Followers

Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Inspirer Team Malaysia



Persatuan Fasilitator Inspirasi Motivasi Generasi Muda Malaysia ( PFIMGMM ) atau secara ringkasnya dikenali sebagai Inspirer Team Malaysia ialah sebuah persatuan NGO Malaysia yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Inspirer Team Malaysia terdiri daripada sekumpulan fasilitator yang bekerjasama memberi inspirasi kepada generasi masakini untuk terus maju dan berkembang.

Objektif Inspirer Team Malaysia :

  1. Menjadi platform untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang menerapkan nilai-nilai sahsiah murni dan kendiri yang tinggi. 
  2. Menjadi platform untuk berdakwah yang bertujuan membimbing masyarakat ke arah pembaikan diri demi mencapai kecemerlangan dari semua aspek secara menyeluruh. 
  3. Menjadi platform pembentukan dan pembangunan modal insan yang soleh dan solehah serta bermotivasi tinggi sekaligus menggilap keyakinan dan potensi diri intrapersonal dan interpersonal. 
  4. Menjadi platform pengukuhan asas kekuatan generasi pelapis negara yang bertanggungjawab dengan menekankan aspek sahsiah diri, kebersamaan berkumpulan dan berkepimpinan berhemah tinggi. 
  5. Menjadi medium perpaduan masyarakat dengan menerapkan semangat kesukarelawan dan ambil berat terhadap masyarakat melalui perancangan program dan aktiviti.




Barisan kepimpinan Inspirer Team Malaysia tahun 2012-2014

  • Pengerusi : En. Ilman Hadree bin Idris 
  • Timbalan Pengerusi : Dr. Muhammad Firdaus bin Ujang 
  • Setiausaha : Cik Nurul Farhanah binti Md Fozi 
  • Penolong Setiausaha : Leftenan Komander (TLDM) Razimi Damri
  • Bendahari : Cik Suhaila binti Baharom 
  • Biro Pembangunan dan Latihan : En. Hamzi bin Hadi 
  • Biro Pengurusan Diplomatik : Encik Muhammad Syafiq bin Salleh 
  • Biro Perancangan Program : Dr. Adam bin Abd Razak 
  • Biro Pengurusan Ekonomi : Dr. Najwa ’Abidah binti Mohd Halim
Duduk Dari Kiri : Suhaila, Firdaus, Ilman, Farhanah. Diri Dari Kiri : Razimi, Hamzi, Najwa. Tiada Dalam Gambar : Syafiq, Adam
 


Ingin sertai Inspirer Team Malaysia? Sila lawat page FB Inspirer Team Malaysia

Pertanyaan? Sila email ke inspirerteam@gmail.com

Tuesday, February 5, 2013

Financial Freedom...

Dulu-dulu aku suka baca blog pasal kewangan / financial. Dalam serius baca blog topik tu, mesti jumpa keyword "financial freedom" atau "financial independence" atau "kebebasan kewangan".

Aku "petik" maksudnya dari encik Wiki:
" Financial independence...the state of having sufficient personal wealth to live indefinitely without having to work actively for basic necessities...assets generate income that is greater than their expenses..."

Pendapat peribadi aku, semua orang simpan niat nak dapat banyak income, nak kekayaan, nak dapat duit mudah. Betul tak?

Jawapan aku mudah, kita kena mula mencari income, supaya duit yang kita dapat dapat menampung perbelanjaan DAN dapat menambah harta atau kekayaan.

Makan gaji? Itu pilihan selamat dan terjamin sampai pencen.hehe. Tapi adakah gaji kita "cukup-cukup makan" atau "boleh la simpan sikit-sikit"?

Jadi, dalam kepala aku ni ada la fikir target financial freedom dan aku dah mula perlahan-lahan. Insya Allah akan aku kongsi sikit-sikit dalam blog ini. Maklum la, aku pun budak baru belajar, masih banyak perlu menimba ilmu.

p/s : Jangan lupa, kekayaan tanpa bekalan di akhirat kelak tak guna jugak. Kekayaan tanpa berbudi kepada orang lain tak guna jugak...

Thursday, January 31, 2013

2013...re-start blogging!

assalamualaikum w.b.t

Tahun 2013. Sudah berlalu 1 bulan. Nak masuk bulan Februari.

Semangat baru, nak re-start balik blogging.  

Mari kita tunggu dan lihat apa jadi kat blog sesuatu-yang-indah.blogspot.com

Sunday, December 18, 2011

Dont Judge A Book By It's Cover...


it's what's inside that counts!

entry kali ni bukan nak kait sape-sape tapi nak bagi peringatan, kat diri sendiri dan orang lain.

pada pendapat diri sendiri, aku memang susah sikit nak judge orang kat sape-sape yang aku memang tak kenal, apatah lagi yang langsung tak pernah bercakap atau langsung tak pernah berborak.

setiap kali aku pergi mana-mana dan jumpa sape-sape orang baru, aku akan simpan sikit sedikit ruang untuk aku suka/minat dia (in term of friendship/partnership). pengalaman bekerja dan bermasyarakat mengajar aku untuk simpan sedikit ruang positif untuk orang yang aku tak kenal atau baru nak kenal. sape lah kita nak cakap macam-macam, nak komen macam-macam. sebab bagi aku, kalau kita tak wujudkan ruang tu walaupun sikit dalam hati ni, jadi dengan senang kita akan judge orang tu dari luaran sahaja dan bukan dari dalaman.

