Followers

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa mengenali saya dan keluarga saya.

Ikhlas dari Mr ILLman a.k.a Ilman Hadree Idris dan sekeluarga


3rd review aidilfitri - checklist raya

aku punya checklist raya sebelum tiba 1 syawal:

1) minta cuti kerja siap-siap. kalau perlu, mintak sebelum bulan puasa mula

2) zakat fitrah, jangan lupa!


3) bayar dulu bil-bil dan hutang sebelum berbelanja raya

4) balang-balang kuih untuk bawak balik ke kampung

5) duit rayo untuk budak-budak beserta dengan sampul duit rayo

6) kereta dah diservis dan dikilatkan sepenuh hati
7) plan perjalanan balik kampung

Sunday, August 28, 2011

sejauh mana ramadhan mengajar kita?

Antara perkara-perkara ramadhan mengajar kita:-
1- solat awal waktu, ringan tangan bersedekah dan ringan untuk kita luangkan masa untuk al-quran
2- rajin mengejar benda-benda sunat di samping buat benda-benda wajib
3- lagi pandai menjaga penglihatan, percakapan,pendengaran dan tidak melakukan perkara membuang masa
4- senang berfikir dan bertindak positif

ini semua rahmat dari Allah di bulan ramadhan iaitu menyenangkan kita mengikut arahan Allah.

Kalau kita fikir, bila habis ramadhan, adakah kita mampu kekalkan prestasi sekarang?  istiqamah?

Ilmu dunia pun, sekali diajar belum tentu diamalkan. Yang penting, pengulangan dan latihan.

Sesungguhnya aku bersyukur bertemu ramadhan kali ini dan berdoa untuk berjumpa lagi ramadhan akan datang.

Secara jujur, aku lagi tenang ramadhan kali ini berbanding sebelum ni dan selalu memikirkan nasib diri selepas ramadhan...

2nd review aidilfitri - kalau tak makan, tak sah!

aku rasa masing-masing ada makanan kegemaran bila time hari raya. Just nak share sikit makanan raya kegemaran aku, kalau takde, memang tak sah! Kita masuk kategori makanan berat dulu...

1- Lomang paneh!

Makanan di hari last puasa. Hari last berbuka memang makan lomang dengan rendang, sampai lah seminggu beraya. Sejak umur meningkat ni, aku lagi suka makan lomang banding dengan nasi himpit. Antara kesan makan lomang, badan jadi penat, makanan banyak lemak, biasala tu...

2- Rendang ayam & daging!

Tak sah ada lomang kalau takde rendang. Gambar rendang atas ni rendang style negeri sembilan. Setakat ni, masakan rendang mak aku la paling terbaik. Meratah rendang pon aku on jek.haha
p/s to bakal isteri: kena belajar buat rendang style nogori sembilan ek, kena master tuu...hehee...


Kategori biskut/kuih rayo!
1- Tart nenas

Tart nenas gulung nih, aku start makan sejak dari kecik sebab mak aku pandai buat tart. Kalau dulu dia rajin buat bisnes jual tart. Aku selalu tolong dia buat jem tart, keja biasa aku: mesin buah nenas. Tapi mak aku dah stop buat tart,dah tak larat dah...

2- Almond London

Sekali tengok, dah buat aku teringin sangat nak makan. Mungkin sebab bercoklat, tu yang sedap tuh...

3- Kuih rotan

Semasa bosan dan tengah tengok tv time raya, kuih rotan la teman setia aku. Isi yang keras, sebabkan aku suka mengunyah kuih rotan. Kalau datang rumah orang, aku pegang dulu kuih rotan.haha


Sebenarnya aku merasa je semua jenis makanan time raya, ye la, dah jadi dietitian, kena la merasa semua cuma tak boleh komen, nati kecik hati tukang buatnya...

Saturday, August 27, 2011

1st review aidilfitri - cuti kerja

Kalau nak banding cuti kerja antara raya tahun lepas dengan raya tahun ni, sangat berbeza.



