Followers

Tuesday, December 28, 2010

antara disiplin dan mental...

sepanjang bulan disember ni, ada 2 isu semasa yang menarik minat aku untuk berfikir keadaan sekarang dan masa depan:
  1. 3 juta rakyat malaysia terdedah penyakit mental
  2. masalah salah laku disiplin pelajar
petikan dari berita harian:


"Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 % di kalangan orang dewasa dan 20.3 % di kalangan kanak-kanak dan remaja"

"...remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah"


"...statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira 3% daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010."
"...mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010...antara kes salah laku disiplin: jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes)."


keadaan zaman sekarang yang kita labelkan "free world" atau "globalisasi" dan juga "sikap jangan jaga tepi kain orang" mula menampakkan hasil...

3 faktor: keluarga, agama dan pendidikan sahaja dapat mengekang masalah ni...3 faktor ni jugak buat aku fikir bagaimana nak mencorak keluarga sendiri & "bakal keluarga" di masa depan...

p/s: semasa zaman sekolah dulu tidak sama dengan zaman sekarang.berapa agaknya statistik zaman 90-an dulu...

1 comment:

: : memeng : : said...

salam...waaaa.. thanks utk entry ni..