Ini bukan pertama kali aku tengok bola dan bukan pertama kali aku travel jauh semata-mata nak tengok bola. Semua ni ada kaitan dengan sejarah keluarga aku dan suasana aku dibesarkan dalam keluarga...
Kalau ikut sejarah keluarga, bola sepak dah jadi satu benda biasa. Arwah atuk aku seorang jurulatih bola, ayah aku dengan pak long aku ada sijil kursus jurulatih bola dari FAM dan ayah aku pernah jadi pengadil liga semi pro (aku pernah tengok ayah aku jadi pengadil bola), dan sekarang ayah aku masih aktif di peringkat kejurulatihan bola sepak dengan PBNS (Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan).
Dibesarkan dalam keluarga yang ada 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan, memang antara faktor minat bola sepak berkembang dalam diri masing-masing. Time kecik-kecik, kitaorang selalu main bola sama-sama, tak kira la kat padang ke, kat luar rumah ke, kat dalam rumah pun ada. haha. Kalau time tengok bola kat TV, keluarga aku yang paling meriah, nak-nak kalau tengok game Manchester United. hehe. Semua ni berlaku dari kecik lagi...Sampai sekarang, kitaorang masih tengok bola sama-sama kat TV, tengok kat stadium, travel luar Seremban tengok bola. Kadang-kadang kitaorang main futsal sama-sama. Futsal standard main 5 orang. Biasanya goalkeeper bagi kat member, lagi 4 orang tu abang-abang aku termasuk aku. Dalam padang, kitaorang tak panggil nama, kitaorang guna nama panggilan "Along" "Angah" "Alang" "Acik". Nama panggilan ni dah melekat kat sebahagian kawan-kawan rapat kitaorang.
Kalau minat tapi tak main bola tak boleh gak. Aku pernah cuba mengembang bakat bermain bola sepak dari zaman sekolah rendah lagi tapi aku selalu gagal time selection team bola sepak sekolah. Antara faktor gagal, aku malas nak datang selection selama 2-3 hari. Tapi sebenarnya aku pernah dipilih jadi pemain sekolah, time tu kat MRSM Kuantan. Aku ingat lagi, aku pakai jersi no 14, main posisi tengah. Aku berjaya buat cikgu bola tarik aku jadi pemain sekolah. Bangga tu. Tapi malang, belum sempat team bola sekolah aku nak berkembang, pengetua bertukar dan ikut polisi baru dia, akademik perlu diutamakan. So, serta merta team bola dibubarkan.
Time Matrik UIA PJ, aku wakil PRESSS. Aku digelar "super-sub" sebab aku sumbat 4 gol untuk PRESSS time Sport Carnival. Time tu aku first year, main position striker. Aku jadi sub je, duduk kat bench simpanan. Masuk pun last minit tapi dapat gak la sumbat 4 gol. Perasaan sangat best kalau aku sepak/tanduk bola, kena jaring pulak tu, pastu team mates serbu nak celebrate gol. Tapi start second year sampai 4 tahun kat Kuantan, kemarau gol, takde sebijik gol pun aku sumbat.hehe.
Dalam banyak-banyak sukan yang aku ceburi, aku pernah main hoki (wakil sekolah, tapi sebulan je, tak tahan training session habis bila azan maghrib berkemundang), pernah main ragbi (kejap je, sepanjang aku duduk asrama Putera KGV), dan pernah main sepak takraw. Ha, bab sepak takraw ni, aku pernah wakil sekolah, masuk tournament, dapat tempat ketiga : )
Berbalik kepada topik "Hoben Jang Hoben". Memandangkan Stadium Paroi ni sepelaung jek (dekat), kalau berjalan kaki dari rumah/kampung, 10 min dah sampai, aku ni boleh dikatakan sebagai peminat setia Negeri Sembilan. Darjah 4 aku dah ada pas masuk 1 musim liga perdana. Semenjak kecik, aku ikut pakcik aku pergi Stadium Paroi, kalau ada game kat luar Seremban, aku ikut. Sampai lah sekarang, kalau boleh aku tak nak miss game Negeri Sembilan. Setakat duduk kat KL, sempat je kalau nak balik Seremban tengok bola. Antara venue luar Seremban aku pernah pergi untuk sokong Negeri Sembilan : Bukit Jalil, Cheras, Petaling Jaya, Shah Alam, Melaka, Pasir Gudang, Kuantan, Ipoh. Ada yang aku pergi sendiri, ada yang ikut bas penyokong. Ada yang aku ikut kawan-kawan, ada yang pergi sekali dengan abang-abang aku dan ayah aku.
Boal sepak ni, aku anggap sebagai sukan dan hobi sahaja. Mungkin beberapa orang atau kawan aku tak faham, kenapa aku sanggup habis masa, habis duit, habis tenaga dengan bola, nak-nak dengan team Negeri Sembilan. Mungkin kalau korang dah cuba sesuatu hobi atau sukan, bila korang ikut perkembangan, bermain sendiri sukan tu, baru korang rasa perasaan aku selama ini terhadap bola sepak. Aku suka ingat persamaan dari seorang kawan aku ni, dia bandingkan bola sepak dengan artis/muzik. Kalau kita dah suka satu artis atau muzik, kita akan dengar selalu, beli album, tengok video, baca gosip, baca majalah.hehe...
Entry post ni sebenarnya nak bagitau Piala Malaysia 2011 akan bermula Selasa ni. First game Negeri Sembilan ialah lawan Selangor PKNS, main dekat Stadium Petaling Jaya. Tengok tak? of course aku pergi stadium sana tengok bola.hehe...Tak kira menang atau kalah, aku akan tetap sokong negeri aku, Negeri Sembilan.
Hoben Jang Hoben!
No comments:
Post a Comment