Followers

Saturday, January 22, 2011

Calories Counting!



Calorie = Tenaga (unit=kcal); Counting = Mengira

Sejak akhir-akhir ni start bulan ni, "calories counting" dah jadi topik penting dalam hidup aku.ada 2 aspek :
i- calories gain
ii- calories expenditure

main objective - weight gain!!!

mahu tambah berat badan? Ya!, aku  mahu tambah berat sedikit berat...currently, BMI (Body Mass Index) still within normal range (18.5 kg/m2 -> 24.9 kg/m2) tetapi berat aku tak capai lagi BMI ideal iaitu berat di BMI 22.5 kg/m2

BMI = body weight (kg)
               height (m2)

calories gain:
1- take regular meals = breakfast, lunch, dinner...breakfast sangat penting untuk tambah berat DAN untuk turun berat badan
2- maximized calories from a single meal - increase energy or calorie content in a meal.eg:- add extra fat content into meals, take high energy drinks
3- take healthy food based from malaysian food pyramid

calories expenditure:
1- active and healthy lifestyles = regular exercise, avoid sedentary lifestyles

dah tau cara nak gain dan cara nak expend, sampai la ke step seterusnya:

Esimated Energy Requirement = 30 kcal/kg body weight/day

tambah berat: gain calories more than requirement. (~ +500 kcal from requirement)
turun berat: gain calories not more than requirement. (~ -500 kcal from requirement)

healthy weight gain / loss : 0.5 - 1 kg/ week

conclusion, ADA perubahan berat badan dalam bulan ni, paling tepat : ~ 2 kg dalam 2 minggu! penimbang berat dah ada dalam office, jadi timbang je la kan, office dietitian, biasala...hehehe...

satu benda yang best jadi dietitian, kita tak perlu susah-susah nak cari atau nak kira calories, semua dah ada dalam kepala, just keluarkan sahaja.

mahu khidmat nasihat saya?

p/s: betul cakap dietitian kat office aku, kerja kat situ boleh menambahkan berat badan.hehe....

Change...


"Change is the essence of life. Be willing to surrender what you are for what you could become."

"Any change, even a change for the better, is always accompanied by drawbacks and discomforts."
- Arnold Bennett (novelist)

“The key to change... is to let go of fear.”
- Rosanne Cash

"Sometimes it's the smallest decisions that can change your life forever.”
- Keri Russell

“Change starts when someone sees the next step.”
- William Drayton

"You change your life by changing your heart.”


Change? lets do some changes! chaiyok!

Sunday, January 9, 2011

sangka paham ke petang, rupa-rupanya...

rupa-rupanya dia tak paham...

first time dalam hidup aku jadi mentor kepada student diet dan first week student attach dengan En Ilman.

ada 9 org kesemuanya dari 3 universiti berlainan. semua final year student dan semuanya tak pernah masuk critical care unit @ ICU sebelum ni. huh,apa??? cabaran untuk aku selaku orang baru dalam critical care untuk jadi mentor...

my first week bersama student ni, "si A" (first student = si A). rutin harian aku, pagi-pagi pas punch kad, breakfast jap, nescafe jap, baru naik ICU untuk ikut ward round doktor dalam 8.30 pagi. first day si A dengan aku, terus aku pesan :

"saya ajar apa yang saya paham & tahu, kalau awak tak paham awak tanya. saya tahu, saya jawab. kalau tak, kita cari sama-sama"

itu lah pesanan setiap hari sebelum mula ward round hari-hari; yang habis lebih kurang 10 pagi. cam biasa la, kat ward tu, ajar la apa yang patut @ benda-benda essential dietitian kena tau kat ward ICU, especially tube feeding dan regime untuk feeding patient. cam biasa gak, aku bagi la beberapa "new case" untuk si A ni clerk dan charting dalam sistem (report dalam folder patient). ok la, dari segi dia clerk dan charting case tapi kekadang tu nampak sangat ikut style aku copy-paste style aku...

kemuncaknya, petang jumaat lepas. ternyata dia tak paham.adoi! totally wrong kot feeding regime dia buat. terus aku terkesima dan terus report kepada dietitian lain...

