baru-baru ni, ada pergi makan kat satu kedai nih, kat bandar baru selayang...pergi makan time tu tak silap dah pukul 9 lebih, sampai-sampai jek, punya la penuh orang-orang kat kedai tuh...
aku dan kawan aku seorang nih, order la chicken chop 2...sambil tunggu, sibuk layan cerita Narnia kat tv, sambil-sambil tu sempat tengok keadaan sekeliling, memang ramai orang tapi pekerja pulak sikit...kedai nih antara kedai favourite aku kalau nak pergi makan lunch. time lunch, memang ramai pekerja, senang je kalau nak panggil order...
berbalik kepada kejadian malam tu, ada la 1 family duduk di sebelah kitaorang ni.yang ayahnya, macam dah hilang sabar.mana taknya, dah dekat 30min duduk kat meja, air je dapat tapi makanan tak sampai lagi.dah dekat 40min, baru la sampai chicken chop, tapi bukan untuk kitaorg, untuk family sebelah. dengan nada marah, ayahnya berkata: "dah, dah, saya tak nak. dah lama sangat, tak nak dah!"
aku dan kawan aku, menelan air liur-"sedapnya chicken chop..."
selepas si ayah reject je chicken chop tu, terus pekerja tu hantar ke kitaorang.alhamdulillah, rezeki :)
terus muka kitaorang senyum. dan si ayah tanya kepada kawan aku -> "adik, ko pun dah lama tunggu ek?sabar ko ek...". mesti si ayah tu tak sangka kitaorang order makanan yang sama dengan dia.
si kawan aku nih, angguk kepala jek sambil fokus terus kepada makanan di hadapannya. aku pulak jawab dalam hati "tau takpe, memang kena sabar pun".
sejurus lepas ayahnya tanya soalan tu, terus si ayah bangun mengajak family nya keluar kedai.kesian...
tujuan post ni adalah nak memberi khidmat pesanan masyarakat: "tolong lah bersabar ketika di kedai makan. kalau dah tahu lapar, harap bersabar, kalau tak sabar gak, tolong pergi ke kedai lain yang tak ramai orang"
melihat dari perspektif pekerja, aku pernah mengalami situasi tersebut. mengikut pengalaman kerja dan hidup aku, aku pernah kerja dengan katerer kahwin, kerja fast food dan pernah handle syarikat katering di hospital. ada beberapa perkara yang aku tak suka bila pelanggan/customer:
1- memanggil pekerja dengan "hoi" atau buat panggilan dengan bersiul@"sweet".kalau ikut time aku kerja fast food dulu, kitaorang buat bodoh jek...
2- complaint macam-macam, tak sedap lah, sikitlah tapi hakikatnya, makanan dah habis, baru nak complaint.
3- caci maki kalau servis lembab. padahal, time tu memang sangat ramai pelanggan/customer. itu pon, dah berlari-lari anak pekerja/staff nak layan semua orang.
kesimpulannya, bahasa menunjukkan bangsa. cuba anda sendiri berada di tempat mereka, mesti anda akan tidak berpuas hati. tapi apa yang mereka tahu, mereka kena bersabar sebab di samping mereka mencari keuntungan, mereka juga mencari rezeki yang halal dengan cara menghidangkan "rezeki" kepada kita...
p/s: kena buat stress test @ test tahap kelaparan kalau nak masuk kedai yang ramai orang.hehe....
No comments:
Post a Comment