aku rasa, luaran aku tak mencerminkan keseluruhan diri aku, aku rasa tidak sampai pun 70% mengambarkan diri aku. perbuatan aku di khalayak ramai pun tak mencerminkan tingkahlaku aku. itu yang sesetengah orang cakap, aku ni pendiam, tak banyak cakap. tapi aku kena admit, face expression memang gambarkan mood aku, macam muka masam maksudnya lapar dan marah.haha. tapi still, bagi aku, luaran dan dalaman aku akan menggambarkan semua, kalau orang tu dah kenal aku. sebenarnya orang yang paling kenal kita ialah ibu bapa kita. tak kisah lah kita ada kawan sehati sejiwa pun, family kita lah yang paling kenal kita.

so, jangan judge seseorang yang anda tidak kenal dan jangan judge melalui profile facebook sahaja...

Monday, November 7, 2011

Allah yang gerakkan hati kita...

"Allah yang menciptakan hati kita dan menggerakkan hati kita...Sudah semestinya kita berharap hati kita sentiasa didekatkan dengan Allah dan sentiasa dijauhkan dengan perkara maksiat..."

Begitu lah kata-kata pembukaan slot ceramah pagi IKIM.fm isnin minggu lepas. Sempat lagi ustaz memuji pendengar radio "seperti pagi hari ini, Allah telah gerakkan hati pendengar-pendengar sekalian untuk mendengar IKIM.fm dan mendengar topik saya pagi ni iaitu sifat pemarah".

Menurut ustaz tu, pemarah ada 4 jenis:
1- cepat marah dan senang memaafkan
2- susah nak marah dan senang memaafkan
3- cepat marah tapi susah nak memaafkan
4- susah nak marah tapi susah nak memaafkan

Jenis ke-2 iaitu susah nak marah dan senang nak memaafkan adalah paling terbaik. Seboleh-boleh nya kita kena banyak bersabar dan senang memaafkan orang lain. Kadang-kadang ujian tu datang sebab allah nak tengok kita marah ke tak, kita redha ke tak dengan ujian tersebut. Kalau orang yang senang marah bila dapat ujian, itu makna nya tak redha dengan ujian Allah.

Semasa mendengar di dalam kereta menuju ke Hospital, aku dah berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini dan semoga hati aku tak cepat marah.

Hari isnin ialah hari busy untuk semua orang. Setelah tinggalkan kerja dan wad selama 2 hari, mesti hari isnin akan berlambak kerja, patient pun ramai dan bos pun selalu cari kita tanya kerja. Untuk menenangkan keadaan, aku sentiasa mulakan hari di hospital dengan sarapan pagi. Ingat, breakfast penting untuk kawalan kadar metabolisma badan.

Nak dijadikan cerita, hari isnin aku ada praktikal SGA (Subjective Global Assessment) kat wad bersama-sama dengan dietitian lain selepas lunch, pukul 2.30 petang. Pagi isnin aku habiskan masa dengan ward round ICU, jenguk CCU dan HDW. Sebelum lunch, aku dah decide nak naik wad medical 10C sebab ada 2 referral, dua-dua kes ryles tube feeding, so memang sempat nak habiskan dalam masa setengah jam dari 2.00-2.30 petang.

Tepat kul 2 petang, aku naik wad 10C. Dah setel satu patient, aku bergerak ke satu lagi. Kali ni, katil patient dekat dengan katil seorang makcik, makcik F. Makcik F ni dah lama duduk dalam wad, dah ada dalam sebulan. Makcik ni peramah orangnya dan banyak bercakap. Disebabkan aku jumpa patient selang satu katil dengan katil makcik F, aku pun ambil keputusan nak jumpa makcik F walaupun time tu lagi 10 min nak 2.30 petang. Hati tak sedap kalau aku tak jumpa dia, dia pun dah pandang-pandang bila aku dah datang wad. Ini masuk kali ketiga jumpa dia.

"Makcik, assalamualaikum.apa kabar arini? sudah makan?"
"Wassalam tuan haji. boleh kan makcik panggil tuan haji?"

Sebenarnya, setiap kali aku jumpa dia, dia akan panggil aku "tuan haji" sebab bagi dia, aku ni seorang yang baik dan suka senyum, jadi dia gelarkan aku "tuan haji" sebagai doa suatu hari nanti aku naik haji.insyaAllah.

Sambil-sambil aku check makanan keliling meja makcik F, aku sempat gak tanya apa yang dia makan, apa yang dia tak boleh makan. Makcik F complaint staff nurse busy. Dia paham tahap busy diaorang tapi kadang-kadang badan dah tak selesa, nak pergi bilik air, badan tak boleh bangun, nak kena pimpin ke bilik air. Panggil pukul 10 pagi, jam 2 petang belum tentu staff nurse sampai. Makcik F sebak sekejap.

Jam dah 2.35 petang. sabar...

