Followers

Tuesday, December 28, 2010

antara disiplin dan mental...

sepanjang bulan disember ni, ada 2 isu semasa yang menarik minat aku untuk berfikir keadaan sekarang dan masa depan:
  1. 3 juta rakyat malaysia terdedah penyakit mental
  2. masalah salah laku disiplin pelajar
petikan dari berita harian:


"Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 % di kalangan orang dewasa dan 20.3 % di kalangan kanak-kanak dan remaja"

"...remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah"


"...statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira 3% daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010."
"...mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010...antara kes salah laku disiplin: jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes)."


keadaan zaman sekarang yang kita labelkan "free world" atau "globalisasi" dan juga "sikap jangan jaga tepi kain orang" mula menampakkan hasil...

3 faktor: keluarga, agama dan pendidikan sahaja dapat mengekang masalah ni...3 faktor ni jugak buat aku fikir bagaimana nak mencorak keluarga sendiri & "bakal keluarga" di masa depan...

p/s: semasa zaman sekolah dulu tidak sama dengan zaman sekarang.berapa agaknya statistik zaman 90-an dulu...

Sunday, December 19, 2010

Persepsi...


persepsi = 1 patah perkataan tapi dah jadi topik untuk difikirkan sepanjang minggu ni...persepsi mengenai seseorang atau sesuatu. persepsi datang kalau kita bermula fikir "macam-macam" atau fikir sampai ke "tahap tinggi"...tapi persepsi negatif selalu diamalkan oleh semua orang...

persepsi datang bila kita nak mempertahankan diri (self-defence) dari "threat" atau "ancaman", yang sebenarnya tak wujud. Hasilnya, "mental block". bila dah ada mental block, semua tak jadi, semua salah...

persepsi mesti dibuang jauh-jauh. ada persepsi negatif, sesuatu hubungan akan hancur dan sebuah institusi akan hancur...

mula amalkan persepsi yang baik atau beranggapan baik terhadap semua orang. fikir positif dan matang. jangan jadikan kuasa atau pengaruh yang kita ada sebagai lesen untuk meluaskan persepsi negatif kita kepada diri sendiri atau orang lain.


jika berhadapan dengan sesuatu atau seseorang yang agak negatif, bersikap terbuka dan senyum selalu...

FAMILY->FACITEAM->BOLA

3 kategori yang berbeza tapi ada di dalam diri ILMAN HADREE...terfikir kejap biler ada seseorang (lebih tepat = my advisor) melabelkan 3 kategori ni kepada diri ILMAN HADREE...hurm, memang betul pon.rasanya, 3 kategori ni memang sentiasa ada dalam diri ILMAN HADREE...

1- FAMILY


pic raya 2009
dari kiri : along & isteri (Kak Uji), adik (cacah), abah, ILMAN, mak, Kak Bad (isteri angah), Ariesya (anak buah), Angah, Alang


family comes first! kalau ada hal keluarga, bola dan faciteam dikemudiankan...tak kisah mana pon kita berada, apa pon kita buat, family mesti diutamakan.aku bersyukur sebab masih ada family dan masih dekat+berkesempatan bersama dengan 1 family...

2- FACITEAM

ok, faciteam keluarga no 2. kalau dah kahwin, ni keluarga no 3 la.hehe...dari tahun 2006 bersama dengan faciteam. banyak orang dah aku jumpa+bekerja bersama-sama dan dah banyak dah aku berkongsi dengan semua orang. tapi banyak tu tadela banyak sangat nak banding dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman. tapi 1 benda yang special faciteam ni = banyak mengajar kepada diri sendiri mengenai kehidupan&pengorbanan...masih tak menyesal atau berhenti bersama faciteam...


3- BOLA


minat bola = main bola, main game bola, tengok game bola...dari kecik memang dah diasuh suka bola. maklumla, dari kecik lagi dah main bola dalam rumah dengan abang-abang.hehe...tapi tak pernah wakil sekolah, ada la sekali terpilih time MRSM dulu tapi skuad bola kena bubar sebab ada pengetua baru...game bola = ps3 @ pc. game favourite = Football Manager, FIFA atau PES...tengok game bola kat stadium = memandangkan rumah dekat dengan Stadium Paroi (10min berjalan), dari kecik lagi dah suka tengok kat stadium. pasukannya, of course la NEGERI SEMBILAN. tengok kat stadium lagi best. antara stadium aku pernah pergi nak tengok NEGERI SEMBILAN selain Stadium Paroi = ipoh, bukit jalil, shah alam, kelana jaya, melaka, pasir gudang, kuantan...owh, tak dilupakan = MANCHESTER UNITED :)


3 kategori yang simple tapi cukup berjaya membuatkan diri ini berfikir dan merenung kembali kisah lama....terima kasih...

Tuesday, December 7, 2010

Official Press Statement: Resignation & New Job

salam.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa, bermula pada 1hb Disember 2010 (Rabu) lepas, saya telah secara rasminya menjadi Dietitian di HOSPITAL SELAYANG, SELANGOR.

Oleh itu, pada hari yang sama iaitu 1hb Disember 2010, saya juga dengan rasminya telah meletak jawatan sebagai Dietitian di BESTA CORPORATION SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL (SSH).

Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat memaklumkan perkara ini secepat mungkin atau di dalam jangka masa yang sesuai. Ini berikutan panggilan melaporkan diri ke Hospital Selayang diketahui oleh saya sehari sebelum tarikh melaporkan diri iaitu pada 30hb November 2010.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BESTA CORPORATON SDN BHD kerana sudi menerima saya bekerja dan memberikan saya peluang berkhidmat sebagai Dietitian di dalam BESTA selama 7 bulan lebih (14.4.2010 ->30.11.2010).

Ucapan khas terima kasih kepada semua staff BESTA SSH: Outlet Manager, HR ADMIN, KITCHEN DEPT dan terutamanya kepada JABATAN PSD. Sesungguhnya saya telah mempelajari banyak daripada anda semua. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada membuat kesilapan semasa bekerja dengan anda semua.

Di HOSPITAL SELAYANG, saya ditugaskan untuk menjaga wad kritikal iaitu ICU, CCU, HDW, dan Burn Unit. Ini merupakan cabaran kepada saya untuk menjaga unit yang sesetengah orang cakap "susah" dan sesetengah orang cakap "senang". Apa-apa pun, usaha sangat penting untuk menyahut cabaran ini. Yang pasti, saya bakal menjadi Dietitian khas untuk unit kritikal.

Sekian saja "official press statement" ini. Makluman lanjut, boleh hubungi Advisor saya. Terima kasih.