Followers

Showing posts with label dietetik. Show all posts
Showing posts with label dietetik. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Mitos Trend Diet Sekarang : Part 1

rekod pengambilan makanan yang biasa dilihat*:

*PENGUMUMAN : terdapat kekeliruan di kalangan pembaca blog saya. contoh diet di bawah ialah contoh DIET YANG TIDAK SIHAT, yang biasa dilihat dikalangan pesakit saya. contoh diet di bawah TIDAK SESUAI dan TIDAK PATUT diamalkan.

10 pagi
1 pinggan mee goreng ATAU 1 pinggan nasi lemak
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik

1 tengahari
RM 2 pisang goreng (10 ketul)
1 gelas teh o ais

4 petang
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik

8 malam
2 senduk nasi putih
1 ketul ayam goreng
kurang sayur, kadang-kadang tiada
1 gelas air kosong

10 malam
kerepek goreng ATAU kacang goreng - sedikit

MITOS:
1- "saya kurang makan nasi...sepatutnya tak naik berat badan..."
2- "dah lama saya buat diet macam ni..."
3- "saya tak makan banyak, kurang makan nasi, kalau makan nasi, saya makan sikit je..."

VS

FAKTA:
1- jumlah kalori (anggaran) seperti berikut :
10 pagi = 700 kilokalori
1 tengahari = 600 kilokalori
4 petang = 200 kilokalori
8 malam = 500 kilokalori
10 malam = 100 kilokalori
JUMLAH = 2,100 kilokalori

secara average, lelaki dewasa perlukan 1,800 kilokalori sehari dan perempuan dewasa 1,500 kilokalori sehari. LEBIHAN 300-600 kilokalori sehari

2- trend diet sebegini untuk jangka masa lama akan mengakibatkan pertambahan berat badan.

3- nasi boleh diambil ketika makan berat tengahari atau malam, tetapi lauk di keliling nasi menyumbang kalori yang banyak.

"START lose weight, ASK DIETITIAN HOW!"

Friday, February 15, 2013

"gemuk ke anak saya?" part 2

Sepatutnya muka aku macam ni sepanjang perbualan...

perbualan telefon hari ini...

Puan : hari tu ada timbang anak saya kat sekolah, lepas tu minta saya telefon klinik untuk jumpa dengan pemakanan...macam mana tu?
Dietitian : Iye puan, betul tu...minta puan dan anak puan datang ke sini, kita nak bagi nasihat pemakanan untuk kuruskan badan...

Puan : ...hurm...berat badan anak saya dalam 60 kilo lebih, umur 12 tahun...
Dietitian : untuk umur lelaki 12 tahun, average dalam 30-35 kilograms. Kiranya anak puan dalam kategori obese lah, dah dua kali ganda dari berat sepatutnya...

Puan : yeke??? saya tengok ada kawan dia lagi gemuk, dekat 70 kilo...habis tu, macam mana nak buat?
Dietitian : Kita memang minta puan dan suami puan bersama-sama datang ke klinik, kita buat plan untuk kuruskan berat badan anak puan...

Puan : saya kena datang ke sana ke??? kalau cakap guna telefon tak boleh ke???
Dietitian : maaf puan. Kita minta puan datang bersama anak puan ke klinik sebab kita nak buat penilaian dari segi berat badan, imej badan...

Puan : saya bukan apa, susah nak datang ke sana...ok la, takpe la, terima kasih...
<< LETAK TELEFON>>
Dietitian : ....?????....
Jangan bermimpi di siang hari! realitinya...
Sedih ?
Terperanjat ?

Bagi aku, ini benda biasa dan contoh respon ibu bapa bila bercakap mengenai berat badan anak dia. Kalau ibu bapa boleh korbankan masa dan tenaga untuk hantar anak ke tusiyen, bawa anak pergi berjalan-jalan, kenapa susah nak buat keputusan untuk bawa anak ke klinik hanya selama 30 minit?

Kalau ibu bapa sedar tentang kepentingan kesihatan dan kawalan berat badan, tentu si "Puan" tersebut akan cakap : "ok la encik, saya nak datang minggu depan boleh? saya cuba datang petang. pukul berapa encik free?"

p/s: mengharapkan keajaiban kepada si "Puan", si "suami Puan" dan si anaknya.moga-moga jadi.insya Allah

Wednesday, February 13, 2013

"gemuk ke anak saya?"

dietitian : puan, berat badan anak puan sekarang ialah 68kg. berat badan sepatutnya untuk budak lelaki 11 tahun ialah 33kg. berat badan anak puan dah lebih 2 kali ganda dari berat badan normal.
puan :......gemuk ke anak saya ni? saya tengok ada lagi gemuk dari anak saya kat sekolah dia...

YA! pertanyaan "gemuk ke anak saya?" di atas sering berlaku kat seorang dietitian, terutamanya dari pengalaman diri sendiri la.

dietitian : kalau ikut graf ni, berat badan anak puan melebihi garisan paling atas. jadi, memang anak puan dalam kategori obes.

Fasa "denial" atau dalam Bahasa Melayu fasa "penafian" sering berlaku kat semua pesakit, semua orang, tak kira usia. itu benda normal.

Kadang-kadang aku fikir, soalan tu muncul bukan sebab "denial" atau "penafian" tetapi soalan itu wujud atas beberapa faktor, berdasarkan pendapat aku la:

1- "body image". badan "berisi" tandanya "semangat" atau "sihat" atau "cukup makan"

2- budak-budak lagi. "biasa la, nanti dah besar, dia akan tinggi, berat badan turun macam abang dan kakak dia"

3- sudah biasa. dah jadi trend. jika berlaku pada diri sendiri atau orang lain, itu semua benda biasa pada zaman sekarang

Antara faktor nak menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ialah sokongan dari keluarganya sendiri. Ibu bapa ialah orang yang paling bertanggungjawab dalam membentuk diet anaknya. Tanpa sokongan mak ayah, maka susahlah seorang kanak-kanak nak memahami masalahnya iaitu obesiti. Kuasa membeli dan menyediakan makanan masih terletak di tangan ibu bapa.

