Followers

Monday, November 7, 2011

Allah yang gerakkan hati kita...

"Allah yang menciptakan hati kita dan menggerakkan hati kita...Sudah semestinya kita berharap hati kita sentiasa didekatkan dengan Allah dan sentiasa dijauhkan dengan perkara maksiat..."

Begitu lah kata-kata pembukaan slot ceramah pagi IKIM.fm isnin minggu lepas. Sempat lagi ustaz memuji pendengar radio "seperti pagi hari ini, Allah telah gerakkan hati pendengar-pendengar sekalian untuk mendengar IKIM.fm dan mendengar topik saya pagi ni iaitu sifat pemarah".

Menurut ustaz tu, pemarah ada 4 jenis:
1- cepat marah dan senang memaafkan
2- susah nak marah dan senang memaafkan
3- cepat marah tapi susah nak memaafkan
4- susah nak marah tapi susah nak memaafkan

Jenis ke-2 iaitu susah nak marah dan senang nak memaafkan adalah paling terbaik. Seboleh-boleh nya kita kena banyak bersabar dan senang memaafkan orang lain. Kadang-kadang ujian tu datang sebab allah nak tengok kita marah ke tak, kita redha ke tak dengan ujian tersebut. Kalau orang yang senang marah bila dapat ujian, itu makna nya tak redha dengan ujian Allah.

Semasa mendengar di dalam kereta menuju ke Hospital, aku dah berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini dan semoga hati aku tak cepat marah.

Hari isnin ialah hari busy untuk semua orang. Setelah tinggalkan kerja dan wad selama 2 hari, mesti hari isnin akan berlambak kerja, patient pun ramai dan bos pun selalu cari kita tanya kerja. Untuk menenangkan keadaan, aku sentiasa mulakan hari di hospital dengan sarapan pagi. Ingat, breakfast penting untuk kawalan kadar metabolisma badan.

Nak dijadikan cerita, hari isnin aku ada praktikal SGA (Subjective Global Assessment) kat wad bersama-sama dengan dietitian lain selepas lunch, pukul 2.30 petang. Pagi isnin aku habiskan masa dengan ward round ICU, jenguk CCU dan HDW. Sebelum lunch, aku dah decide nak naik wad medical 10C sebab ada 2 referral, dua-dua kes ryles tube feeding, so memang sempat nak habiskan dalam masa setengah jam dari 2.00-2.30 petang.

Tepat kul 2 petang, aku naik wad 10C. Dah setel satu patient, aku bergerak ke satu lagi. Kali ni, katil patient dekat dengan katil seorang makcik, makcik F. Makcik F ni dah lama duduk dalam wad, dah ada dalam sebulan. Makcik ni peramah orangnya dan banyak bercakap. Disebabkan aku jumpa patient selang satu katil dengan katil makcik F, aku pun ambil keputusan nak jumpa makcik F walaupun time tu lagi 10 min nak 2.30 petang. Hati tak sedap kalau aku tak jumpa dia, dia pun dah pandang-pandang bila aku dah datang wad. Ini masuk kali ketiga jumpa dia.

"Makcik, assalamualaikum.apa kabar arini? sudah makan?"
"Wassalam tuan haji. boleh kan makcik panggil tuan haji?"

Sebenarnya, setiap kali aku jumpa dia, dia akan panggil aku "tuan haji" sebab bagi dia, aku ni seorang yang baik dan suka senyum, jadi dia gelarkan aku "tuan haji" sebagai doa suatu hari nanti aku naik haji.insyaAllah.

Sambil-sambil aku check makanan keliling meja makcik F, aku sempat gak tanya apa yang dia makan, apa yang dia tak boleh makan. Makcik F complaint staff nurse busy. Dia paham tahap busy diaorang tapi kadang-kadang badan dah tak selesa, nak pergi bilik air, badan tak boleh bangun, nak kena pimpin ke bilik air. Panggil pukul 10 pagi, jam 2 petang belum tentu staff nurse sampai. Makcik F sebak sekejap.

Jam dah 2.35 petang. sabar...

Tiba-tiba, makcik F memberi ingatan ataupun dengan nama lain tazkirah kepada aku. Tajuknya ialah "hormati orang tua dan jangan derhaka kepada orang tua".

Hampir 10min makcik F beri peringatan kat aku. Jam dah 2.45 petang. sabar...

Akhirnya, makcik F berhenti bercakap dan aku terpaksa meminta maaf dan meminta untuk pergi sebab ada urusan lain. Sempat juga aku berterima kasih dan sempat janji aku akan jumpa lagi lain kali.

"terima kasih tuan haji sebab mendengar.assalamualaikum..."

Sesungguhnya, peringatan itu datang dari pelbagai bentuk dan sepanjang masa. Bagi aku, aku hargai makcik F yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman dia untuk sama-sama kita beramal dan dekatkan hati kepada Allah.

Walaupun aku sampai office 3 petang, dah lewat tapi aku kena bersabar dan redha dengan ujian di wad. Bagi aku, masa yang lewat tadi telah terisi dengan benda yang berfaedah...

p/s: hidup kena menyampaikan dan beramal

1 comment:

SignsOfGod said...

Betul tu tuan haji.
Jom kita sampaikan & beramal esp dgn apa yg disampaikan