dietitian A :"salah ni, awak kena betulkan...kalau akak man, dah lama akak marah dia"

dietitian B :"student memang tak paham pump feeding camne..."

solution yang aku ambil : bersabar dan sedapkan hati "dulu-dulu aku camni gak, takpe la, biar aku betulkan, nati aku ajar dia balik..."

satu benda yang best jadi student : "student can and afford to do mistakes"

esok bermula la second week bersama "si B" dan "si C" (dua serentak) plak. gudluck!

p/s: pernah berangan dulu-dulu time jadi student, tak nak jadi mentor dietitian yang garang-garang.hehe...

Milkshake : Trial & Tasting

Date: 6 January 2011 (Thursday)
Venue: Kitchen Selayang Hospital
Dietitian In-Charge: En Ilman Hadree Idris
Team Members: 9 Dietetic's Student (UIA, UKM, USM)


baru nak start...


potong, potong, potong...

blend, blend dan blend lagi...


En Ilman, Team Members, Dietitians (tak semua ada time ni)


tools & machines to make milkshake...


Dietetic student discussed before presentation

En Ilman & Dietitians...

Dietitians and presentation...

present, present, present....

present and taste!

Status: PASSED!

POA: 1 - make some modifications based from original recipe
          2- KIV 2nd tasting session
          3- endorsed to Burn Unit

Milkshake


Project: Milkshake

Objective: 1. To create a healthy and nutrious milkshake for patient.
                 2. To give milkshake to patient by using special formula milk.

Purpose: As a supplement for patient that requires high protein and high calorie diet. Milkshake gives additional calories and protein for patient.

Target Group: patient in the Burn Unit, Selayang Hospital

Milkshake ialah first project under Encik Ilman di Hospital Selayang. Project ni sebenarnya sumber ilham dari Puan Mages (HOD Dept.) tapi aku di minta untuk run project ini memandangkan aku dan dia jaga Burn Unit. Asalnya, kitaorang nak mewujudkan 1 protocol khas untuk Burn patient, dan salah satu protocol ialah milkshake!

Bahan-bahan:
SAIZ HIDANGAN : 2 ORANG
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. MASUKKAN 12 SCOOP SUSU FORMULA. TAMBAH SEDIKIT AIR DAN KACAU SEDIKIT. TAMBAH AIR SELEBIHNYA SEHINGGA SEBATI.
2. MASUKKAN SERBUK KOPI/NESCAFE/KOKO KE DALAM MESIN PENGISAR BERSAMA-SAMA DENGAN BANCUHAN SUSU FORMULA. KISAR SEHINGGA SEBATI.
3. TAMBAHKAN GULA DAN BUAH. KISAR LAGI.
4. MASUKKAN KETULAN AIS DAN SEHINGGA SEMUA KETULAN AIS HANCUR.
5. SEDIA UNTUK DIMINUM.
bila dah siap menu milkshake ni, dieititan akan sediakan bahan-bahan di wad, dan staff nurse kat wad tu akan prepare milkshake untuk patient. senang dan sedap!

Tak Nak Untuk DIETITIAN!

Last wednesday (5 Jan 2011), sesi training @ CME (Continuos Medical Education) kat Dialisis Unit, Hospital Selayang...rombongan dietitian dan student's dietitian (total = 16 orang) ke Dialisis Unit.

Topik : Hemodialisis, Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).
Yang tukang cerita: MA Dialisis Unit dan Matron CAPD.
ok la sesi tu, sambil cerita, bawak jalan-jalan tengok mesin, tengok patient. sambil-sambil tu ada la explanation. berguna sangat info yang dapat tapi kadang-kadang cam tak paham pulak...mendalam sangat kot explanation diaorg...

tapi topik yang best biler MA atau Matron cuba nak ingat balik involvement Dietitian dalam Dialisis Unit bersama patient. apa yang diaorg ingat, "dulu-dulu ada la dietitian datang bagi ceramah atau ajar patient camne nak makan TAPI..."

1st point - "tak praktikal nasihat dietitian ni. contoh, suruh patient makan 1 kotak mancis ayam @ daging. nak kena makan protein ikut gram. kat umah ada penimbang tak? takde kan...susah la patient nak timbang-timbang before makan..."