Tiba-tiba, makcik F memberi ingatan ataupun dengan nama lain tazkirah kepada aku. Tajuknya ialah "hormati orang tua dan jangan derhaka kepada orang tua".

Hampir 10min makcik F beri peringatan kat aku. Jam dah 2.45 petang. sabar...

Akhirnya, makcik F berhenti bercakap dan aku terpaksa meminta maaf dan meminta untuk pergi sebab ada urusan lain. Sempat juga aku berterima kasih dan sempat janji aku akan jumpa lagi lain kali.

"terima kasih tuan haji sebab mendengar.assalamualaikum..."

Sesungguhnya, peringatan itu datang dari pelbagai bentuk dan sepanjang masa. Bagi aku, aku hargai makcik F yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman dia untuk sama-sama kita beramal dan dekatkan hati kepada Allah.

Walaupun aku sampai office 3 petang, dah lewat tapi aku kena bersabar dan redha dengan ujian di wad. Bagi aku, masa yang lewat tadi telah terisi dengan benda yang berfaedah...

p/s: hidup kena menyampaikan dan beramal

Sunday, October 30, 2011

Inspirer Team : Penubuhan

Diskusi di Perpustakaan Negeri
2 minggu sudah, ahli-ahli peneraju awal Inspirer Team berkumpul di Seremban dengan 2 tujuan iaitu program follow-up bersama adik-adik SPM Kem Ibadah di Perpustakaan Negeri Sembilan, Seremban dan meeting penubuhan Inspirer Team di food court Seremban Parade. Ya, di food court Seremban Parade.hehe...

Diskusi 2 di Seremban Parade
Sebelum menjelang tahun 2012, Inspirer Team meletakkan target untuk menubuhkan team secara rasmi dan berdaftar dengan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). Semua ini harus dilakukan sekarang.

Meeting 2 minggu lepas lebih kepada pembentukan rangka perlembagaan (constitution) team, rangka biro di dalam team dan perancangan gerakan team pada tahun depan 2012.

Sudah semestinya, Inspirer Team memasang hajat untuk lebih berkembang dan maju pada tahun hadapan. "Baby steps" telah dibuat, dan kini merancang untuk membuat "giant leaps" pula di dalam masyarakat. Niat kami hanya satu, membangunkan masyarakat muda, especially Muslim, ke arah sebuah komuniti yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar di dalam kehidupan seharian. Di samping memberikan motivasi dan bimbingan untuk berjaya di alam persekolahan seterusnya berjaya mengejar cita-cita masing-masing.

Kami tidak meminta sebarang bayaran atau ganjaran dari masyarakat tapi kami hanya meminta semoga masyarakat sentiasa bersama-sama dengan kami realisasikan hajat ini. Semoga Allah permudahkan usaha murni ini demi agama Allah, bangsa dan negara.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, Inspirer Team akan ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi sebelum masuk tahun 2012. Mohon doa dari rakan-rakan semua semoga usaha ini dipermudahkan. Amin.

p/s: Sila berhubung dengan saya jika berminat sertai Inspirer Team...

Sunday, September 25, 2011

Homework dan Journal...

Sepanjang minggu lepas aku busy buat homework. Bos bagi homework kat semua dietitian. Dia mintak buat mnt protocol ikut subspecialty masing-masing. Dia mintak buat simple jek. Untuk kes aku, mnt protocol critical ill. Sekali fikir, tak susah mana sebab selama aku jaga ICU, memang kena ikut protokol tapi kali ni kena compile dan ringkaskan untuk kegunaan dietitian yang lain.

Dua kali fikir, aku kena bukak journal & protokol untuk reference. Bab journal yang buat aku lemah sikit. First week aku lapor diri kat Selayang, bos tanya :
"awak selalu baca journal? Suka baca journal? Faham tak?"
"saya faham sikit-sikit kalau baca journal. Nak cakap selalu sangat, tadela. Tapi kalau nak baca, saya baca..."

Fuh.jawapan selamatkan diri.hehe...Tapi memang betul pun. Aku simpan banyak journal softcopy & hardcopy tapi tak selalu baca. Aku lebih banyak ulang baca protokol.

Walaupun dah bekerja dan tak buat sebarang research, aku kena selalu update dengan latest update dari journal, selain dari pergi kursus atau CME. Cuma sekarang ni susah nak access sebab tak subscribe website journal. Harap ehsan bos je lah bagi journal kat aku.

Disebabkan aku dah biasa buat kerja last minit, kepala aku agak serabut nak cari balik journal yang sesuai, nak pilih journal yang bagus. First day ngadap journal memang ngantuk. Aku rasa sejam je kot bertahan depan PC. Mungkin diri dah penat ngadap monitor dari pagi sampai petang, balik rumah pun nak ngadap PC.

Ditakdirkan pada hari esoknya, lagi 2 hari nak submit homework, aku dengar motivasi pagi kat radio IKIM.fm, pasal "kematian, satu benda yang pasti". Tak payah buat pelik.hehe. Sebab aku agak selalu bukak tv sebelum keluar kerja tengok rancangan motivasi macam prof fazilah kamsah atau "tanyalah ustaz". Kadang-kadang debgar IKIM.fm on the way hospital sebab ada segmen motivasi pagi.