Jadi, kepada semua ibu bapa di luar sana, jom sama-sama bagi sokongan dengan merancang diet anak secara betul dan sihat.

p/s : pesanan untuk diri sendiri jugak bila bergelar seorang ayah...

Tuesday, March 20, 2012

rutin kaunseling diet...

Kerja hakiki clinical dietitian atau kerja rutin seorang dietitian ialah bagi kaunseling diet kepada pesakit. Senang cerita, kaunseling ni ialah bagi nasihat pemakanan kepada pesakit.

Setiap hari benda yang sama, berulang-ulang, kes pun sama setiap kali dapat pesakit.

Bosan???

Tak patut cakap bosan sebab itu dah memang kerja aku, dietitian. Lagi pun, kena pikir gak kat dietitian yang dah kerja 10 tahun, 20 tahun...macam mana la kan dah lebih 10 tahun buat benda sama. Aku plak baru nak masuk 2 tahun.

Bagi aku, ada cara nak bagi menarik bila kaunseling pesakit. Ada student tanya macam mana nak buat bagi nampak lain, jangan nampak macam baca skrip.

Firstly, nak bagi menarik, kena faham assessment perlu dibuat, clinical judgement kena cukup dan kaunseling kena spesific + individualized. Memang point checklist benda nak kena cakap kena ikut tapi ada point nak kena ditekankan, ada point patut diulang-ulang.

Nak bagi menarik, boleh bawak gambar,flipchart dan food model masa jumpa patient. Kalau kita cakap je, tade gbar, tade benda nak tunjuk tak boleh jugak kan.

Nak bagi menarik, kita boleh buat beberapa siri followup, maybe 2-3 kali followup. Masa first time jumpa pesakit, kita boleh diskus dengan pesakit pasal outline kaunseling kita, apa topik yang dicerita dan apa yang kita nak tengok bila buat followup. Aku selalu buat camni, biar pesakit nampak gambaran bila jumpa dietitian pertama kali, kali kedua dan seterusnya.

Nak bagi menarik, tak salah ubah cara bagi kaunseling. Cara tipikal dan standard, buat diet recall dan pastu bagi kaunseling. Cara lain yang pernah aku buat, tulis diet recall atas kertas depan pesakit.conteng kertas tu masa bagi kaunseling dan jadikan kertas tu as pamphlet untuk pesakit bawak balik rumah. Cara lain, kita assess dulu knowledge pesakit pasal penyakit dia.kira buat Q&A session.kita tanya apa yang dia tak paham.pastu terus direct betulkan knowledge pesakit. Cara lain, cara paling ekspress aku buat kalau tade masa+banyak pesakit,aku buat kaunseling sambil buat diet recall,mintak pesakit bayangkan pinggan nasi, pastu sentuh bab mealtime, carbo counting, fiber n fruit, protein, low chol, low fat.semuanya aku mintak bayangkan sepinggan nasi.10min dah cover semua point.

Entry ni ditulis ketika tengah jaga Klinik Kesihatan Selayang Baru. Tengah tunggu patient. Sambil tunggu tengah pikir skill kaunseling. Sekarang ni nak kena biasakan bagi kaunseling sebab aku nak kena jaga wad medical, dah tak jaga wad critical ICU dah.

Ok.adios!

Thursday, December 1, 2011

selamat dimakan vs sihat untuk dimakan

Last week aku pergi seminar satu hari di NIOSH Bangi pasal food management system. Dalam seminar tu, ada slot mengenai food safety. Penceramah yang juga auditer ISO food safety ada membentang ciri-ciri sijil ISO.

Ada ketika si penceramah bagitahu, "food safety memang penting. Ke mana saja kita pergi, kita travel, sebenarnya kita pentingkan keselamatan makanan. Kalau tak selamat, mesti kita akan dapat penyakit atau paling kurang cirit birit. Tapi sebenarnya, fast food mesti jadi pilihan kita sebab selamat dimakan. Antara selamat dan sihat, kita pilih selamat iaitu fast food..."

So, selamat dimakan vs sihat untuk dimakan?

Kalau ditanya kepada dietitian, sudah tentu kita pilih dua-dua. Makanan yang selamat dimakan mesti juga sihat untuk dimakan. Alasan mudah, selamat dan sihat memberi jaminan kita selamat dari penyakit yang berkait dengan makanan seperti cirit birit dan kencing manis.

Cuma isunya disini, di mana kita nak cari makanan yang sihat,terutamanya bila makan di luar. Pilihan kita akan terbuka jika kita sendiri faham maksud makanan yang selamat dimakan dan sihat untuk dimakan.

Benda pertama dalam checklist kita ialah memilih kedai yang bersih. Sentiasa perhati keadaan di sekeliling kedai, perhati tahap kebersihan pekerja kedai, kebersihan ruang penyediaan makanan dan perhati juga gred yang ditampal di kedai, samada gred A atau B atau C.
Benda kedua dalan checklist kita ialah dengan memilih menu yang sihat. Menu yang sihat sentiasa kurang minyak, kurang lemak, kurang gula,kurang garam dan banyak serat. Jika tiada makanan seperti begitu, kita mesti pandai membuat "extra order" seperti meminta kurang gula dalam minuman, minta ditambahkan lebih sayur atau kurangkan garam dalam masakan.

Akhirnya,terpulang kepada kita samada makanan selamat dimakan vs sihat untuk dimakan...

Thursday, November 3, 2011

Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang Part 2

Sedikit update mengenai program kafeteria sihat.

Minggu ni kedua-dua cafe telah mula memasak dan menjual menu sihat. Walaupun belum all-out & belum ikut 100% plan tapi cafe dah start jual. Ada cafe yang dah siap beli bain marie khas untuk menu sihat dan satu cafe lagi tengah menunggu bain marie siap. Setakat ni, setiap hari cafe akan sediakan 2-4 menu sihat cuma tiada proper labelling lagi.

