first time dalam hidup aku jadi mentor kepada student diet dan first week student attach dengan En Ilman.
ada 9 org kesemuanya dari 3 universiti berlainan. semua final year student dan semuanya tak pernah masuk critical care unit @ ICU sebelum ni. huh,apa??? cabaran untuk aku selaku orang baru dalam critical care untuk jadi mentor...
my first week bersama student ni, "si A" (first student = si A). rutin harian aku, pagi-pagi pas punch kad, breakfast jap, nescafe jap, baru naik ICU untuk ikut ward round doktor dalam 8.30 pagi. first day si A dengan aku, terus aku pesan :
"saya ajar apa yang saya paham & tahu, kalau awak tak paham awak tanya. saya tahu, saya jawab. kalau tak, kita cari sama-sama"
itu lah pesanan setiap hari sebelum mula ward round hari-hari; yang habis lebih kurang 10 pagi. cam biasa la, kat ward tu, ajar la apa yang patut @ benda-benda essential dietitian kena tau kat ward ICU, especially tube feeding dan regime untuk feeding patient. cam biasa gak, aku bagi la beberapa "new case" untuk si A ni clerk dan charting dalam sistem (report dalam folder patient). ok la, dari segi dia clerk dan charting case tapi kekadang tu nampak sangat
kemuncaknya, petang jumaat lepas. ternyata dia tak paham.adoi! totally wrong kot feeding regime dia buat. terus aku terkesima dan terus report kepada dietitian lain...
dietitian A :"salah ni, awak kena betulkan...kalau akak man, dah lama akak marah dia"
dietitian B :"student memang tak paham pump feeding camne..."
solution yang aku ambil : bersabar dan sedapkan hati "dulu-dulu aku camni gak, takpe la, biar aku betulkan, nati aku ajar dia balik..."
satu benda yang best jadi student : "student can and afford to do mistakes"
esok bermula la second week bersama "si B" dan "si C" (dua serentak) plak. gudluck!
p/s: pernah berangan dulu-dulu time jadi student, tak nak jadi mentor dietitian yang garang-garang.hehe...
1 comment:
so ilman,jgnla jd dietition yg garang ek????
dengar pantun tradisi aku ni ek:
"Buah cempedak di luar pagar,
amik galah tolong jolokkan,
sy student bru belajar,
kalo salah tolong tunjuk&betulkan"
p/s:kalo kat sini mayb status aku cam student praktikal tu....hehe,cuma harap2 aku boleh phm ape yg senior lect tu ajarkan nnt....
ms jd cikgu dulu,aku selalu pesan kt student aku:
"cikgu xkesah awak wat salah,ape yg cikgu kesah,awak ulang kesalahan tu"
so,all the best man!!!!!
Post a Comment