post ni ditujukan khas kepada faciteam...
mungkin tak ramai lagi yang tahu atau mungkin ada yang masih tak sedar:-1- ukhuwah dan semangat kebersamaan lah yang menguatkan Faciteam selama ini. tanpa ukhuwah, maka akan jatuh lah faciteam.
2- ukhuwah dan semangat kebersamaan lah yang menguatkan lagi semangat bekerjasama walaupun masing-masing sudah tidak berada di lokasi asal Faciteam.
3- ukhuwah dan semangat kebersamaan lah menyebabkan kita masih bersama dari geng-geng zaman-zaman dulu sampai ke sekarang.
tidak ada ukhuwah dan semangat kebersamaan, maka tidak kuat lah satu keluarga itu.
terapkan 4 fasa ke dalam Faciteam:
1- taaruf = berkenalan
2- tafahum = memahami
3- taawun = saling membantu
4- takaful = saling memerlukan
Kita sering menggunakan term "keluarga" Faciteam, tetapi sejauh mana kita menyumbang ke arah pembentukan takaful, iatu fasa akhir pembentukan ukhuwah islamiyyah? dan kita sendiri di peringkat mana?
Apa gunanya ada pihak yang hendak menyumbang idea & usaha tapi masih ada yang tidak kenal dan tidak memahami tujuan usaha tersebut?
Apa gunanya usaha & training diberikan jika ada pihak masih tidak faham dan tidak taaruf dengan Faciteam?
Apa yang saya tahu, keluarga Faciteam diwujudkan dari dulu lagi, dari zaman generasi dahulu lagi. ukhuwah dan semangat kebersamaan lah menguatkan kami.
Sebab itulah saya dan yang lain sangat gembira jika masih ada yang mahu teruskan perjuangan dan sedia berkongsi dengan kami; kerana apa yang saya dan yang lain tahu, ukhuwah atau semangat kebersamaan lah yang mengajar kami kemanisan hidup "berkeluarga" dan sebagai seorang pendakwah.
Sekian.
p/s: gambar yang betul-betul "otai" & "old-skool" kat pc satu lg.huh..
6 comments:
Aiseh, xdek butang LIKE pulak.. anyway, LIKE!!
sgt setuju! - jepa
setugu2~! hehe..LIKE sangat3...
aku pun sangat LIKE enrty ko kali ni.......
(^_^) Wah.. I loike.. smmgnya ukhuwah yang menghidupkan sesuatu kumpulan. Kerana dengan ukhuwah datangnya pengorbanan & sanggup memikul beban. Smoga terus & terus dgn perjuangan kamu!
ukhwah itu indah kerana Allah... (",)
Post a Comment