Lunch hari ni aku sempat test makan menu sihat kat satu cafe ni. Hari ni menu sihat ialah : kari ayam, kari ikan, dhalca,tosai, sayur campur. Ayam dibuang kulit, santan diganti dengan susu rendah lemak dan garam dikurangkan dalam masakan. Dipendekkan cerita, rendah lemak, rendah kolesterol dan rendah garam.

So, aku ambil kari ayam dan sayur campur. First impression, macam biasa je, tak nampak sangat lain dari makanan yang lain. Rasa boleh tahan. Kari agak pekat dan pedas. Garam tak rasa sangat. Ayam pun tidak ada kulit.

Start aku duduk makan, aku dah nampak seorang pakcik makan tosai 2 keping + kari ayam sihat. Dari meja aku, aku boleh nampak orang ramai jenguk, ada yang ambil, ada yang ajak rakan yang lain untuk bincang depan bain marie menu sihat.

Lepas lunch, sementara tunggu meeting JDS dan sister wad bermula, aku dan bos sempat berbincang. Dia pesan, "ilman, awak buat elok-elok tau. Hari tu miss Tan call saya, dia tanya pasal program cafe kita. Next week saya ada meeting dgn KKM pasal benda ni. Maybe kita akan jadi contoh hospital lain. Maybe diaorang akan buat visit cafe kita nanti..."

So far, aku dan team tengah berusaha membuat label kalori semua makanan dalam cafe dengan saiz hidangan dan kalori. Minuman yang dijual pun akan dilabel dengan kalori dan kuantiti gula. Bos bagi due date 16 november sebelum kitaorang decide nak buat official launching program kafeteria sihat Hospital Selayang.

Nantikan Part 3 next week...

Sunday, October 30, 2011

Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang

Gambar Hiasan : Kafeteria di Harvard School of Public Health


Projek baru diberikan bos kepada aku bermula awal oktober ini. Aku telah dilantik sebagai pengerusi program.

Sebenarnya projek ini diberikan pada bulan lepas ketika meeting jabatan tapi program ini terpaksa dipercepatkan berikutan lawatan Ketua Pengarah Kesihatan ke hospital  pada awal oktober. Apa yang dia mahu adalah ringkas, iaitu hospital mesti jadi contoh mengamalkan pemakanan sihat seperti kafe, kedai dan mesin-mesin jual makanan/minuman di dalam hospital.

Objektif program ini ialah menjadikan kafeteria hospital sebagai sebuah kafeteria yang sihat dengan menjual makanan/minuman mengikut guideline pemakanan sihat. Selain itu, staff kafeteria akan dilatih mengenai pemakanan sihat, selain memberi pendidikan keutamaan pemakanan sihat kepada pelanggan kafeteria hospital dan staff hospital.

Sebagai permulaan, satu sudut iaitu "healthy corner" akan diwujudkan di dalam kafe. Di "healthy corner", makanan akan dimasak mengikut guideline pemakanan sihat seperti tidak menggunakan santan, buang kulit ayam dan sediakan makanan tidak bergoreng. Makanan lain seperti salad, buah, healthy dessert juga akan diletak di healthy corner.

Buat permulaan, kita akan implement pemakanan sihat di healthy corner sahaja. Kita akan sediakan makanan tengahari sahaja, dengan kitaran 9-days menu dan setiap hari ada hidangan ikan/ayam, vegetarian, sayuran, pasta/mi dan dessert. Setiap makanan di healthy corner akan dilabel dengan kalori dan dilabel keistimewaan makanan itu seperti "rendah garam", rendah kolesterol" dan "tinggi fiber". Menu yang dijual di healthy corner ialah menu makanan yang biasa kita makan seperti nasi lemak, mi sup, kari ayam, cuma cara masakan akan diubah mengikut prinsip pemakanan sihat.

Mungkin pada tahun hadapan, healthy corner akan menyediakan makanan mengikut waktu hidangan makanan seperti breakfast, lunch, dan afternoon tea.

Kita memang tak wajibkan SATU kafeteria untuk dijadikan kafeteria sihat dan pelanggan kafeteria berhak memilih makanan biasa di samping makanan di healthy corner. Untuk itu, pelanggan kafeteria akan dididik dengan konsep pemakanan sihat di saat mereka melangkah masuk ke dalam kafeteria.

Papan informasi mengenai pemakanan sihat akan diletak di pintu masuk kafeteria/tempat senang dilihat. Di papan informasi itu, kita akan letakkan poster kempen pemakanan sihat, kepentingan menjaga pemakanan dan sedikit informasi penyakit yang berkait dengan pemakanan.

Sistem pelabelan makanan juga akan diperkembangkan ke semua makanan/minuman yang dijual di dalam kafetria. Makanan di luar healthy corner akan dilabel dengan kalori dan minuman juga akan dilabel dengan kalori atau dilabel dengan kuantiti gula di dalam minuman yang berpek/botol/tin. Minuman gas/berkarbonat dilarang sama sekali dijual di dalam kafeteria.

Setakat hari ini, meeting penubuhan AJK telah dibuat, latihan pemakanan sihat dan food safety kepada staff dapur kafetria sihat juga telah dibuat. Sekarang ini kita ke arah wujudkan ruangan healthy corner dan papan informasi di kafeteria.

Kita menjangkakan lagi 2 minggu Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang akan dilancarkan.

p/s: ini merupakan program berterusan, bukan kempen tahunan....

Wednesday, September 14, 2011

Feeding Strategies...

Sebagai dietitian, plan of intervention berdasarkan medical nutrition therapy (MNT) adalah sangat penting. Untuk pastikan plan of intervention berjaya, target dan feeding strategy kena ada. Banyak artikel, journal dan textbook membincangkan topik feeding strategy.

Entry kali ni aku nak share topik feeding barrier dan feeding strategy for elderly, BERDASARKAN pengalaman aku yang sikit tetapi berharga.