2nd point - "patient tak dengar dietitian sebab dietitian just pandai ajar benda yang tak boleh makan jer. asal cakap je, sebut benda-benda tak boleh makan. susah patient nak ikut..."

2 point di atas cukup kuat nak buat slogan "Tak Nak Untuk DIETITIAN!"

berfikir sejenak, DIETITIAN yang macam mana supaya boleh jadi slogan : "katakan YA untuk DIETITIAN!"...

yang penting, patient-centered approach, bukan objective-centered approach!
secondly, jangan ikut 100% dari text book yang tebal-tebal tu, ikut benda yang praktikal dan senang!

p/s: nasib baik ICU patient tade diet caunselling.hehe...

Sunday, January 2, 2011

"goodbye 2010!, i'll remember you..."

sekejap je tahun 2010 dah habis. selamat datang tahun 2011. memang banyak sangat kenangan tahun 2010 dan pasti tahun 2010 akan diingat sampai bila-bila...

tahun 2010, akhirnya aku telah bergelar "encik graduan" dan selamat habiskan 4 tahun mengambil degree, bachelor of dietetics (hons.) di UIA, paling tepat - 6 tahun di UIA, 5 tahun di sekolah menengah, 6 tahun di sekolah rendah, 1 tahun di tadika kemas. total = 18 tahun belajar! niat nak sambung belajar??? hurm...mungkin tidak untuk masa sekarang. betul cakap senior :"kalau dah kerja, susah&makin busy nak further study"...



tahun 2010, akhirnya aku telah bergelar "encik dietitian". alhamdulillah, belum sempat menghabiskan viva di UIA, terus dapat panggilan kerja di BESTA. cuak??,  of course, first time experience kerja dan first time jadi HEAD OF DEPARTMENT...7 bulan lebih di BESTA, paling tepat : 14.04.10 -> 30.11.2010...sepanjang bekerja, banyak benda bagus, benda tak bagus, pressure, busy, serabut.biasalah, itu baru namanya kerja. apa-apa pun, BESTA, still one of my family.still contact, plan for futsal starting this month :)



tahun 2010, akhirnya Mr Clean a.k.a NBR 9325 dijual dan diupgrade ke Mr Clean version 2.0 a.k.a NCJ 7503...pernah terserempak sekali NBR kat senawang, dah lain dah.new owner dah tambah sayap, tukar rim...untuk NCJ, tiada plan untuk upgrade lagi.biar standard je.paling penting, i'm proud owner of CPS engine and i'm proud to drive a proton's car (gen 2, exactly).


tahun 2010, alhamdulillah, aku telah bergelar "pegawai dietetik u 41" a.k.a kakitangan kerajaan. memang sangat-sangat gembira dapat rezeki kerja di hospital kerajaan. dan lagi gembira, dapat kat hospital selayang.hehe. bermula lah hidup baru aku sebagai dietitian di hospital selayang.masih "lama" lagi aku akan berada di sini. perlu menggunakan "masa yang lama" untuk improve diri sendiri dan menjadi seorang dietitian crititcal care yang bagus.chaiyok!

penghujung tahun 2010 semestinya mengubah hidup aku 100%. kalau dulunya, masih tak tahu cabaran hidup di "dunia luar", sekarang aku tengah belajar dan adapt dengan keadaan "dunia luar".

what's next? banyak sangat list untuk tahun 2011. ada untuk diri sendiri, ada untuk family, ada untuk orang lain. maybe boleh dishare di post lain atau maybe advisor boleh approved kan list tu dulu.hehe...

so, goodbye 2010, selamat datang tahun 2011 dan aku bakal menambah usia ke 25 tahun. banyak lagi masa dihadapan dan banyak lagi cabaran bakal ada di hadapan. aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan urusan aku setiap hari dan jadikan hari-hari aku tidak sia-sia iaitu berguna kepada diri sendiri, bangsa, negara dan agama...

p/s: 1 januari 2011 = siti ariesya zahra dan pandai panggil aku-> "acik"...