Raya tahun lepas aku bekerja. Ya, aku kerja di pagi 1 syawal. Aku ingat lagi malam raya, sedang famili aku sibuk iron baju melayu, aku pulak sibuk iron baju melayu gak cuma bezanya aku nak pergi kerja. Time tu aku bangun pagi raya seawal 5.30 pagi sebab aku masuk kerja 6 pagi. Ingat lagi time tu, aku berbaju melayu complete dengan samping, punch kad dan masuk trayline buat plating dengan staff lain. Kalau korang nak tau, gambar profile blog ni ialah gambar 1 syawal tahun lepas. Disebabkan rumah aku dekat dengan ofis, kira-kira 10 km, aku sempat sembahyang raya kat masjid negeri dan sempat balik rumah untuk salam mintak maaf dengan famili+makan lomang dan nasi himpit sebelum datang balik ke ofis sambung kerja. Owh ye, raya haji tahun lepas pun aku bekerja.

Persiapan sebelum raya pun berbeza banding tahun lepas. Selalunya orang lain sibuk untuk famili dan diri sendiri tapi aku tak camtu. Tahun lepas, aku sibuk bekerja sepanjang ramadhan sampai hari last puasa. Aku sibuk cari kuih untuk jadikan token nak bagi kat pesakit, sibuk plan menu raya dan stanby duit kecik dan angpau nak bagi kat semua staff aku. Sedikit pemberian duit raya sebagai tanda perkongsian rezeki yang aku dapat.

Tahun ni, kerja baru. Jadi, persiapan pun lain. Aku bercuti mula hari ni hingga raya ke-3 dan bakal sambung lagi 4 hari cuti pada minggu kedua raya. Tahun ni aku ada masa nak beli kuih untuk famili dan standby duit raya nak bagi budak-budak. Cuma jarak aku dengan kampung jauh sikit, kira-kira 70km.

Aku pernah merasa kerja di pagi raya. Jadi aku tau perasaan sedih orang lain yang terpaksa bekerja pagi raya. Ikhlaskan diri dan anggaplah ini semua tanggungjawab dan amanah yang kita kena pikul.

Friday, August 26, 2011

Perihal Banyak Patient - Rezeki Ramadhan

Sebelum ni aku share perihal kurang patient kat hospital kubu bharu. Hari ni aku ke sana seperti biasa, minggu ke-4.

Nak dijadikan cerita, aku memang call sana sehari sebelum ke sana:

"staff nurse, sok ada patient tak?"
"ada encik ilman.kita dapat kumpul BERBELAS-BELAS PATIENT.tak silap saya ada 15 orang"

...tarik nafas panjang...


"ok.saya datang sok.ni nampak gaya saya kena makan sahur banyak ni.haha"
"betul tu encik ilman,kumpul energy.hehe"

Berbekalkan semangat tinggi aku sampai kat sana. Sampai-sampai je, dah bersusun referral letter atas meja.

"encik ilman, kalau ikut buku appointment kita ada 18 orang. Ni semua sebab doa kita dimakbulkan, puas kitaorang promote dietitian"
"ye la tu, ni semua rezeki ramadhan.saya ingat nak dekat raya patient kurang"

Total patient datang hari ni ialah 11 orang, nak dihabiskan dari pukul 10pg sampai 1 tengahari. Aku buat 2 sesi kaunseling, 7orang GDM, 4orang DM&Hypertension.

Alhamdulillah aku dapat patient yang best. Diaorang tanya banyak, share macam-macam. Ni semua hasil aku promote kat semua doktor bulan lepas.