Ada journal tetapkan umur elderly 55 tahun ke atas, ada yang tetapkan 60 tahun ke atas tapi kebanyakan terima 60 tahun ke atas.

Majoriti patient elderly aku jumpa di wad menghadapi masalah inadequate calorie and protein intake walaupun doktor noted "patient tolerating well". First sekali kita kena tahu dulu calorie requirement dan protein requirement patient tersebut. Untuk entry ini, kita guna "quick calculation" iaitu 30 kcal/kg body weight/day untuk calorie requirement dan 0.8 g/kg body weight/day untuk normal protein requirement.

Katakan body weight ialah 50kg, calorie requirement 1500 kcal/day dan 40 g/day untuk protein requirement.

Kebanyakan patient yang aku jumpa,intake sangat sedikit kurang 500 kcal/day dan protein intake ~ kurang 20 g/day. Ini berdasarkan diet recall patient. Majoriti patient hanya makan 2-3 sudu makan nasi/bubur, separuh ketul ayam/ikan, habis makan sayur dan buah. Untuk lauk, faktor kesedapan dan cara masakan mempengaruhi intake patient.

Antara reason intake tidak cukup:
1- patient "tak larat" nak makan habis atau patient tak rasa lapar dan cukup sekadar makan sedikit.
2- keupayaan untuk patient makan sendiri. Kebanyakan elderly patient perlu bantuan staff nurse atau family member untuk bangun dari baring dan perlu bantuan untuk suap makanan ke mulut patient. Bayangkan jika staff nurse sibuk, family member tiada dan makanan hospital terpaksa diambil bila tiba masa "collect diet"...
3- patient refuse untuk makan atau hanya makan makanan dibawa dari rumah. Aku pernah jumpa patient "mogok lapar" selagi dia berada di wad.

Kebanyakan patient juga mengalami malnutrition berdasarkan berat badan kurang / underweight, muscle wasting. Sincerely, aku kesian,sedih bila jumpa patient sebegini.

Plan untuk cukupkan intake perlu ikut teori tapi praktikal. Yang penting, kita kena tau punca kenapa intake kurang. Selalunya, aku interview staff nurse incharge, family member dan patient sendiri.

Antara plan yang boleh dibuat:
1- topup calorie dan protein melalui supplement atau susu formula. Kebiasaannya, aku plan untuk cover separuh requirement dari supplement/susu formula. Kalau patient boleh ikut/minum, aku akan tambah scoop atau tambah kekerapan minum. Kerjasama dari staff nurse sangat penting dan mereka perlu tahu strategi kita kalau guna supplement/susu formula.

2- ubah diet hospital. Kita perlu tahu tekstur diet atau jenis diet yang patient boleh makan dengan banyaknya. Kalau patient suka nasi, bagi nasi. Majoriti patient kita try bagi soft diet dan high protein diet, samada tambahan telur untuk breakfast, tambahan lauk atau tambahan modular protein ke dalam diet.

3- taktik psikologi. Kena layan patient dengan baik dan cuba sedaya upaya untuk pujuk patient untuk makan. Followup memang penting, kalau perlu, jenguk hari-hari. Aku biasa pujuk patient untuk makan. Kadang-kadang aku pujuk family member dan staff nurse untuk tolong patient makan. Aku biasa cakap "good"/"bagus" kat patient kalau ada improvement.

Kadang-kadang aku teringat, macam susah kita nak bagi makan kat "orang tua", macam tu lah susahnya "orang tua" nak bagi kita makan masa kita kecik,masa kita tengah sakit.

Harini aku berjaya pujuk seorang pakcik untuk makan. Aku datang wad, aku tengok dia tidur, makanan tak terusik. Aku kejut dia, borak dengan dia, pujuk dia. Akhirnya pakcik tu bangun makan. Aku pun tunjuk isyarat "good". Siap pakcik tu mintak tisu nak lap mulut bila makan bubur.

So, bersyukurlah kita masih ada kekuatan untuk cari sesuap nasi, masih mampu memilih makanan dan masih mampu makan dengan tangan sendiri. Alhamdulillah...

Hormatilah orang tua...

Friday, August 26, 2011

Perihal Banyak Patient - Rezeki Ramadhan

Sebelum ni aku share perihal kurang patient kat hospital kubu bharu. Hari ni aku ke sana seperti biasa, minggu ke-4.

Nak dijadikan cerita, aku memang call sana sehari sebelum ke sana:

"staff nurse, sok ada patient tak?"
"ada encik ilman.kita dapat kumpul BERBELAS-BELAS PATIENT.tak silap saya ada 15 orang"

...tarik nafas panjang...


"ok.saya datang sok.ni nampak gaya saya kena makan sahur banyak ni.haha"
"betul tu encik ilman,kumpul energy.hehe"

Berbekalkan semangat tinggi aku sampai kat sana. Sampai-sampai je, dah bersusun referral letter atas meja.

"encik ilman, kalau ikut buku appointment kita ada 18 orang. Ni semua sebab doa kita dimakbulkan, puas kitaorang promote dietitian"
"ye la tu, ni semua rezeki ramadhan.saya ingat nak dekat raya patient kurang"

Total patient datang hari ni ialah 11 orang, nak dihabiskan dari pukul 10pg sampai 1 tengahari. Aku buat 2 sesi kaunseling, 7orang GDM, 4orang DM&Hypertension.

Alhamdulillah aku dapat patient yang best. Diaorang tanya banyak, share macam-macam. Ni semua hasil aku promote kat semua doktor bulan lepas.

Tepat pukul 1, aku berjaya habiskan semua patient. Sebelum balik, staff nurse tanya:

"encik ilman balik beraya mana tahun ni?"
"kampung saya dekat jek, kat seremban"
"tahun ni encik ilman mengundi tak?"
"mengundi???"
"ye la, undi nak balik mana.kampung sendiri ke,kampung orang rumah"
Sampuk sorang lagi
"eh,encik ilman baru ada 1 kampung la"
"ooo,saya ingat ngundi pilihanraya.haha"
"rasa-rasanya pasni cari kampung satu hala atau dua hala? Kalau satu selatan, satu utara, susah sikit"
"saya rasa dua hala tapi tak jauh..."
"hala mana tu.bagitau la encik ilman..."
"ada la..."
"heh, encik ilman memang taknak bagitau..."