Dalam segmen radio IKIM.fm tuh, ustaz cakap kematian satu yang pasti dan telah ditentukan tarikh kematian sejak roh kita diciptakan. Sebenarnya kita telah mengejar kematian sejak kita dilahirkan. Semakin kita meningkat umur,semakin dekat kita dengan kematian. Di hujung slot,ustaz tu ada pesan, "...disebabkan kita tak tahu bila kita akan ditarik nyawa, jadi, eloklah kita segerakan kebaikan. Mana yang elok, kita segerakan. Jangan tunggu esok. Mana tau esok kita sudah tiada. Sama juga dengan kerja atau amanah diberikan kepada kita seperti kerja yang bos bagi di tempat kerja. Segerakan. Mana tahu esok kita dah tak sempat..."

Tergerak hati dengar contoh tersebut. Kita selalu dengar atau pesan, siapkan kerja cepat, kalau tak bos marah, kena tolak markah. Tapi jarang kita dengar segerakan kerja yang diberi sebelum kita hilang upaya atau telah ditarik nyawa pada hari esoknya...

Homework telah berjaya disiapkan dan telah direview, dikomen rakan sekerja. Perlu sedikit pembetulan untuk betul-betul submit next week...

P/S : Hidup ini kena menyampaikan dan beramal. Biar sedikit dari tidak ada langsung...

Tuesday, September 13, 2011

Punca Perbualan...

Aku nak share sedikit tips atau mencari punca perbualan dengan orang kita tak kenal atau baru nak kenal. Point penting disini ialah CARI PERSAMAAN. Antara ciri-ciri persamaan:

1. tempat asal @ kampung. Ciri yang paling biasa kita guna. Kalau dah dapat tau sama kampung, cuba bual kekerapan balik kampung, cuba mention nama sape-sape kot dia kenal macam nama ketua kampung & tanya nama sekolah, mana tau dulu-dulu kelas sebelah jek.

2. Aktiviti sekarang @ latest update. "buat apa sekarang? Kerja apa?". Soalan ni biasanya muncul lepas kita tanya khabar, tanya umur, tanya asal. Agak-agak dah cover background asal usul, kita boleh start dengan topik kerja. Topik ni lagi best kalau kita tunjuk minat nak tau kerja orang tu macam mana, ok ke tak.

3. Hobi @ minat. Topik ni biasanya digunakan kalau kita dah kenal atau dah jumpa 2-3 kali. Cuba korek apa yang dia suka terutamanya sukan atau rancangan TV. Kalau lelaki, sudah tentu hal bola sepak. Lagi syok kalau share team bola yang sama.

Point-point di atas ni mestilah dibuat@diguna sebaiknya:
- kena senyum
- buat eye-contact
- cuba kembangkan jawapan sendiri & jawapan orang tu
- jangan terlalu mesra dan terlalu nak tau banyak sangat.
- buat cool, buat macam biasa

Penting juga untuk kita jaga adab-adab pergaulan terutamanya dengan lelaki dan perempuan. Aku selalu guna point-point kat atas bila nak berkenalan dengan orang tapi tak guna time mengurat. Ayat mengurat dah masuk topik lain.hahaha.

Aku bagi satu contoh. Minggu lepas, selepas punch out, on the way nak ke kereta, aku terserempak dengan ahli mesyuarat sebut harga. Dia tegur:
"bos, balik dah?"
-> "aah.nak gi kereta. Tunggu sape kat sini? "
"tunggu member. En Ilman main tak paintball?" sambil buat gaya pegang senapang
-> "ha.main. Ada kaki ke? Saya cari geng gak ni.dah lama tak main.dulu-dulu jela pernah main"
"saya ada kaki.kadang-kadang saya buat tournament kecik-kecik.nati kalau ada, saya roger bos"

Ini contoh penggunaan point ke-3 sebab point pertama dan kedua dah digunakan antara aku dengan ahli mesyuarat tersebut.

Selamat Mencuba!

