada. Sama juga dengan kerja atau amanah diberikan kepada kita seperti kerja yang bos bagi di tempat kerja. Segerakan. Mana tahu esok kita dah tak sempat..."

Tergerak hati dengar contoh tersebut. Kita selalu dengar atau pesan, siapkan kerja cepat, kalau tak bos marah, kena tolak markah. Tapi jarang kita dengar segerakan kerja yang diberi sebelum kita hilang upaya atau telah ditarik nyawa pada hari esoknya...

Homework telah berjaya disiapkan dan telah direview, dikomen rakan sekerja. Perlu sedikit pembetulan untuk betul-betul submit next week...

P/S : Hidup ini kena menyampaikan dan beramal. Biar sedikit dari tidak ada langsung...

Friday, September 16, 2011

turning point dalam hidup...

Just nak share perasaan pelik tapi benar. Aku rasa diri aku ni dah sampai tahap "rasionalkan semua benda".

Ada benda yang patut dimarah tapi bila dirasionalkan, tak jadi marah. Cuba bagi alasan logik untuk tak marah.

Ada benda nak dikejar sangat tapi bila fikir rasional, cuba bagi alasan belum tiba masa menerima benda tu, mungkin diri tak bersedia.

Bila dah kerap rasionalkan fikiran dan tindakan, time tu la turning point muncul. Mungkin ini semua buatkan aku berani decide benda besar dalam hidup. Sebelum ni, aku rasa aku bukan seorang decision maker untuk diri sendiri tapi selalu tolong mudahkan orang lain buat decision.

Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Dah 25 tahun aku berjalan, semakin besar pandangan aku dalam hidup sendiri...

sindrom silap tulis...

Aku tak tau kot-kot korang ada gak sindrom silap tulis macam aku.

Senang jek sindrom ni. Bayangkan tengah menaip mesej SMS, time tu jugak korang tengah berborak dengan orang lain atau tengah fikir benda lain. Nescaya korang akan automatik menaip percakapan orang lain atau menaip benda korang tengah fikir.

Contoh situasi:
Niat di hati nak tulis "ko kat mana tu?". Tapi disebabkan time tu tengah sibuk order makanan, maka dengan automatik keluar "ko makan mana".

Hari ni, tengah sibuk aku taip report patient kat PC, niat nak tulis "s/b dietitian, thanks for the referral" tapi disebabkan time tu berborak hal patient, jadi aku pun taip "s/b dietitian, thanks patient ni"...

Tu sebab aku selalu recheck ayat SMS sebelum hantar. Maybe tahap fokus dah kurang sejak umur meningkat.haha...

Saturday, September 3, 2011

Sejarah Mencari Kerja

Aku rasa aku ni jenis tak memilih kerja, cuma Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Zaman aku cari duit sendiri ni, tak silap aku, seawal aku Form 2. Kerja first dalam hidup aku, join caterer orang kahwin. Sekali je, kerja angkat pinggan, ganti lauk, dapatlah upah, tak banyak, RM 50 rasanya...
->Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Aku kerja 2 kali time kat matrik, dua-dua aku kerja time cuti sem panjang. Yang bestnya, dua kali aku kerja kat Kenny Rogers, sekali kat Seremban Parade, sekali kat Jusco Seremban 2. Adalah dapat sikit, gaji ikut jam, RM 3.50 sejam. Kerja kat Kenny lah aku paling suka sekali, banyak aku belajar cara layan pelanggan kat kedai makan. Mana taknya, aku kena pergi kursus kat KL 2 hari sebelum start kerja.
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Time kat UIA kuantan, aku kerja kat CC. Ha, aku kerja 2 tahun @ 4 sem, lama tu. Time tu blok CF brothers baru bukak. So, ada CC kat tingkat atas. Kawan aku Hadi a.k.a "Hong" offer kat aku. Aku pun try mintak, interview sikit, dapat lah kerja kat situ. Dapatlah upah RM 2 sejam. Waktu kerja paling best, aku start jaga CC 10 malam sampai 2 pagi, bergilir-gilir dengan Hong. Kerja simple, bukak PC, jaga duit, fotostat note orang. Tapi bila UIA dah buat wireless internet, CC pun susah sikit nak cari pelanggan, tu yang aku stop kerja walaupun Abg Zaidi (bos) sangat baik kat aku, siap dapat "bonus" kalau time raya.haha...
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Kerja yang "sebenar" muncul pada minggu last exam, final year, final sem aku kat Kuantan. Aku ingat lagi, kawan aku a.k.a senior setahun, Fairuz a.k.a "Apai", dok tunggu aku balik keluar makan kat rumah sewa. Bila aku balik, Apai bukak mulut -> "man, aku dapat lubang kerja. Aku nak offer kat ko. Aku dapat tau BESTA ada kosong kat Seremban. Aku rasa better ko mintak, urgent ni, diaorang nak pakai orang. ko call member aku, dia kerja kat BESTA Serdang..."
Lepas tu terus aku call akak Serdang, dia bagi no telefon Admin BESTA. Esoknya aku call HR, dia tanya background aku, terus dia offer -> "ha, bagusla awak duduk seremban, kita nak pakai urgent kat sana. Lagi pun bos sana nak dietitian lelaki. Camni, awak datang sok jumpa dia, interview dengan dia, lusa awak start kerja"
->"eh, saya tak habis lagi exam. Lusa saya ada viva, next week saya datang..."
Next weeknya aku datang, jumpa bos, hari esoknya aku start kerja.
->Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Sambil aku kerja kat BESTA, aku try cari kerja lain, kerja tetap dan lebih padan dengan minat aku, gaji pun kalau boleh nak tinggi sikit la kan.hehe...