Masih ada orang ingat aku dah kahwin. Simple survey, ramai tengok gaya aku ni cam laki orang, tengok jawatan pun ada. Ada cakap aku ni macam dah 28 tahun.haha

Pape pun, aku memang suka ke kuala kubu. Hospital kecik, senang nak kenal ramai orang. Hampir setahun aku berulang ke sana. Terima kasih warga Hospital Kuala Kubu Bharu, terutamanya staff klinik pakar. TQ

Thursday, August 25, 2011

Supplement: Pengakuan Ikhlas

Selalunya patient akan tanya dietitian, ok ke tak pakai supplement, apa effect pakai supplement. Jawapan yang aku bagi still sama seperti previous entry dalam blog ni.

Tapi apa yang beza hari ni, patient mengaku dengan ikhlas ikut pengalaman dia setelah pakai satu produk supplement yang sangat popular sekarang.

Patient ni aku jumpa di Hospital Kuala Kubu Bharu, lelaki berumur 30 tahun, bujang dan bekerja sebagai guru. Refer ke dietitian sebab ada kencing manis, darah tinggi dan overweight. Kencing manis lebih kurang dah 5 tahun dan darah tinggi sejak sekolah lagi, young hypertension.

Patient ni "educated" dan rajin cari info di internet dan rajin cari supplement. Sesi dengan dia, dia sangat aktif tanya soalan dan kita sempat berbincang pasal penurunan berat badan guna supplement.

Patient start bercerita:

"nak tau encik, dulu, lebih kurang 3 tahun lepas, badan saya macam encik. betul, saya tak tipu, saya dapat turun berat, berat saya lebih kurang 60 kg time tu. sebab time tu saya guna supplement ----------. first time beli, saya beli 7 kotak, total seribu lebih. lepas dah habis stok, harga naik, saya terpaksa belanja cecah 2 ribu. so, saya decide stop guna supplement....."

"sejak stop guna supplement tu, berat badan saya naik macam sekarang, 90 kg. dalam 3 tahun naik 30 kg...macam mana tu encik?"

Aku angguk je la dengar cerita dia. Ni antara kesan "withdrawal effects". Guna supplement bukan sahaja tukar menu kita tapi akan tukar psikologi kita dan akan tukar cara hidup kita dari tidak tahu apa-apa kepada hanya bergantung kepada satu produk supplement sahaja. Tapi bila dah stop guna, kita akan hilang sumber bergantung. Jadi berbaliklah semula dari bergantung satu produk kepada tidak tahu apa-apa.

Kebanyakan produk dijual diguna sebagai meal replacement bukan sebagai supplement. Produk supplement yang tidak lengkap dan tidak seimbang diguna sebagai gantian kepada meal yang sepatutnya lengkap. Meal yang lengkap sepatutnya mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran. Dalam satu hari, buah dan susu mesti diambil untuk dapat nutrient yang cukup.

Kesimpulannya, anda tidak perlu berbelanja besar dan tidak perlu menghadapi risiko "withdrawal effects" jika anda tahu cara pemakanan yang betul.

Ask "How To Lose Weight" From Dietitian!

p/s: produk yang patient tu pakai pernah dipromote kat sorang kawan aku ni merangkap dietitian gak. Promoter produk tu cakap produk dia ialah nutrisi. Kita perlukan nutrisi, so kita perlukan produk dia....salah tu, nutrisi ialah setiap benda yang mempunyai zat dan mineral seperti di dalam piramaid makanan.

Thursday, August 18, 2011

alkisah kopi rangsang selera makan part 2

Merujuk kepada entry sebelum ni.

Mdm H masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam oral intake.masih sama.

Owh ye,tiada dah cerita kopi.staff nurse pun tak mention pasal kopi.

Sedang berusaha memberi supplement secara oral kepada madam H...

Tuesday, August 16, 2011

kopi rangsang selera makan???

hari ni aku review seorang patient kat HDW, actually second review selepas first time tengok semalam selepas doctor refer, itu pun mood aku baik, aku pergi semua wad aku (Burn Unit, ICU, CCU, HDW), aku buat active searching (tak selalu berlaku) :

"staff nurse, ada doctor refer dietitian?"

sedikit detail patient HDW:
Mdm H / 66 yrs old chinese female
Day 14 HDW

problem:Cholangiocarcinoma, Post Left hemihepatectomy, MRSA
patient on trache (tube di leher), bed bound (tak bergerak), cachexia (wasting syndrome, kurus, lemah).

semalam Mdm H bagi respon kat aku:
"aunty makan tak nasi" -- dia angguk
"makan habis" -- dia geleng kepala
"separuh ada" -- dia angguk
"ada anak-anak datang bagi makan?" -- dia angguk

so, staff nurse report kat aku pasal banyak mana dia makan dan apa family member dia bagi makan. semalam aku, minta nurse tukar nasi jadi bubur, bagi supplement susu.

hari ni, staff nurse call, team nephro plan nak bagi supplement susu dengan modular protein dan kalau baca note doctor nephro, diaorang suggest partial TPN. aku bagitau nurse "kejap, saya naik wad, buat plan untuk patient"

dah naik wad, Mrs H lemah & takde improvement dari segi oral intake.terus aku plan suggest ryles tube feeding.

Sekali doctor incharge datang dan mintak staff nurse bagi kopi.

Apa??? Kopi? Terus aku tanya doktor apa signifikan kopi.dia bagitau kalau bagi kopi, patient ada tendency nak makan.

Dalam hati "ni doktor yang buat camtu atau patient bagitau camtu? Setahu aku kopi boleh suppress appetite"

Kita tengok khamis ni macam mana...