Saturday, September 3, 2011

Sejarah Mencari Kerja

Aku rasa aku ni jenis tak memilih kerja, cuma Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Zaman aku cari duit sendiri ni, tak silap aku, seawal aku Form 2. Kerja first dalam hidup aku, join caterer orang kahwin. Sekali je, kerja angkat pinggan, ganti lauk, dapatlah upah, tak banyak, RM 50 rasanya...
->Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Aku kerja 2 kali time kat matrik, dua-dua aku kerja time cuti sem panjang. Yang bestnya, dua kali aku kerja kat Kenny Rogers, sekali kat Seremban Parade, sekali kat Jusco Seremban 2. Adalah dapat sikit, gaji ikut jam, RM 3.50 sejam. Kerja kat Kenny lah aku paling suka sekali, banyak aku belajar cara layan pelanggan kat kedai makan. Mana taknya, aku kena pergi kursus kat KL 2 hari sebelum start kerja.
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Time kat UIA kuantan, aku kerja kat CC. Ha, aku kerja 2 tahun @ 4 sem, lama tu. Time tu blok CF brothers baru bukak. So, ada CC kat tingkat atas. Kawan aku Hadi a.k.a "Hong" offer kat aku. Aku pun try mintak, interview sikit, dapat lah kerja kat situ. Dapatlah upah RM 2 sejam. Waktu kerja paling best, aku start jaga CC 10 malam sampai 2 pagi, bergilir-gilir dengan Hong. Kerja simple, bukak PC, jaga duit, fotostat note orang. Tapi bila UIA dah buat wireless internet, CC pun susah sikit nak cari pelanggan, tu yang aku stop kerja walaupun Abg Zaidi (bos) sangat baik kat aku, siap dapat "bonus" kalau time raya.haha...
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Kerja yang "sebenar" muncul pada minggu last exam, final year, final sem aku kat Kuantan. Aku ingat lagi, kawan aku a.k.a senior setahun, Fairuz a.k.a "Apai", dok tunggu aku balik keluar makan kat rumah sewa. Bila aku balik, Apai bukak mulut -> "man, aku dapat lubang kerja. Aku nak offer kat ko. Aku dapat tau BESTA ada kosong kat Seremban. Aku rasa better ko mintak, urgent ni, diaorang nak pakai orang. ko call member aku, dia kerja kat BESTA Serdang..."
Lepas tu terus aku call akak Serdang, dia bagi no telefon Admin BESTA. Esoknya aku call HR, dia tanya background aku, terus dia offer -> "ha, bagusla awak duduk seremban, kita nak pakai urgent kat sana. Lagi pun bos sana nak dietitian lelaki. Camni, awak datang sok jumpa dia, interview dengan dia, lusa awak start kerja"
->"eh, saya tak habis lagi exam. Lusa saya ada viva, next week saya datang..."
Next weeknya aku datang, jumpa bos, hari esoknya aku start kerja.
->Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Sambil aku kerja kat BESTA, aku try cari kerja lain, kerja tetap dan lebih padan dengan minat aku, gaji pun kalau boleh nak tinggi sikit la kan.hehe...

Antara kerja yang aku try:
1- PPUM - post: clinical dietitian. result: calon simpanan no 2
2- Warees Halal, company under Majlis Ugama Islam Singapura - post: Halal Inspector. result: Berminat nak ambil aku, tapi Kerajaan Singapura suruh aku jadi Permanent Resident (PR) dulu, baru boleh kerja dengan Warees Halal
3- SPA - post : Pegawai Dietetik U41. Result : berjaya!
-> Allah murahkan rezeki aku.alhamdulillah...

Dalam banyak-banyak kerja aku mintak, kerja sekaranglah aku paling-paling bersyukur dan betul-betul rasa bertuah. Perasaan dapat tahu bila berjaya tu, sampai nak menangis walaupun cek result pakai SMS je. Lagi bertuah dan bersyukur bila dapat kat Selayang je. Setahu aku, intake time tu ada 3 post je, satu kat Perak, satu kat Sarawak, satu kat Selayang. Fuh, nasib baik.hehe...

Tapi Pak Ngah aku pesan: " mudo-mudo ni, ok jekalau kojo jauh-jauh, kot yang baru kawin, tado salahnyo nak poie jauh-jauh. Dah stabil, dah lama merantau, baru balik kampung..."

p/s: ingat lagi sehari sebelum interview SPA, aku kena diarrhea, perut masuk angin, pening kepala, demam tak boleh tidur. Sampai aku mintak jasa baik kawan baik aku drive kereta aku bawak aku pergi Putrajaya, badan tak larat nak drive. Upahnya: mee goreng lepas habis interview. haha...

Motivasi Punch Kad Kerja

Aku rasa aku dah terbiasa mencari motivasi untuk diri sendiri setiap pagi. Mungkin aku dah biasa berprogram, program motivasi plak tu, sebelum kita motivasikan orang lain, kita motivasikan diri sendiri dulu.

Setiap kali bangun tidur, aku akan cari "motivasi dalaman" sebelum pergi kerja, dengan kata lain, "kenapa aku nak kerja hari ini?"

Kalau kerja sebelum ni, menjadi catering dietitian merangkap ketua jabatan, antara motivasi aku ialah:
1- betulkan disiplin staff dan baiki mutu kerja staff aku
2- serve diet lagi baik dari hari semalam

Kerja sekarang, clinical dietitian, motivasi aku lebih kepada:
1- kerja untuk "masa depan" 
2- khidmat kepada pesakit seikhlas hati

Turutan event bila sampai Hospital Selayang:
tegur pak guard kat parking -> tengok gambar aku kat carta organisasi jabatan -> punch kad -> masuk office, on PC -> beli breakfast kat cafe -> makan dalam office -> pakai tie -> naik wad

Dalam banyak-banyak turutan event di atas, time punch kad dengan on PC merupakan time aku set motivasi aku setiap pagi.

Bila punch kad, aku akan tengok tarikh, bulan --> "kejap je masa, makin lama aku kerja kat sini..."

Bila duduk kerusi dan on PC --> "ok, apa encik dietitian nak buat hari ni..."

PC dah on, jom beli breakfast!