Tepat pukul 1, aku berjaya habiskan semua patient. Sebelum balik, staff nurse tanya:

"encik ilman balik beraya mana tahun ni?"
"kampung saya dekat jek, kat seremban"
"tahun ni encik ilman mengundi tak?"
"mengundi???"
"ye la, undi nak balik mana.kampung sendiri ke,kampung orang rumah"
Sampuk sorang lagi
"eh,encik ilman baru ada 1 kampung la"
"ooo,saya ingat ngundi pilihanraya.haha"
"rasa-rasanya pasni cari kampung satu hala atau dua hala? Kalau satu selatan, satu utara, susah sikit"
"saya rasa dua hala tapi tak jauh..."
"hala mana tu.bagitau la encik ilman..."
"ada la..."
"heh, encik ilman memang taknak bagitau..."

Masih ada orang ingat aku dah kahwin. Simple survey, ramai tengok gaya aku ni cam laki orang, tengok jawatan pun ada. Ada cakap aku ni macam dah 28 tahun.haha

Pape pun, aku memang suka ke kuala kubu. Hospital kecik, senang nak kenal ramai orang. Hampir setahun aku berulang ke sana. Terima kasih warga Hospital Kuala Kubu Bharu, terutamanya staff klinik pakar. TQ

Thursday, August 25, 2011

Supplement: Pengakuan Ikhlas

Selalunya patient akan tanya dietitian, ok ke tak pakai supplement, apa effect pakai supplement. Jawapan yang aku bagi still sama seperti previous entry dalam blog ni.

Tapi apa yang beza hari ni, patient mengaku dengan ikhlas ikut pengalaman dia setelah pakai satu produk supplement yang sangat popular sekarang.

Patient ni aku jumpa di Hospital Kuala Kubu Bharu, lelaki berumur 30 tahun, bujang dan bekerja sebagai guru. Refer ke dietitian sebab ada kencing manis, darah tinggi dan overweight. Kencing manis lebih kurang dah 5 tahun dan darah tinggi sejak sekolah lagi, young hypertension.

Patient ni "educated" dan rajin cari info di internet dan rajin cari supplement. Sesi dengan dia, dia sangat aktif tanya soalan dan kita sempat berbincang pasal penurunan berat badan guna supplement.

Patient start bercerita:

"nak tau encik, dulu, lebih kurang 3 tahun lepas, badan saya macam encik. betul, saya tak tipu, saya dapat turun berat, berat saya lebih kurang 60 kg time tu. sebab time tu saya guna supplement ----------. first time beli, saya beli 7 kotak, total seribu lebih. lepas dah habis stok, harga naik, saya terpaksa belanja cecah 2 ribu. so, saya decide stop guna supplement....."

"sejak stop guna supplement tu, berat badan saya naik macam sekarang, 90 kg. dalam 3 tahun naik 30 kg...macam mana tu encik?"

Aku angguk je la dengar cerita dia. Ni antara kesan "withdrawal effects". Guna supplement bukan sahaja tukar menu kita tapi akan tukar psikologi kita dan akan tukar cara hidup kita dari tidak tahu apa-apa kepada hanya bergantung kepada satu produk supplement sahaja. Tapi bila dah stop guna, kita akan hilang sumber bergantung. Jadi berbaliklah semula dari bergantung satu produk kepada tidak tahu apa-apa.

Kebanyakan produk dijual diguna sebagai meal replacement bukan sebagai supplement. Produk supplement yang tidak lengkap dan tidak seimbang diguna sebagai gantian kepada meal yang sepatutnya lengkap. Meal yang lengkap sepatutnya mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran. Dalam satu hari, buah dan susu mesti diambil untuk dapat nutrient yang cukup.

Kesimpulannya, anda tidak perlu berbelanja besar dan tidak perlu menghadapi risiko "withdrawal effects" jika anda tahu cara pemakanan yang betul.

Ask "How To Lose Weight" From Dietitian!

p/s: produk yang patient tu pakai pernah dipromote kat sorang kawan aku ni merangkap dietitian gak. Promoter produk tu cakap produk dia ialah nutrisi. Kita perlukan nutrisi, so kita perlukan produk dia....salah tu, nutrisi ialah setiap benda yang mempunyai zat dan mineral seperti di dalam piramaid makanan.