Friday, August 12, 2011

Tips Diet Ketika Ramadan


Sedikit tips diet yang ringkas ketika berpuasa di bulan Ramadhan
:

1- Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan makanan/minuman tinggi gula.


    --> Pengambilan minyak dan gula berlebihan akan menaikkan kandungan lemak dan gula di dalam badan. Ini akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis sekiranya pemakanan tidak terkawal. Lebihan makanan berminyak dan bergula juga tidak akan membantu dalam pengawalan berat badan walaupun kita berpuasa di siang hari. Berbuka puasa dengan makanan tinggi lemak akan menyebabkan kita lesu atau ngantuk selepas itu, manakala berbuka/bersahur dengan makanan/minuman tinggi gula tidak membantu untuk menyimpan tenaga untuk tempoh yang lama.

Amalkan kurang minyak di dalam masakan dan memilih makanan yang kurang berlemak/ tidak bergoreng ketika membeli di bazar Ramadhan. Kekalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika sahur dan selepas berbuka puasa untuk mengelak dehidrasi dan untuk pengekalan kesegaran tubuh badan.

2- Mengambil karbohidrat kompleks dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka

    --> Karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti memberikan sumber tenaga yang utama dan mampu membekalkan tenaga untuk tempoh yang lama. Sayur-sayuran membekalkan serat selain vitamin dan mineral. Serat terlibat di dalam proses pencernaan makanan yang mana mampu memberi kita rasa "kenyang" untuk tempoh yang lama selain dari berfungsi mengawal kenaikan gula dan turunkan lemak di dalam badan.

3- Bijak berbelanja semasa membeli juadah berbuka puasa


    --> Berbelanja di bazar sebelum berbuka puasa telah menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Pastikan anda bijak berbelanja dengan merancang dulu dan mengawal perbelanjaan setiap hari. Masukkan juga perancangan untuk membeli juadah yang sihat ke dalam pelan anda. Tidak boros dan tidak membazir dapat membantu dalam mengekalkan saiz porsi makanan anda.Secara tidak langsung, anda mengamalkan pemakanan sihat dalam mengawal saiz porsi makanan.

bagaimana? senang bukan? selamat mencuba!


penulis ialah Pegawai Dietetik di Hospital Selayang. Artikel di atas adalah saranan umum pemakanan sihat. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit dan memerlukan kawalan diet, sila berhubung kepada penulis atau berjumpa dengan pegawai dietetik/dietitian/pakar pemakanan di Hospital berdekatan.

Wednesday, August 10, 2011

senang bukan? selamat mencuba!

permulaan minggu ni tak berapa nak sihat. first day kerja minggu ni dah selsema+pening kepala, mampu bertahan sampai tengahari jek. jumpa doktor, dapat MC untuk hari tu jek. walaupun dah lama tak jumpa doktor dan tak pandai mintak MC tapi kira ok la dapat gak MC walaupun hari yang sama.

nak mengubati diri yang sakit, aku teruskan aku punya stress therapy yang unik iaitu IKAN! hehe. sempat menambah seekor lagi silver shark ke dalam akuarium aku. aku namakan diaorang "Trio Shark".hehe...tapi yang seekor baru tambah tu dah pening-pening pagi tadi, tengok mulut dia macam dah "bengkak", maybe terlanggar dinding akuarium kuat sangat.kalau ikut teori fakta silver shark, ikan akan start tak suka saiz akuarium kalau ikan asyik langgar atau hentam dinding akuarium.

perenggan ketiga entry ni baru ada kena mengena dengan title entry ni. sejak mula bulan puasa ni, topik "mahu masak apa atau mahu makan apa" dah jadi topik biasa setiap hari di ofis. kekadang tu aku pon terjebak check resipi kat internet. antara keyword aku search kat internet:
"resipi senang"
"resipi bujang"
"resipi simple"

dapat la jumpa resipi-resipi yang senang. tapi dalam banyak-banyak resipi aku baca, semua macam senang tapi...
teringat pulak kat ayat @ slogan chef/pengacara rancangan masakan bila dah habis memasak:

"bagaimana puan-puan, senang bukan? selamat mencuba!"

memandangkan ayat tu agak best dan bermotivasi, bagus juga kalau aku guna time kaunseling patient kat klinik. kita dah terang macam-macam, dah ajar macam-macam kat patient dan last sekali sebelum habis sesi kaunseling, aku akan cakap:

"bagaimana encik, faham dah? senang bukan? selamat mencuba!"


p/s: first time kaunseling patient bulan ramadhan ni ketika tekak sakit+suara tak lepas.tak best...

Sunday, August 7, 2011

tengok aku makan atau aku tengok korang makan???

tajuk entry yang jelas. sejak bergelar dietitian, event makan dah jadi 1 event yang penting untuk aku dan orang keliling aku.


ada 2 sebab:
  1. selaku dietitian, aku akan melihat kerenah atau perangai orang lain ketika diaorang memilih makanan dan diaorang sedang makan. menjadi observer...
  2. selaku dietitian, orang lain akan melihat cara aku pilih makanan masuk ke dalam pinggan, cara aku makan. aku di-observed...
dua-dua point menunjukkan aku judge orang lain dan orang lain judge aku. jahat atau baik?

untuk point yang pertama, memang dah jadi tabiat aku untuk observe orang lain. bukan setakat time makan jek, time lain pun aku observe. aku suka observe perangai orang, cara bercakap, cara bergaul. satu skill yang digilap hari demi hari berdasarkan pengalaman.

berbalik kepada point pertama, aku anggap kejadian observe orang ketika makan merupakan satu teknik untuk aku kumpul maklumat mengenai cara pemakanan orang zaman sekarang. maklumat tu boleh lah aku guna time kaunseling patient, time bagi ceramah and so on...so, jahat tak? perlu ke tak?

point kedua, point panas.haha. aku memang suka makan free buffet/jamuan dan aku pernah mengaku/memesan kat sesetengah orang :"jangan bagitau orang aku ni dietitian".haha.bergurau je la kan. sebab selalunya tak berjaya sebab selalunya dengan jayanya orang ramai tau aku ni dietitian! apatah lagi kalau makan di hospital.hehe....