Zaman dulu tak pernah terfikir nak jadi dietitian dan kerja di Hospital Selayang. Kalau ikut hati dan cita-cita, bukan semua ni yang aku mintak. Tapi setiap benda yang berlaku sebelum ni, guide aku ke kerja sekarang. Masa depan, siapa yang tahu, hanya Allah tahu, kita hanya merancang...

Aku sering kali berpesan kat adik-adik sekolah -> "tahu dulu apa yang adik minat, kejar apa yang adik minat".
Memang betul nasihat tu, tapi patut tambah -> "kalau adik jumpa jalan yang adik tak rancang atau tak minat, jangan give up, usaha dulu, mana tahu rezeki ada kat situ"

InsyaAllah akan ada rezeki kalau kita usaha, tawakkal dan sabar. Kalau ikut pengalaman aku, start dari sekolah rendah, mak aku lah penasihat besar dalam hidup aku. 90% hala tuju hidup aku dibimbing dia. Aku ingat lagi, dia guide aku sampai isi borang UPU dan guide aku gak untuk ambil course Allied Health Science, cuma mak aku suruh aku ambil course Optometry tapi ntah macam mana aku terpengaruh dengan cerita Dr Nik pasal roti, terus aku sebut Diet first choice aku. Ha, tu  baru 10% hala tuju akademik aku ditentukan diri aku sendiri.hehe...

Setiap kali salam mak sebelum balik KL, mak pesan -> "kerja elok-elok, jangan main-main, niat kena betul..."

p/s: sedikit pengalaman dari diri yang tak berapa berpengalaman...

Wednesday, August 24, 2011

hargai lembu, kampung dan benda lepas

Teringat balik time kursus induksi,ada seorang penceramah bagi test psikologi. Senang je test dia:

"lukis seekor lembu atas kertas. Lukis lembu yang lengkap"

Kalau korang disuruh lukis lembu,korang akan lukis macam mana?

Aku jamin 90% akan lukis lembu: kepala pandang kanan,ekor hala kiri. Lagi 10% lukis lain.

Sebenarnya aku pun sama, lukis kepala pandang kanan,badan tengah-tengah,ekor hala ke kiri. Kalau ikut si penceramah, ni tanda orang "tradisional"- sentiasa ikut cara yang lama,standard,tidak provokatif dan susah nak terima perubahan.

Kalau lukis:
-> satu kepala menghadap kita atau kepala dulu dan badan di belakang : orang yang jujur
-> kepala pandang kiri & ekor ke kanan : orang yang lain dari yang lain, senang terima perubahan
-> punggung lembu hadap kertas dan kepala di belakang : orang yang gila-gila.haha

Kes yang sama kalau aku suruh korang lukis pemandangan di kampung. Aku jamin 90% lukis bukit kat belakang, ada matahari baru nak naik celah bukit. Ada sawah padi, rumah sebiji, ada 2 pokok pasu bunga dan tidak dilupakan pokok kelapa yang besar serta anak ayam di bawah pokok.

2 test ni bukti aku hargai benda yang dah lepas. Kalau nak tengok dari skop lebih besar, aku hargai apa yang aku dapat, orang sekeliling aku & pengalaman yang aku dapat. Kadang-kadang aku tersenyum bila tengok atau baca pasal orang yang dapat benda yang aku nak @ belum dapat.

"sabar...insyaAllah ada rezeki tapi belum tiba masa nya..."
"sabar..."

Terima kasih semua, terima kasih Allah.

Thursday, August 18, 2011

standard puasa tahun ni

Semalam aku berpeluang mendengar tazkirah dari saudara Bob Lokman di masjid Selayang Pandang.

Dia menimbulkan persoalan "standard" puasa kita tahun ini.adakah sama standardnya ketika kita berumur 10 tahun?adakah kita hanya berpuasa hanya bila disuruh?

Dia bagi contoh tentang perancangan hidup kita.setiap tahun kita berusaha tingkatkan standard hidup kita seperti nak masuk universiti,dapat kerja elok,gaji tinggi,rumah besar etc.

Teringat aku kat standard kakitangan kerajaan iaitu Sasaran Kerja Tahunan (SKT).Setiap tahun kakitangan kerajaan diwajibkan membuat SKT untuk dinilai pegawai penilai pertama dan pegawai penilai kedua.Di dalam SKT terdapat bidang tugas dan apa target yang hendak kita capai setiap tahun.Masuk tahun baru, SKT tahun sebelumnya akan dinilai untuk diberikan markah. Markah SKT penting untuk kenaikan gaji dan pangkat.

Sejauh mana kita mampu merancang SKT, kita juga patutnya mampu membuat sasaran sebagai hamba Allah. Bersedialah untuk berubah dan menjadi baik setiap tahun...

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nak ambil kesempatan nak ucap selamat menjalani bulan ramadhan dengan penuh keinsafan dan amal ibadat. Kita mesti bersyukur kerana masih diberi nikmat hidup dan diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan.

Ambil lah masa sebulan ini untuk mengejar keberkatan ramadhan. Kalau kita boleh mengejar hal-hal dunia di bulan lain, takde sebab untuk kita tak mengejar amal ibadat bulan ramadhan. Semoga amal ibadat kita yang tak seberapa bulan ini diterima Allah.insyaAllah...

