Followers

Saturday, March 19, 2011

Produk Supplement : Untuk Pengguna Atau Untuk Pengeluar

baru-baru ni ada buat 1 reunion kecil bersama classmate @ dietitian. macam biasa, banyak lah cerita yang keluar, ada kelakar, ada sedih, ada yang tension. tiba-tiba termasuklah topik "produk supplement" dan tiba-tiba termasuk topik "penglibatan dietitian dalam produk supplement".

dari segi etika, ianya memang salah. tapi ayat tu patut disambung dengan->"memang salah dan kita patut menceritakan cara yang betul dan sesuai"...

banyak produk-produk supplement berada di pasaran, hampir semua berbentuk minuman dan jus; dan hampir semua kait dengan menguruskan berat badan.

masih teringat 1 rancangan tv berbentuk wawancara. time tu ada seorang CEO produk supplement kecantikan tengah promote produk serbuk minuman untuk menguruskan badan. dia pun berceritalah, bagaimana produk tu berfungsi, dah berapa ramai yang berjaya dan cara-cara mengambil minuman itu. tetapi, di hujung ayat dia :
"apabila mengambil produk ini, kita kena elak makanan yang bergoreng, banyak minyak dan berehat dengan secukupnya...harganya RM 1++ untuk sekotak"

persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? minum produk tu atau nak jaga makanan goreng dan berminyak???"

kebanyakan produk menyuruh penggunanya untuk mengikut regime yang telah ditetapkan. contoh:
breakfast : 1 paket produk supplement
lunch : jangan ambil nasi. kurangkan makanan minyak. ambil sayur
makan malan : 1 paket lagi minuman supplement
harganya: RM1++ untuk sekotak

persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? jaga time dan saiz makanan atau minum 2 paket produk supplement sehari???"

jawapannya-> anda tak perlu ikut semua itu. saya ada cara yang paling mudah dan murah!
1- time makan. pastikan anda mengambil breakfast yang ringan sebelum 9 pagi, makan tengahari yang seimbang pada lunch 1 tengahari dan makan malam yang berat dan seimbang sebelum 9 malam.
2- makan seimbang. pelbagaikan cara masakan. kurangkan makanan yang bergoreng dan santan. pastikan mengambil sayuran setiap kali makan berat. ambil buah untuk mineral dan vitamin tambahan. amalkan minum air kosong sekurang-kurangya 8 gelas sehari.
3- exercise! 2-3x seminggu, 20-30 mins/sesi. untuk yang tiada masa atau tidak larat, amalkan senaman yang pasif dan statik seperti jogging setempat, mengemas rumah.

harganya: percuma!!!

kesimpulannya, adakah produk supplement mementingkan pengguna atau menguntungkan pengeluar?

yang saya tahu, dietitian untuk pengguna dan mementingkan pengguna. please appreciate dietitian, thanks! :)

9 comments:

Suhaila Bahrom said...

thanks di atas tips2 tu dietitian.....akan cuba follow&amalkan....

Jr_Gen5 said...

likex100~ teringat observation kat OPD baru2 ni. bincang isu ni gak dgn dietitian.
nk sihat tanpa berbelanja ratus ribu sebulan-->harus live healthily.
if guna produk ratus ribu tp makan banyak-tuhan-shj-yg-tahu x boleh gak kn.

produk oh produk~!

'plz appreciate dietitian okay..tq'

Anonymous said...

encik ilman.exercise tu kena 2-3x sehari?:p

-karimah-

Mr. ILLman said...

ella: good...

jr_gen 5: saya ada keta gen 2.hehe...yup, main point here is cost @ RM...orang ramai malas nak ambil tahu@gain knowledge baru. lagi senang keluar duit, ikut aje...

karimah: basic guideline 2-3x seminggu.haha.salah taip.dah betulkan ke seminggu. 2-3x tu basic guideline jek...yg penting kena start buat...

Mr. ILLman said...
This comment has been removed by the author.
MiraculousSigns said...

nak tambah psl exercise.. kalau objektif nak turunkan berat badan (bakar lemak), sekali exercise kena at least more than 40-60 min per session.. kalau tak lebih dari tu.. glucose je yg diguna.. lemaknya tak sempat dibakar.. if skadar utk kesihatan takpe.. tapi utk turunkan berat badan, kene berkorban lebih sikit yep. (susah nak start gak sbenanye..)

Mr. ILLman said...

betul tu ayat...

klu nak turun berat badan, selain dari duration, kualiti exercise pon kena ambil kira gak. tak silap, aerobic dan weightlifting exercise paling baik untuk bakar lemak...

exercise mmg 1 topik yg wajib kita include bila nasihatkan orang...

Anonymous said...

en. ilman,
tu gamba y bentuk cm piramid tu produk baru ke?hehehe cm best je ;p

--sy y ad pesona merah--

Mr. ILLman said...

kpd pemilik pesona merah,

adakah keta anda ber no plate W?

yg piramid tu bukan produk baru, tapi food pyramid yg baru untuk malaysia...

jgn keliru dgn bentuk piramid tu, tade kaitan dgn sistem piramid MLM.hehe...