"awak ni dietitian kan?"
"eh, dietitian tengah pilih makan"
"ha, dietitian tengah pilih makanan yang sihat"

memang tak dinafikan, dietitian patut jadi role model kepada semua orang teutamanya apabila melibatkan makanan. secara jujur, aku tak pernah marah atau rasa tertekan kalau orang observe aku makan. kadang-kadang tu, kalau dah duduk sebelah dietitian time makan, time tu la macam-macam nak tanya aku. sihat ke tak cara dia makan, camne nak kuruskan badan dan macam-macam lagi...

itulah lumrah hidup jadi dietitian. satu title yang aku akan bawak sampai ke tua seperti kerja-kerja lain.

so, next time janganlah takut jemput dietitian datang makan-makan.haha. kami pun manusia, bagi la chance nak makan sedap, sekali skala kurang sihat...

healthy eating now! ask me how

Saturday, August 6, 2011

Perihal kurang patient...

Baru-baru ni aku asyik fikir tentang diet kaunseling lebih-lebih lagi memikirkan hal di Hospital Kuala Kubu Bharu. Aku hanya datang ke hospital KKB sebulan sekali, setiap khamis minggu keempat setiap bulan. Makin lama, makin sikit patient jumpa dietitian. Kalau dulu lebih 10 orang, makin lama makin sikit, kadang-kadang 3 orang jek. Aku datang start pukul 10 pagi sampai 1 tengahari. Kalau patient banyak, memang busy, tak sempat nak rehat. Kalau patient ramai, aku buat group kaunseling dalam bilik kecil dalam klinik pakar. Tapi sejak akhir-akhir ni, patient berkurangan dan aku pun ada masa lapang ronda-ronda 1 hospital, jumpa kawan borak-borak, dan jumpa doktor personally nak promote dietitian.

Hospital KKB diletak bawah kategori hospital tanpa pakar. Hospital daerah seperti KKB memang takde dietitian. So, hospital selayang diletakkan tanggungjawab untuk memberi khidmat dietetik kepada pesakit di hospital tanpa pakar iaitu hospital KKB.

Rata-rata kes yang aku jumpa di hospital KKB ialah kes Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis semasa mengandung), kencing manis dan darah tinggi. Staff klinik pakar sangat supportive sehingga sanggup inform semua wad (ada 5 wad jek) dan inform semua klinik yang dietitian datang dan tolong refer patient ke dietitian.hehe...

Hal ni agak kerap dibincang semasa meeting dietitian dan bos pun suruh aku cari cara nak tarik minat patient datang follow-up. Hurm, satu tugas yang memerlukan kreativiti dan pemikiran yang kritikal...

Fast facts about dietitian

Siapa dietitian?
Seorang professional yang diiktiraf, sangat motivated, dedicated dan mempunyai skill dalam mengaitkan pemakanan dengan kesihatan. Setiap tindakan dietitian berdasarkan evidenced-based medicine.

Di mana nak jumpa dietitian?
Hospital (tak semua hospital daerah), klinik kesihatan (tak semua), syarikat-syarikat susu dan pemakanan (tak semua), institut sukan.

Apa sangat kerja dietitian?
Memberi kaunseling cara pemakanan yang sihat, merawat atau mencegah penyakit menggunakan komponen pemakanan dan aktiviti fizikal.

Kos jumpa dietitian?
Percuma kalau anda dirujuk oleh doktor di hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan. Caj dikenakan jika berjumpa dietitian di hospital swasta.

Jenis rawatan diberikan dietitian?
Lebih kepada kaunseling dan merangka Plan of Action. Kaunseling lebih kepada konsep pemahaman dan penekanan kaitan makanan dengan penyakit. Plan of Action lebih kepada implementation, monitoring dan follow-up.
Dietitian tidak memberi rawatan seperti doktor, sebagai contoh, dietitian tidak memberi ubat atau suntikan.

Jenis-jenis kes dietitian jumpa?
Semua jenis penyakit yang ada kaitan dengan pencegahan dan pemulihan penyakit dengan menggunakan komponen diet seperti kencing manis, darah tinggi, stroke, masalah buah pinggang, luka, jangkitan kuman dan lain-lain sekiranya doktor fikir perlu dirujuk kepada dietitian.
Masalah berat badan juga boleh dirujuk kepada dietitian. tak kira umur, dari baru lahir hingga orang tua, semua dietitian boleh jumpa

Wednesday, July 27, 2011

research protocol...


hari ini hari sangat produktif. Bermula dengan CME dan ward round di ICU & CCU, sepanjang petang hari ini aku berbincang mengenai research protocol bersama bos dan 3 orang lagi dietitian. Berbincang mengenai research protocol yang dahulunya dibuat hasil dari workshop research protocol mac lepas.

Tajuk research protocol :
“community trial on effectiveness of commercial meals replacement and homemade replacement meal in weight reduction programme among overweight&obesity people”.

Target population ialah staff Hospital Selayang. Nak diringkaskan cerita, team dietitian Hospital Selayang akan buat 1 research, nak tengok yang mana satu lebih berkesan nak turunkan berat badan, samada guna produk komersil atau resipi “homemade”. Tempoh pelaksanaan sepanjang 9 bulan; 3 bulan pertama fasa penurunan berat dan 6 bulan berikutnya ialah fasa kedua iaitu “weight maintenance period”. Sample kalau ikut perkiraan 100 orang satu group @ total 200 orang.

Estimate bajet sangat besar (rahsia). Proses ini akan dimulakan dengan screening sebanyak 3 ribu pekerja Hospital Selayang. 1 proses yang lama tapi kena komited. Selepas screening, random sampling akan dilakukan untuk memasukkan subjek yang layak dan mengikut inclusion criteria ke program penurunan berat badan.

