*PENGUMUMAN : terdapat kekeliruan di kalangan pembaca blog saya. contoh diet di bawah ialah contoh DIET YANG TIDAK SIHAT, yang biasa dilihat dikalangan pesakit saya. contoh diet di bawah TIDAK SESUAI dan TIDAK PATUT diamalkan.
10 pagi
1 pinggan mee goreng ATAU 1 pinggan nasi lemak
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik
1 tengahari
RM 2 pisang goreng (10 ketul)
1 gelas teh o ais
4 petang
2-3 ketul kuih muih melayu
1 gelas teh tarik
8 malam
2 senduk nasi putih
1 ketul ayam goreng
kurang sayur, kadang-kadang tiada
1 gelas air kosong
10 malam
kerepek goreng ATAU kacang goreng - sedikit
MITOS:
1- "saya kurang makan nasi...sepatutnya tak naik berat badan..."
2- "dah lama saya buat diet macam ni..."
3- "saya tak makan banyak, kurang makan nasi, kalau makan nasi, saya makan sikit je..."
VS
FAKTA:
1- jumlah kalori (anggaran) seperti berikut :
10 pagi = 700 kilokalori
1 tengahari = 600 kilokalori
4 petang = 200 kilokalori
8 malam = 500 kilokalori
10 malam = 100 kilokalori
JUMLAH = 2,100 kilokalori
secara average, lelaki dewasa perlukan 1,800 kilokalori sehari dan perempuan dewasa 1,500 kilokalori sehari. LEBIHAN 300-600 kilokalori sehari
2- trend diet sebegini untuk jangka masa lama akan mengakibatkan pertambahan berat badan.
3- nasi boleh diambil ketika makan berat tengahari atau malam, tetapi lauk di keliling nasi menyumbang kalori yang banyak.
"START lose weight, ASK DIETITIAN HOW!"
4 comments:
sebenarnya 2100 kalaori tidak apply utk semua orang. Ini lagi satu mitos. Kalau kerja berat makan kalori tinggi takpa sebab utk tenaga CUMA key dia ialah jangan terlebih. Kalau boleh biar sedikit sebab nanti akan dibakar. Lagi satu menu yg kat atas sebenarnya bukan menu ideal utk diet. Mana ada org minim teh tarik dan makan goreng pisang masa diet....??? Org cuma disyorkan minum air kosong saja. Lagi satu kalori paling sesuai utk kurus adalah bersamaan 1/2 keperluan kalori sebenar setiap orang berdasarkan jantina eg. lelaki dewasa perlu 2500 kalori jadi kalori utk diet dalam sehari adalah 1300 atau kurang...ini baru fakta sebab saya sudah buat.
dear anonymous 10 mac 6:57pm:
trend diet yang disebutkan adalah trend diet yang biasa dilihat oleh saya di kalangan pesakit saya. Semestinya trend diet tersebut TIDAK BETUL.
perkataan DIET bermaksud cara pemakanan atau tabiat pemakanan seseorang. ada diet yang buruk, ada diet yang baik. contoh diet yang disebut dalam blog ini ialah contoh diet yang BURUK atau TIDAK SIHAT.
angka atau jumlah kalori seseorang bergantung kepada pengiraan keperluan kalori atau "calorie requirement". ada banyak cara. tetapi cara paling senang nak kira, nak estimate ialah darab berat badan dengan 30 kilokalori/berat badan/sehari. jika berat badan kurang atau berlebihan, boleh guna berat badan ideal.
"konsep seimbang" antara diet dan aktiviti fizikal adalah penting untuk kawalan berat badan. jika "berat" kepada diet, "ringan" aktiviti fizikal, maka orang tu akan tambah berat badan.
orang yang aktif atau melakukan kerja berat memang memerlukan kalori yang tinggi, tetapi persoalannya, mana yang hendak dilebihkan? portion makanan? karbohidrat? protein? lemak? gula? sayur? buah?
jika saudara/saudari anonymous ingin tahu cara betul untuk amalkan DIET yang BAIK, sila email saya ilmanhadree@gmail.com
I think people always confused the term diet as losing wt. 'saya tengah diet' difahami 'sebagai saya tengah kuruskan badan'. Seperti yg diexplain oleh penulis blog..diet adalah cara pemakanan seseorang.
And i totally agreed..diet di atas adalah diet tipikal malaysian nowadays. It seems not much but it is actually unhealthy diet.
saya dah berdiet dengan kalori defisit setahun lebih . mulanya memang turun dengan banyak . tapi lepas kehilangan 39kg , berat saya dah tak turun berbulan-bulan walau saya terus diet dan bersenam . apa pendapat tuan ?
Post a Comment