Sebelum Ramadhan, alhamdulillah aku dapat berita gembira aku lulus exam induksi. Perasaan nak check result tu macam nak check result SPM. Sungguh berdebar-debar. Nasib baik lulus.haha. Baru la clear perjalanan kerjaya aku dan perancangan masa depan...

Bulan ini aku bersyukur sebab diberi peluang dan masa untuk iftar dan tarawih di masjid. Setakat ini destinasi aku di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta. Setiap hari memang ramai orang datang iftar di masjid, ada yang datang dari ofis, ada yang bawak keluarga dan ada yang datang ramai-ramai ala-ala gathering. Time tarawih memang terbaik. Penuh 1 dewan sembahyang. Kagum kerana masjid ini sebenarnya tidak terletak di kawasan perumahan tetapi dikelilingi oleh wisma-wisma kerajaan.

first time merasa bubur lambuk tahun ni
Hanya 10 minit dari rumah aku Jalan Ipoh nak ke masjid. Kalau keluar rumah pukul 7, sempat lagi sampai sebelum azan maghrib. Semoga aku terus diberi peluang dan kekuatan untuk beriftar dan bertarawih berjemaah di masjid. InsyaAllah...

Saturday, July 23, 2011

Komunikasi Berkesan...

Soalan penceramah time kursus komunikasi berkesan:
"mana 1 lebih berkesan?"
1- Phone Call
2- SMS
3- Social Network - FB, Twitter

of course panggilan telefon paling berkesan. lagi senang nak sampaikan maklumat, nak fahamkan pendengar. kalau ada soalan, senang nak jawab. kalau nak marah, senang je nak buat nada marah. tapi antara kesusahan telefon, susah nak dapat immediate answer kalau orang tu tak angkat handphone & susah nak menerangkan rancangan atau plan berbanding kalau bermesyuarat depan mata.

SMS ada disadvantage. paling best, SMS boleh dijadikan sumber "defense diri sendiri". paling tak best, SMS senang mengundang pergaduhan sebab kita tak dapat nak menilai seseorang berdasarkan ayat dan perkataan.

Social network macam FB kadang-kadang menimbulkan keraguan. disebabkan ianya "social" network, maka ramai lah akan bersosial secara online. FB menjadi bahan bukti paling bagus sebab kita boleh tahu di mana orang tu berada (kalau check-in), dengan siapa dan tengah buat apa.

Bergantung kepada situasi, kadang-kadang panggilan telefon berkesan, kadang-kadang SMS dan kadang-kadang sekadar cukup hantar private message di FB.

Friday, July 15, 2011

Go Kart!

Grand Prix Port Dickson

walaupun dah share gambar di FB, tapi nak cerita gak kat blog ni.hehe...

sebenarnya dah lama ngidam nak main go kart, start dari bulan April time kursus induksi kat PD.
memandangkan program Inspirer Team di PD dan on the way pergi kem dah nampak go kart kat tepi jalan.
maka, habis je program terus aku ajak Jimi, Pitat, Alip bersama-sama dengan Ella dan Fahana (kitaorg balik sekali).






kesimpulan: sangat best!
antara teknik yang aku dapat:
  • pegang stereng kuat-kuat walaupun tangan bergetar-getar
  • kalau nak ambil selekoh, ambil lajak dulu @ ikut "racing line"
  • jangan cepat give up kalau musuh potong kita
  • kalau kat straight start/finish line, tekan je minyak, pecut!




Saat-saat kegemilangan memotong Pitat
terasa nak bermain lagi lain kali, maybe di tempat lain. menurut ella, kat shah alam ada 1 track.
maybe selepas puasa akan ke sana...

Thursday, July 14, 2011

Kami Sedia Membantu


Lagu Kementerian Kesihatan Malaysia : "Kami Sedia Membantu"

Sunday, March 27, 2011

Al-kisah Chicken Chop...

baru-baru ni, ada pergi makan kat satu kedai nih, kat bandar baru selayang...pergi makan time tu tak silap dah pukul 9 lebih, sampai-sampai jek, punya la penuh orang-orang kat kedai tuh...

aku dan kawan aku seorang nih, order la chicken chop 2...sambil tunggu, sibuk layan cerita Narnia kat tv, sambil-sambil tu sempat tengok keadaan sekeliling, memang ramai orang tapi pekerja pulak sikit...kedai nih antara kedai favourite aku kalau nak pergi makan lunch. time lunch, memang ramai pekerja, senang je kalau nak panggil order...

berbalik kepada kejadian malam tu, ada la 1 family duduk di sebelah kitaorang ni.yang ayahnya, macam dah hilang sabar.mana taknya, dah dekat 30min duduk kat meja, air je dapat tapi makanan tak sampai lagi.dah dekat 40min, baru la sampai chicken chop, tapi bukan untuk kitaorg, untuk family sebelah. dengan nada marah, ayahnya berkata: "dah, dah, saya tak nak. dah lama sangat, tak nak dah!"

aku dan kawan aku, menelan air liur-"sedapnya chicken chop..."