Program penurunan berat badan ini ala-ala “biggest loser” yang kat TV tu. Cuma bezanya, peserta ialah staff kita, dietitian akan involve dalam assessment requirement & intake, sediakan meal planning dan target, dan memasukkan aspek aktiviti fizikal. Disebabkan program ini selama 9 bulan, akan ada sesi follow-up. Time tu kita akan assess intake, tengok aktiviti fizikal, sesi timbang berat dan ujian darah nak tengok serum lipid, blood sugar etc.

Dah ada research, sudah tentu ada data analysis. Proses sangat banyak dan memenatkan. Kalau ikut plan, kita nak amek 4 orang Research Assisstant disamping menggunakan tenaga dietitian sedia ada termasuk aku.

Sebelum apa-apa, research protocol mesti disiapkan untuk dapat approval dari segi ethical dan bajet. Walaupun sesi petang tadi aku agak ngantuk (rasanya bos perasan), tapi aku tetap agak excited tapi excited dalam mengantuk.haha.

Nasib baik selepas habis diskusi, ayam KFC menanti di ofis hasil pemberian supplier *****. Semoga semua berjalan lancar sebab program ini kalau ikut gantt chart, berjalan sehingga hujung tahun depan. Hurm, banyaknya kerja….

p/s: clinical dietitian cum research dietitian…

Saturday, March 19, 2011

Produk Supplement : Untuk Pengguna Atau Untuk Pengeluar

baru-baru ni ada buat 1 reunion kecil bersama classmate @ dietitian. macam biasa, banyak lah cerita yang keluar, ada kelakar, ada sedih, ada yang tension. tiba-tiba termasuklah topik "produk supplement" dan tiba-tiba termasuk topik "penglibatan dietitian dalam produk supplement".

dari segi etika, ianya memang salah. tapi ayat tu patut disambung dengan->"memang salah dan kita patut menceritakan cara yang betul dan sesuai"...

banyak produk-produk supplement berada di pasaran, hampir semua berbentuk minuman dan jus; dan hampir semua kait dengan menguruskan berat badan.

masih teringat 1 rancangan tv berbentuk wawancara. time tu ada seorang CEO produk supplement kecantikan tengah promote produk serbuk minuman untuk menguruskan badan. dia pun berceritalah, bagaimana produk tu berfungsi, dah berapa ramai yang berjaya dan cara-cara mengambil minuman itu. tetapi, di hujung ayat dia :
"apabila mengambil produk ini, kita kena elak makanan yang bergoreng, banyak minyak dan berehat dengan secukupnya...harganya RM 1++ untuk sekotak"

persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? minum produk tu atau nak jaga makanan goreng dan berminyak???"

kebanyakan produk menyuruh penggunanya untuk mengikut regime yang telah ditetapkan. contoh:
breakfast : 1 paket produk supplement
lunch : jangan ambil nasi. kurangkan makanan minyak. ambil sayur
makan malan : 1 paket lagi minuman supplement
harganya: RM1++ untuk sekotak

persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? jaga time dan saiz makanan atau minum 2 paket produk supplement sehari???"

jawapannya-> anda tak perlu ikut semua itu. saya ada cara yang paling mudah dan murah!
1- time makan. pastikan anda mengambil breakfast yang ringan sebelum 9 pagi, makan tengahari yang seimbang pada lunch 1 tengahari dan makan malam yang berat dan seimbang sebelum 9 malam.
2- makan seimbang. pelbagaikan cara masakan. kurangkan makanan yang bergoreng dan santan. pastikan mengambil sayuran setiap kali makan berat. ambil buah untuk mineral dan vitamin tambahan. amalkan minum air kosong sekurang-kurangya 8 gelas sehari.
3- exercise! 2-3x seminggu, 20-30 mins/sesi. untuk yang tiada masa atau tidak larat, amalkan senaman yang pasif dan statik seperti jogging setempat, mengemas rumah.

harganya: percuma!!!

kesimpulannya, adakah produk supplement mementingkan pengguna atau menguntungkan pengeluar?

yang saya tahu, dietitian untuk pengguna dan mementingkan pengguna. please appreciate dietitian, thanks! :)

Sunday, February 27, 2011

Fast Food - Everywhere & 24 hours!

dari rumah (jln ipoh) nak ke hospital selayang (tempat kerja), dah jumpa 3 KFC.hehe...tu baru perjalanan lebih kurang 10 km...

bayangkanlah, kat malaysia ini nanti, setiap 1 km ada 1 fast food restaurant...setiap shopping mall ada fast food...setiap kawasan perumahan pun ada 1 gak fast food...

seelok-eloknya, cubalah alternatif makanan lain selain fast food...dari segi nutrisinya, memang ternyata fast food tak elok untuk kesihatan...fast food = lemak, minyak, kolesterol, gula, garam dan sebagainya...

cabaran untuk kita sekarang sebagai pengguna ialah pengiklanan fast food yang sangat berjaya di malaysia. ada 3 elemen yang selalu fast food mainkan untuk menarik minat kita:

1- jimat masa. cuba tengok iklan kfc. dah elok-elok seorang mak tengah shopping nak beli barang masak kat rumah, nampak KFC, terus tak jadi memasak..tak pon iklan breakfast mcdonald, tengah nak kejar ke tempat kerja, ada je masa nak makan mcdonald...

2- kanak-kanak. setiap fast food mesti ada set menu khas untuk kanak-kanak. sekarang ni dah trend ada playground kat fast food. kalau iklan kat tv, mesti melibatkan kanak-kanak memujuk mak ayah ke fast food...

3- senang nak dapat. outlet fast food dah banyak dan hampir semua bukak 24 hours dan semua ada "delivery service". kalau datang fast food, malas nak keluar kereta, jangan risau, drive-thru ada.haha...

hurm, untuk aku, elemen no 3 tu yang buatkan kita lebih tertarik nak ke fast food. solution? tukar jalan nak ke tempat kerja??tidak sama sekalai.hehe...

jawapannya, tepuk dada tanya selera!

p/s: percaya dan sabar...