sekejap je tahun 2010 dah habis. selamat datang tahun 2011. memang banyak sangat kenangan tahun 2010 dan pasti tahun 2010 akan diingat sampai bila-bila...
tahun 2010, akhirnya aku telah bergelar "encik graduan" dan selamat habiskan 4 tahun mengambil degree, bachelor of dietetics (hons.) di UIA, paling tepat - 6 tahun di UIA, 5 tahun di sekolah menengah, 6 tahun di sekolah rendah, 1 tahun di tadika kemas. total = 18 tahun belajar! niat nak sambung belajar??? hurm...mungkin tidak untuk masa sekarang. betul cakap senior :"kalau dah kerja, susah&makin busy nak further study"...
tahun 2010, akhirnya aku telah bergelar "encik dietitian". alhamdulillah, belum sempat menghabiskan viva di UIA, terus dapat panggilan kerja di BESTA. cuak??, of course, first time experience kerja dan first time jadi HEAD OF DEPARTMENT...
tahun 2010, akhirnya Mr Clean a.k.a NBR 9325 dijual dan diupgrade ke Mr Clean version 2.0 a.k.a NCJ 7503...pernah terserempak sekali NBR kat senawang, dah lain dah.new owner dah tambah sayap, tukar rim...untuk NCJ, tiada plan untuk upgrade lagi.biar standard je.paling penting, i'm proud owner of CPS engine and i'm proud to drive a proton's car (gen 2, exactly).
penghujung tahun 2010 semestinya mengubah hidup aku 100%. kalau dulunya, masih tak tahu cabaran hidup di "dunia luar", sekarang aku tengah belajar dan adapt dengan keadaan "dunia luar".
what's next? banyak sangat list untuk tahun 2011. ada untuk diri sendiri, ada untuk family, ada untuk orang lain. maybe boleh dishare di post lain atau maybe advisor boleh approved kan list tu dulu.hehe...
so, goodbye 2010, selamat datang tahun 2011 dan aku bakal menambah usia ke 25 tahun. banyak lagi masa dihadapan dan banyak lagi cabaran bakal ada di hadapan. aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan urusan aku setiap hari dan jadikan hari-hari aku tidak sia-sia iaitu berguna kepada diri sendiri, bangsa, negara dan agama...
p/s: 1 januari 2011 = siti ariesya zahra dan pandai panggil aku-> "acik"...
3 comments:
dlm byk2 gmbr, yg last skali plg menarik perhatian. comey! :D
sepatutnya, siti ariesya zahra kena ada blog sendiri.hehe...
Setuju dgn anony 1 :)
Post a Comment