Followers

Friday, July 15, 2011

minggu ke sana ke mari :kursus plak!

ahad 5 jun (maghrib):
tetamu ramai dah balik. badan dah penat. tapi kena ready nak ke Kota Bharu lagi.yes! kota bharu again. tapi kali ni naik bas jelah. den tak larat dah nak drive

tiket bas transnasional naik di terminal 1 seremban
8.45 pm - sampai di terminal
9.00 pm - sepatutnya bas dah sampai tapi belum lagi
9.30 pm - masih tak sampai
10.00 pm - tanya kaunter tiket: "sori dik, bas sangkut kat gua musang. petang tadi ada eksiden teruk. bas takleh lepas. kalau nak balik umah akak ok jek. ambil no fon akak. bas dijangka sampai 1 pagi"

HAMPEH!

10.30 pm - sampai di rumah & terus tido
12.30 am - 1st call "bas baru lepas bentong"
1.30 am - 2nd call " bas dah dekat-dekat nak sampai KL"
2.30 am - sampai di terminal 1 seremban
3.00 am - bas sampai
1.00 thari - tiba di kota bharu. HAMPEH again! tapi alhamdulillah, selamat sampai :)

tujuan aku sebenarnya nak join bengkel "update in burn management" untuk pegawai dietetik KKM kat Kelantan Trade Centre.

sebenarnya ini arahan bos, memandangkan aku yang jaga burn unit bersama dengan dia. so, pergi je la.
tapi yg agak tak best, bengkel tu sebenarnya start hari ahad 2 ptg, tapi malangnya aku sampai hari isnin 1 tghari.

sampai hotel 1.30 pm, bersiap dan terus naik bas, ada trip ke Burn Unit HUSM.
disebabkan aku sampai lambat, dan orang paling last naik bas tu, maka semua dah kenal dengan senangnye, "ooo, dia ni ke yang join lambat tu..."

walaupun, sempat join beberapa sesi talk pada hari isnin tapi aku agak puas sebab dapat join group discussion dan tiba-tiba disuruh present kes group sendiri. at least aku belajar something dari case presentation...






selasa 10 mlm: bergerak balik ke seremban
rabu 8 pagi: sampai seremban
khamis 8 pagi: bekerja semula. 8 hari tak masuk ofis gara-gara cuti-cuti 1 malaysia

minggu ke sana ke mari makan: nasi minyak part 2

4 jun (sabtu):
berehat di seremban

5 jun (ahad):
kenduri alang di rumah sendiri. penat tapi seronok. ramai sedara mara datang.kerja aku time tu melayan tetamu dan handle budak-budak kompang a.k.a PC time pengantin nak berarak

minggu ke sana ke mari makan: nasi minyak part 1

minggu 28hb mei -> 5hb jun 2011 ialah minggu kenduri kendara.

untuk menjayakan minggu tersebut, aku dah apply cuti 1 minggu.hehe. bos pun dah pelik "awak ke yang nak kahwin?"
rakan-rakan ofis dah tahu perancangan ni start dari awal januari lagi. dah bagitau awal-awal, senang nak standby pengganti.
Turutan event:
28 mei subuh: drive ke sg petani. sepupu perempuan kahwin. sampai tengahari. tidur sana semalam



29 mei pagi: drive ke uitm bukit mertajam. hantar adik dan angkut barang dia. lepas tu pergi kenduri sepupu sebelah laki dia pulak.kat area penang gak.

29 mei petang: drive balik ke seremban

30 mei (isnin): mode berehat di seremban

31 mei (selasa) subuh: drive ke kota bharu. first time ikut jalan gua musang-kuala krai.

31 mei (selasa) petang: sampai di wakaf bharu, kota bharu. tidur kat homestay.

1 jun (rabu):

Ikhwan @ Alang @ my bro selamat bernikah. dapat lagi kakak ipar baru.alhamdulillah.
Malam ke wakaf che yeh plak.shopping. tapi mak, makcik-makcik n da geng jelah yang bershopping

2 jun (khamis) tengahari: kenduri / persandingan alang.







2 jun (khamis) petang: drive balik ke seremban. jalan jem nak keluar kota bharu.

3 jun (jumaat) 3 pagi : selamat sampai di seremban

Thursday, July 14, 2011

Ceramah "Pemakanan Sihat"

SMK Batu Muda, Gombak Selangor
peserta : 90 orang guru SMK Batu Muda
sesi 1 jam 30 min
objektif: menerangkan pemakanan sihat dan komponen aktiviti fizikal.


first ceramah aku selaku pegawai dietetik di luar kawasan hospital.
sangat teruja dengan sambutan diberikan. mungkin juga teruja sebab dapat bercakap lama dengan mic.hehe

Kami Sedia Membantu


Lagu Kementerian Kesihatan Malaysia : "Kami Sedia Membantu"

Kursus Induksi Umum & Khusus JKNS Bil 2 2011

peserta lelaki
kursus induksi umum dan khusus JKNS bil 2 2011
tempat : glory beach resort, port dickson
tarikh : 15 - 28 April 2011


peserta : ~  100 orang kakitangan awam yang baru dilantik ke dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

satu pengalaman yang baru kepada kakitangan awam yang baru termasuk aku. hampir semua baru dilantik ke dalam kerajaan tapi kebanyakan mereka dah bekerja lebih dari 5 bulan kecuali aku, yang baru berkhidmat baru 4 bulan. rezeki...

mungkin ada yang tak tahu, kursus induksi ialah kursus yang mengandungi hampir 90% ceramah. 10% lagi ialah aktiviti riadah dan exam.

ya, kami kena ambil exam.

ceramah lebih kepada peraturan-peraturan kerajaan, akta dan dasar kerajaan, sistem dan proses penting dalam kerajaan seperti kewangan, aset, rekod dan fail. ada juga ceramah dari segi agama dan nilai-nilai murni seperti integriti dan rasuah.

dipendekkan cerita, selepas habis kursus, kami lebih semangat untuk berkhidmat kepada rakyat dan kami lebih faham tentang dasar-dasar kerajaan dan perancangan kerajaan.

pasal exam yang tak bestnyer. exam ada time hari last induksi. sebelum exam badan dah penat sebab jadual dah padat:
6.30 am - senaman pagi
8am-5pm - ceramah
5 pm    - riadah
8 pm - 10 pm - public speaking

setiap hari macam ni. kemuncak kepenatan ialah selepas habis malam kebudayaan & majlis penutup. kebetulan demam pulak. nak study pun dah tak boleh. note banyak, dah macam zaman study.


alhamdulillah, dapat gak jawab exam tapi kepala pening-pening.harap-harap lulus lah exam.
kalau dah lulus exam, aku akan disahkan jawatan dan aku layak memilih skim pencen atau skim KWSP. yang paling penting, aku akan layak ambil loan rumah 100% sebagai kakitangan kerajaan. ini semua melibatkan perancangan masa depan aku. semoga aku lulus. ameen!

owh ye, sudah tentu dah dapat ramai kawan dari keliling selangor. ada yang kerja lab, forensik, pharmasi, rekod, sosial, nutritionist, kaunselor, physioterapist...

mari bersihkan blog yang berhabuk!


teguran seorang rakan baru-baru ni- "blog ko berhabuk la man, tak update ke?"

jawapannya ialah busy la...sejak akhir-akhir di asyik busy dengan kerja, kursus, kenduri-kendara, berjalan-jalan.
hari weekend ialah hari update blog.tapi kalau dah busy, tak sempat la nak update.

entry akan datang lebih kepada perkongsian event @ kejadian sepanjang ke-busy-an diri sendiri.

selamat membaca!