selepas si ayah reject je chicken chop tu, terus pekerja tu hantar ke kitaorang.alhamdulillah, rezeki :)
terus muka kitaorang senyum. dan si ayah tanya kepada kawan aku -> "adik, ko pun dah lama tunggu ek?sabar ko ek...". mesti si ayah tu tak sangka kitaorang order makanan yang sama dengan dia.

si kawan aku nih, angguk kepala jek sambil fokus terus kepada makanan di hadapannya. aku pulak jawab dalam hati "tau takpe, memang kena sabar pun".

sejurus lepas ayahnya tanya soalan tu, terus si ayah bangun mengajak family nya keluar kedai.kesian...

tujuan post ni adalah nak memberi khidmat pesanan masyarakat: "tolong lah bersabar ketika di kedai makan. kalau dah tahu lapar, harap bersabar, kalau tak sabar gak, tolong pergi ke kedai lain yang tak ramai orang"

melihat dari perspektif pekerja, aku pernah mengalami situasi tersebut. mengikut pengalaman kerja dan hidup aku, aku pernah kerja dengan katerer kahwin, kerja fast food dan pernah handle syarikat katering di hospital. ada beberapa perkara yang aku tak suka bila pelanggan/customer:
1- memanggil pekerja dengan "hoi" atau buat panggilan dengan bersiul@"sweet".kalau ikut time aku kerja fast food dulu, kitaorang buat bodoh jek...
2- complaint macam-macam, tak sedap lah, sikitlah tapi hakikatnya, makanan dah habis, baru nak complaint.
3- caci maki kalau servis lembab. padahal, time tu memang sangat ramai pelanggan/customer. itu pon, dah berlari-lari anak pekerja/staff nak layan semua orang.

kesimpulannya, bahasa menunjukkan bangsa. cuba anda sendiri berada di tempat mereka, mesti anda akan tidak berpuas hati. tapi apa yang mereka tahu, mereka kena bersabar sebab di samping mereka mencari keuntungan, mereka juga mencari rezeki yang halal dengan cara menghidangkan "rezeki" kepada kita...

p/s: kena buat stress test @ test tahap kelaparan kalau nak masuk kedai yang ramai orang.hehe....

Sunday, February 6, 2011

Lebih Baik Slow Dari Stop!


post ni special untuk pemandu-pemandu di Malaysia, negara kita yang tercinta ni...raya cina tahun ni aku memang agak stress ikut highway seremban -kl...kalau dulu-dulu, bila kat highway, ada kereta depan slow je, tu maknanya ada roadblock, tapi zaman sekarang dah lain, kalau ada kereta depan yang slow, tu maknanya ada eksiden dan kalau betul ada eksiden, confirm kita akan STOP! stop nak tengok eksiden bukan di laluan yang sama tapi laluan DI SEBELAH KANAN atau di SEBERANG JALAN. akibatnya = dah jem dah highway tu. biasanya tol seremban ke tol sg besi 30-40 min tp bila dah jem dah jadi 1 jam-2 jam.

sangat bahaya bila kita berada di lane paling kanan, tengah konsisten bawak 100-120 km/sejam tapi tetiba kena brek mengejut sampai kereta berhenti sebab ada eksiden kat lane seberang atau belah kanan.

so, cuma nak mengingat kepada diri sendiri dan kepada pemandu-pemandu yang lain, highway bukan tempat untuk tengok keadaan sekeliling, yang penting tengok la depan. kalau nak tengok eksiden pon, lebih baik slow daripada berhenti.

p/s: bukan eksiden je, kereta stop rosak atau tengah tunggu kawan tepi jalan pon bleh jadi punca orang lain berhenti dan berlaku lah jalan jem.adoiyai!

Februari

februari kini sudah datang!

kejap je masa berlalu. sudah 2 bulan bergelar dietitian di hospital selayang. di sini saya ingin mengaku, saya suka jadi DIETITIAN ! hehe...

tapi  macam biasa, tahun baru maksudnya kerja baru pun dapat. aku dah start busy sekarang ni dan bakal lagi busy biler dietitian dah start berkurang dan meeting benda lain pon makin banyak...of course, tak dilupakan juga, report dan census every month yang kena disiapkan setiap permulaan bulan baru...

jadi, masa ialah emas! tapi tak berapa nak jadi emas bila kita sendiri tak pandai nak buat multitasking. multitasking yang hebat melahirkan seorang yang efisyen. sebelum bermula multitasking, kita mesti adapt dulu dengan keadaan sekeliling dan kena "timbang" dulu "berat" kerja-kerja kita.

After timbang, buat la plan of action based from SMART:
Specific
Measurable
Achievable
Realistic
Time Frame

so, adaptation telah dilakukan dan bermula lah proses multitasking!

p/s: kerja untuk hidup? atau hidup untuk kerja?

Saturday, January 22, 2011

Change...


"Change is the essence of life. Be willing to surrender what you are for what you could become."

"Any change, even a change for the better, is always accompanied by drawbacks and discomforts."
- Arnold Bennett (novelist)

“The key to change... is to let go of fear.”
- Rosanne Cash

"Sometimes it's the smallest decisions that can change your life forever.”
- Keri Russell

“Change starts when someone sees the next step.”
- William Drayton

"You change your life by changing your heart.”


Change? lets do some changes! chaiyok!