Antara kerja yang aku try:
1- PPUM - post: clinical dietitian. result: calon simpanan no 2
2- Warees Halal, company under Majlis Ugama Islam Singapura - post: Halal Inspector. result: Berminat nak ambil aku, tapi Kerajaan Singapura suruh aku jadi Permanent Resident (PR) dulu, baru boleh kerja dengan Warees Halal
3- SPA - post : Pegawai Dietetik U41. Result : berjaya!
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Dalam banyak-banyak kerja aku mintak, kerja sekaranglah aku paling-paling bersyukur dan betul-betul rasa bertuah. Perasaan dapat tahu bila berjaya tu, sampai nak menangis walaupun cek result pakai SMS je. Lagi bertuah dan bersyukur bila dapat kat Selayang je. Setahu aku, intake time tu ada 3 post je, satu kat Perak, satu kat Sarawak, satu kat Selayang. Fuh, nasib baik.hehe...

Tapi Pak Ngah aku pesan: " mudo-mudo ni, ok jekalau kojo jauh-jauh, kot yang baru kawin, tado salahnyo nak poie jauh-jauh. Dah stabil, dah lama merantau, baru balik kampung..."

p/s: ingat lagi sehari sebelum interview SPA, aku kena diarrhea, perut masuk angin, pening kepala, demam tak boleh tidur. Sampai aku mintak jasa baik kawan baik aku drive kereta aku bawak aku pergi Putrajaya, badan tak larat nak drive. Upahnya: mee goreng lepas habis interview. haha...

Motivasi Punch Kad Kerja

Aku rasa aku dah terbiasa mencari motivasi untuk diri sendiri setiap pagi. Mungkin aku dah biasa berprogram, program motivasi plak tu, sebelum kita motivasikan orang lain, kita motivasikan diri sendiri dulu.

Setiap kali bangun tidur, aku akan cari "motivasi dalaman" sebelum pergi kerja, dengan kata lain, "kenapa aku nak kerja hari ini?"

Kalau kerja sebelum ni, menjadi catering dietitian merangkap ketua jabatan, antara motivasi aku ialah:
1- betulkan disiplin staff dan baiki mutu kerja staff aku
2- serve diet lagi baik dari hari semalam

Kerja sekarang, clinical dietitian, motivasi aku lebih kepada:
1- kerja untuk "masa depan" 
2- khidmat kepada pesakit seikhlas hati

Turutan event bila sampai Hospital Selayang:
tegur pak guard kat parking -> tengok gambar aku kat carta organisasi jabatan -> punch kad -> masuk office, on PC -> beli breakfast kat cafe -> makan dalam office -> pakai tie -> naik wad

Dalam banyak-banyak turutan event di atas, time punch kad dengan on PC merupakan time aku set motivasi aku setiap pagi.

Bila punch kad, aku akan tengok tarikh, bulan --> "kejap je masa, makin lama aku kerja kat sini..."

Bila duduk kerusi dan on PC --> "ok, apa encik dietitian nak buat hari ni..."

PC dah on, jom beli breakfast!

Zaman dulu tak pernah terfikir nak jadi dietitian dan kerja di Hospital Selayang. Kalau ikut hati dan cita-cita, bukan semua ni yang aku mintak. Tapi setiap benda yang berlaku sebelum ni, guide aku ke kerja sekarang. Masa depan, siapa yang tahu, hanya Allah tahu, kita hanya merancang...

