Followers

Tuesday, December 7, 2010

Official Press Statement: Resignation & New Job

salam.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa, bermula pada 1hb Disember 2010 (Rabu) lepas, saya telah secara rasminya menjadi Dietitian di HOSPITAL SELAYANG, SELANGOR.

Oleh itu, pada hari yang sama iaitu 1hb Disember 2010, saya juga dengan rasminya telah meletak jawatan sebagai Dietitian di BESTA CORPORATION SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL (SSH).

Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat memaklumkan perkara ini secepat mungkin atau di dalam jangka masa yang sesuai. Ini berikutan panggilan melaporkan diri ke Hospital Selayang diketahui oleh saya sehari sebelum tarikh melaporkan diri iaitu pada 30hb November 2010.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BESTA CORPORATON SDN BHD kerana sudi menerima saya bekerja dan memberikan saya peluang berkhidmat sebagai Dietitian di dalam BESTA selama 7 bulan lebih (14.4.2010 ->30.11.2010).

Ucapan khas terima kasih kepada semua staff BESTA SSH: Outlet Manager, HR ADMIN, KITCHEN DEPT dan terutamanya kepada JABATAN PSD. Sesungguhnya saya telah mempelajari banyak daripada anda semua. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada membuat kesilapan semasa bekerja dengan anda semua.

Di HOSPITAL SELAYANG, saya ditugaskan untuk menjaga wad kritikal iaitu ICU, CCU, HDW, dan Burn Unit. Ini merupakan cabaran kepada saya untuk menjaga unit yang sesetengah orang cakap "susah" dan sesetengah orang cakap "senang". Apa-apa pun, usaha sangat penting untuk menyahut cabaran ini. Yang pasti, saya bakal menjadi Dietitian khas untuk unit kritikal.

Sekian saja "official press statement" ini. Makluman lanjut, boleh hubungi Advisor saya. Terima kasih.

No comments: