ingat tak zaman sekolah rendah dulu, cikgu ada bagi kad besar, tak silap kad kaler hijau? dalam kad tu cam kad prestasi kemajuan kita ikut tahun. dalam setiap tahun, ada bahagian cita-cita.ha, ingat tak? hehe...
seingat aku, cita-cita ni kot aku tulis time sekolah rendah dulu:
darjah 4: bomba
darjah 5: pilot
darjah 6: pensyarah
komen? mesti lah kelakar. haha...mula-mula nak jadi hero a.k.a bomba, pastu nak kerja tinggi-tinggi a.k.a pilot dan last sekali nak jadi warga pendidik a.k.a pensyarah.
masuk sekolah menengah, cita-cita dah tukar dan maintain nak jadi doktor.
dietitian? tak masuk list pun. mungkin time nak pilih course kat matrik dulu, aku cuma fikir nak kerja di hospital, nak tolong orang. lagi pun time mrsm kuantan dulu, aku selalu ulang alik pergi hospital. mungkin terpengaruh dengan keadaan hospital, cara mereka bekerja buat aku tekad nak kerja di hospital. itu lah jawapannya kenapa pilih dietitian.
minat memasak? adalah sikit-sikit, kena refer buku resipi masakan gaya sihat gak kalau nak memasak. tapi aku memang minat bahagian makanan ni. aku agak suka mencuba makanan baru, terutama sekali kalau pergi kedai tomyam. sampai kawan aku gelarkan aku "pakar+cerewet pasal tomyam"haha...
kalau tak jadi dietitian, maybe aku dah jadi cikgu. kalau tak jadi cikgu, maybe dah jadi engineer...tapi jauh sama sekali nak jadi artis atau pemain bola sepak.haha...
yang penting,kita happy dengan pilihan kita walaupun dah terlambat nak tukar pekerjaan. kalau nak memilih tu, biar ikut kemahuan dan niat tu kena betul. kalau niat tak jelas dan keliru, maka agak susah nak memilih haluan kita.itulah "trick" dalam hidup ni...
"When you do not know what you are doing and what you are doing is the best - that is inspiration"
Followers
Sunday, March 27, 2011
Al-kisah Chicken Chop...
baru-baru ni, ada pergi makan kat satu kedai nih, kat bandar baru selayang...pergi makan time tu tak silap dah pukul 9 lebih, sampai-sampai jek, punya la penuh orang-orang kat kedai tuh...
aku dan kawan aku seorang nih, order la chicken chop 2...sambil tunggu, sibuk layan cerita Narnia kat tv, sambil-sambil tu sempat tengok keadaan sekeliling, memang ramai orang tapi pekerja pulak sikit...kedai nih antara kedai favourite aku kalau nak pergi makan lunch. time lunch, memang ramai pekerja, senang je kalau nak panggil order...
berbalik kepada kejadian malam tu, ada la 1 family duduk di sebelah kitaorang ni.yang ayahnya, macam dah hilang sabar.mana taknya, dah dekat 30min duduk kat meja, air je dapat tapi makanan tak sampai lagi.dah dekat 40min, baru la sampai chicken chop, tapi bukan untuk kitaorg, untuk family sebelah. dengan nada marah, ayahnya berkata: "dah, dah, saya tak nak. dah lama sangat, tak nak dah!"
aku dan kawan aku, menelan air liur-"sedapnya chicken chop..."
selepas si ayah reject je chicken chop tu, terus pekerja tu hantar ke kitaorang.alhamdulillah, rezeki :)
terus muka kitaorang senyum. dan si ayah tanya kepada kawan aku -> "adik, ko pun dah lama tunggu ek?sabar ko ek...". mesti si ayah tu tak sangka kitaorang order makanan yang sama dengan dia.
si kawan aku nih, angguk kepala jek sambil fokus terus kepada makanan di hadapannya. aku pulak jawab dalam hati "tau takpe, memang kena sabar pun".
sejurus lepas ayahnya tanya soalan tu, terus si ayah bangun mengajak family nya keluar kedai.kesian...
tujuan post ni adalah nak memberi khidmat pesanan masyarakat: "tolong lah bersabar ketika di kedai makan. kalau dah tahu lapar, harap bersabar, kalau tak sabar gak, tolong pergi ke kedai lain yang tak ramai orang"
melihat dari perspektif pekerja, aku pernah mengalami situasi tersebut. mengikut pengalaman kerja dan hidup aku, aku pernah kerja dengan katerer kahwin, kerja fast food dan pernah handle syarikat katering di hospital. ada beberapa perkara yang aku tak suka bila pelanggan/customer:
1- memanggil pekerja dengan "hoi" atau buat panggilan dengan bersiul@"sweet".kalau ikut time aku kerja fast food dulu, kitaorang buat bodoh jek...
2- complaint macam-macam, tak sedap lah, sikitlah tapi hakikatnya, makanan dah habis, baru nak complaint.
3- caci maki kalau servis lembab. padahal, time tu memang sangat ramai pelanggan/customer. itu pon, dah berlari-lari anak pekerja/staff nak layan semua orang.
kesimpulannya, bahasa menunjukkan bangsa. cuba anda sendiri berada di tempat mereka, mesti anda akan tidak berpuas hati. tapi apa yang mereka tahu, mereka kena bersabar sebab di samping mereka mencari keuntungan, mereka juga mencari rezeki yang halal dengan cara menghidangkan "rezeki" kepada kita...
p/s: kena buat stress test @ test tahap kelaparan kalau nak masuk kedai yang ramai orang.hehe....