Aku sering kali berpesan kat adik-adik sekolah -> "tahu dulu apa yang adik minat, kejar apa yang adik minat".
Memang betul nasihat tu, tapi patut tambah -> "kalau adik jumpa jalan yang adik tak rancang atau tak minat, jangan give up, usaha dulu, mana tahu rezeki ada kat situ"

InsyaAllah akan ada rezeki kalau kita usaha, tawakkal dan sabar. Kalau ikut pengalaman aku, start dari sekolah rendah, mak aku lah penasihat besar dalam hidup aku. 90% hala tuju hidup aku dibimbing dia. Aku ingat lagi, dia guide aku sampai isi borang UPU dan guide aku gak untuk ambil course Allied Health Science, cuma mak aku suruh aku ambil course Optometry tapi ntah macam mana aku terpengaruh dengan cerita Dr Nik pasal roti, terus aku sebut Diet first choice aku. Ha, tu  baru 10% hala tuju akademik aku ditentukan diri aku sendiri.hehe...

Setiap kali salam mak sebelum balik KL, mak pesan -> "kerja elok-elok, jangan main-main, niat kena betul..."

p/s: sedikit pengalaman dari diri yang tak berapa berpengalaman...

Monday, August 29, 2011

3rd review aidilfitri - checklist raya

aku punya checklist raya sebelum tiba 1 syawal:

1) minta cuti kerja siap-siap. kalau perlu, mintak sebelum bulan puasa mula

2) zakat fitrah, jangan lupa!


3) bayar dulu bil-bil dan hutang sebelum berbelanja raya

4) balang-balang kuih untuk bawak balik ke kampung

5) duit rayo untuk budak-budak beserta dengan sampul duit rayo

6) kereta dah diservis dan dikilatkan sepenuh hati
7) plan perjalanan balik kampung

Sunday, August 28, 2011

sejauh mana ramadhan mengajar kita?

Antara perkara-perkara ramadhan mengajar kita:-
1- solat awal waktu, ringan tangan bersedekah dan ringan untuk kita luangkan masa untuk al-quran
2- rajin mengejar benda-benda sunat di samping buat benda-benda wajib
3- lagi pandai menjaga penglihatan, percakapan,pendengaran dan tidak melakukan perkara membuang masa
4- senang berfikir dan bertindak positif

ini semua rahmat dari Allah di bulan ramadhan iaitu menyenangkan kita mengikut arahan Allah.

Kalau kita fikir, bila habis ramadhan, adakah kita mampu kekalkan prestasi sekarang?  istiqamah?

Ilmu dunia pun, sekali diajar belum tentu diamalkan. Yang penting, pengulangan dan latihan.

Sesungguhnya aku bersyukur bertemu ramadhan kali ini dan berdoa untuk berjumpa lagi ramadhan akan datang.

Secara jujur, aku lagi tenang ramadhan kali ini berbanding sebelum ni dan selalu memikirkan nasib diri selepas ramadhan...

2nd review aidilfitri - kalau tak makan, tak sah!

aku rasa masing-masing ada makanan kegemaran bila time hari raya. Just nak share sikit makanan raya kegemaran aku, kalau takde, memang tak sah! Kita masuk kategori makanan berat dulu...

1- Lomang paneh!

Makanan di hari last puasa. Hari last berbuka memang makan lomang dengan rendang, sampai lah seminggu beraya. Sejak umur meningkat ni, aku lagi suka makan lomang banding dengan nasi himpit. Antara kesan makan lomang, badan jadi penat, makanan banyak lemak, biasala tu...

2- Rendang ayam & daging!

Tak sah ada lomang kalau takde rendang. Gambar rendang atas ni rendang style negeri sembilan. Setakat ni, masakan rendang mak aku la paling terbaik. Meratah rendang pon aku on jek.haha
p/s to bakal isteri: kena belajar buat rendang style nogori sembilan ek, kena master tuu...hehee...


Kategori biskut/kuih rayo!
1- Tart nenas

Tart nenas gulung nih, aku start makan sejak dari kecik sebab mak aku pandai buat tart. Kalau dulu dia rajin buat bisnes jual tart. Aku selalu tolong dia buat jem tart, keja biasa aku: mesin buah nenas. Tapi mak aku dah stop buat tart,dah tak larat dah...

2- Almond London

Sekali tengok, dah buat aku teringin sangat nak makan. Mungkin sebab bercoklat, tu yang sedap tuh...

3- Kuih rotan

Semasa bosan dan tengah tengok tv time raya, kuih rotan la teman setia aku. Isi yang keras, sebabkan aku suka mengunyah kuih rotan. Kalau datang rumah orang, aku pegang dulu kuih rotan.haha


Sebenarnya aku merasa je semua jenis makanan time raya, ye la, dah jadi dietitian, kena la merasa semua cuma tak boleh komen, nati kecik hati tukang buatnya...