Followers

Friday, November 26, 2010

Semoga Kamu Faham...

semoga kamu faham atau harap kamu faham???

dua-dua ayat nak fahamkan orang. setiap hari kita jumpa atau deal dgn situasi ni. samada urusan kerja, peribadi atau nak selesaikan masalah kita atau seseorang...seperti orang lain, aku pon menghadapi situasi ni setiap hari...contoh:

a. nak fahamkan mamak apa aku nak minum: "saya nak nescafe O suam, bukan nescafe susu, bagi O nyer, suam tau, tanak panas"

b.
nak fahamkan staff aku apa yang aku nak: "saya mintak kerjasama dari semua staff sentiasa jaga kebersihan diri, ni utk imej syarikat gak"

c. nak fahamkan kawan aku apa yg aku nak sampaikan: "eh, yeke? mana ada...ko tak paham tuh, meh aku bgtau..."

berjaya atau tak, itu bergantung juga kepada org tu atau "target"...antara kaedah-kaedah yang selalu aku guna untuk fahamkan target, semoga anda faham:

1- preparation

rehearsal @ draf @ induction @ komplot??

2- bentuk komunikasi
faktor paling penting. sebaik-baiknya, gunakan komunikasi "dua-hala" (bukan berdua-duaan ek). komunikasi dua-hala bermaksud setiap ahli dalam situasi itu mendengar dan bercakap. dengar dan respon. kalau hati pihak lagi sebelah dah tutup atau mulut kita enggan bercakap, memang kita gagal nak fahamkan target.

3- medium
medium berbincang atau secara slow talk agak sesuai. slow bukan bermakna perlahan nada suara tapi rentak yang perlahan, ikut "pace" pemahaman target. SMS tidak efisyen dan limited, chatting kurang sampai makna sebab tiada tone suara. tulis surat atau memo, lambat nak tunggu respon target. berjumpa dan berbincang adalah cara paling ideal.

4- struktur ayat
ayat atau perkataan yang betul menjanjikan kejayaan memahamkan target. sesetengah orang senang atau lancar mencari ayat atau perkataan yang sesuai, sesetengah orang susah...struktur ayat kekadang menyukarkan lagi keadaan dari faham --> tak faham --> buat-buat faham...contoh: perkataan "nak" atau "kena" macam disuruh atau paksa. lagi senang kalau pakai "mintak" atau "tolong"....ayat kena jelas dan direct, elak dari mengeluarkan ayat bunga-bunga atau kiasan yang melampau...

5- bersikap terbuka
selain mengharapkan target untuk bersikap terbuka, yang paling penting, KITA dulu kena bersikap terbuka. bersikap terbuka dari segi menerima respon target, reaksi target atau result akan dihasilkan selepas itu...kalau kita menutup diri untuk bersikap terbuka dalam diri sendiri, susah sikit la. tu dah jadi "aku nak ko paham gak, tak kira, kena paham!"...apa-apa pon keputusannya, bersikap terbuka + matang.

6- ending @ kesimpulan
setiap permulaan, ada akhirnya...kalau kes yang senang atau situasi yang tak kompleks, senang saja nak pahamkan target kita...tapi kalau kes yang besar dan susah atau "misi yang besar", mungkin beberapa siri pemahaman diperlukan...yang penting, tackle 1 persatu, utamakan mana yang penting dulu, jangan bersikap hangat-hangat tahi ayam, dan jangan terburu-buru...kalau menjadi, bagus untuk kita, kalau tak menjadi, sabar dan cuba lagi.

untuk mengharungi 6 steps di atas, kita kena positif dengan diri sendiri + positif dengan target. 6 steps ni jugak lah selalu aku aplikasikan semasa urusan peribadi atau personel, urusan kerja atau program; ha, dan tidak lupa, boleh diaplikasikan di dalam group LDK, untuk fasilitator...apa-apa pun, sentiasa berfikiran positif!

Good Luck!


p/s: bersabar dan berdoa supaya Allah permudahkan misi memahamkan "target"...

2 comments:

perindu_خلافة said...

betul.. untuk memahamkan subject bukan la sesuatu yg mudah, paling penting sebelum nak orang faham.. kita sebagai penympai msg perlu terlebih dahulu memahami setiap consequences yang bakal berlaku..

berdoa jugak mampu memudahkan urusan seharian Muslim, ingat lagi Nabi Ibrahim berdoa kpd ALlah agar lisannya mudah untuk difahami agar dakwahnya smpai kepada umat baginda ^_^

p/s:artikel yang membicarakan soal menyuruh atau mengajak yg pernah ditulis satu masa dulu.. heheh

Mr. ILLman said...

jgn lupa, kita juga kena bersedia ssebelum memahamkan orang...

preparation yang mantap mengurangkan kesilapan dan risiko utk tak menjadi...