Saturday, March 19, 2011
Produk Supplement : Untuk Pengguna Atau Untuk Pengeluar
baru-baru ni ada buat 1 reunion kecil bersama classmate @ dietitian. macam biasa, banyak lah cerita yang keluar, ada kelakar, ada sedih, ada yang tension. tiba-tiba termasuklah topik "produk supplement" dan tiba-tiba termasuk topik "penglibatan dietitian dalam produk supplement".
dari segi etika, ianya memang salah. tapi ayat tu patut disambung dengan->"memang salah dan kita patut menceritakan cara yang betul dan sesuai"...
banyak produk-produk supplement berada di pasaran, hampir semua berbentuk minuman dan jus; dan hampir semua kait dengan menguruskan berat badan.
masih teringat 1 rancangan tv berbentuk wawancara. time tu ada seorang CEO produk supplement kecantikan tengah promote produk serbuk minuman untuk menguruskan badan. dia pun berceritalah, bagaimana produk tu berfungsi, dah berapa ramai yang berjaya dan cara-cara mengambil minuman itu. tetapi, di hujung ayat dia :
"apabila mengambil produk ini, kita kena elak makanan yang bergoreng, banyak minyak dan berehat dengan secukupnya...harganya RM 1++ untuk sekotak"
persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? minum produk tu atau nak jaga makanan goreng dan berminyak???"
kebanyakan produk menyuruh penggunanya untuk mengikut regime yang telah ditetapkan. contoh:
breakfast : 1 paket produk supplement
lunch : jangan ambil nasi. kurangkan makanan minyak. ambil sayur
makan malan : 1 paket lagi minuman supplement
harganya: RM1++ untuk sekotak
persoalannya: "mana 1 kita nak ikut? jaga time dan saiz makanan atau minum 2 paket produk supplement sehari???"
jawapannya-> anda tak perlu ikut semua itu. saya ada cara yang paling mudah dan murah!
1- time makan. pastikan anda mengambil breakfast yang ringan sebelum 9 pagi, makan tengahari yang seimbang pada lunch 1 tengahari dan makan malam yang berat dan seimbang sebelum 9 malam.
2- makan seimbang. pelbagaikan cara masakan. kurangkan makanan yang bergoreng dan santan. pastikan mengambil sayuran setiap kali makan berat. ambil buah untuk mineral dan vitamin tambahan. amalkan minum air kosong sekurang-kurangya 8 gelas sehari.
3- exercise! 2-3x seminggu, 20-30 mins/sesi. untuk yang tiada masa atau tidak larat, amalkan senaman yang pasif dan statik seperti jogging setempat, mengemas rumah.
harganya: percuma!!!
kesimpulannya, adakah produk supplement mementingkan pengguna atau menguntungkan pengeluar?
yang saya tahu, dietitian untuk pengguna dan mementingkan pengguna. please appreciate dietitian, thanks! :)

Saya Perlu Tolong Atau Mereka Patut Tolong Diri Sendiri???
post ni ada kaitan dengan sekumpulan orang-orang yang mempunyai aktiviti yang sama dan tujuan yang sama. aku dulu pernah masuk dan bekerja bersama-sama dengan kumpulan ini. niat kumpulan ini sangat baik, ingin mengerah tenaga untuk orang lain...
sejak akhir-akhir ni, kumpulan ni agak tak tentu halanya. bukan dah menyimpang tujuannya tapi rasa "belonging to the group" tu dah makin kurang...
nak memberi kepada orang lain tapi kumpulan sendiri diabaikan.
jadi, timbul lah persoalan, siapa patut tolong siapa?
p/s: menanti masa yang sesuai...

March...
huh, kejap je dah mac...dah nak dekat setahun jadi dietitian, dah nak dekat 4 bulan kat hospital selayang...
1 benda yang tak best kalau masa cepat sangat ialah banyak kerja tertangguh. makin cepat masa makin banyak plak kerja. makin banyak kerja makin "ketat" plak due date. makin dekat due date makin kerap lah nak lari dari bos.hehe...
dah setahun melepasi zaman belajar. memang rindu zaman-zaman belajar ni. tak payah pikir benda lain, belajar jek. walaupun memang stress zaman belajar tapi lagi stress bila dah masuk zaman kerja!
sibuk-sibuk time belajar dulu, sempat gak aku join program-program kat universiti, program-program kat luar. sampai sekarang masih aktif mencari peluang berprogram terutamanya program yang menyumbang kepada masyarakat...
baru-baru ni, ada student praktikal tanya:
"encik ilman tak minat nak further study ke? pergi further kat overseas ke..."
jawapannya:
"kalau ada peluang, boleh jek...tapi kalau dah kerja ni, susah sikit..."
p/s: menghargai masa lalu dan merancang masa depan...

Subscribe to:
Posts (Atom)