Followers

Monday, November 29, 2010

KPI for Catering Dietitian

3 Keys Performance Index for Catering Dietitian

1- Correct Diet for Correct Patient

2- Serves Diet On Time : Windows Serving Time

3- Food Safety

Sunday, November 28, 2010

Hari-Hari Saya

semenjak ada kerjaya, aku memang berkira dengan hari-hari dalam seminggu. berkira bermaksud melabelkan hari-hari ikut perasaan, performance kerja dan situasi diri...lagi dikira, lagi sekejap rasanya.kadang-kadang lagi dikira, lagi lama plak rasanya menunggu hari-hari seterusnya...yang pasti, hari-hari yang sama membuatkan hari-hari aku jadi cepat.

mungkin rutin seharian yang sama buat kita rasa cepat atau sekejap je. mungkin juga kita dilekakan dengan hal-hal duniawi seperti kerja dan hiburan yang membuatkan kita rasa cepat atau sekejap je masa ini...

berikut ialah analisa hari-hari saya (hari/perasaan/performance kerja/situasi diri):

ISNIN - gembira minggu baru / hurm, apa kerja last aku buat last week??...planning phase for the whole week! / rajinkan diri sendiri :)

SELASA - baru selasa ~ / bersemangat! / masih merajinkan diri sendiri...

RABU - ha, dah tgh minggu dah! / semangat ala kadar... / kekalkan momentum isnin & selasa

KHAMIS - cepatnya dah khamis ~ / slow sikit, review back plan kerja / get ready untuk hari esoknya...

JUMAAT - yeay! dah jumaat / huh, sangat slow... / plan untuk weekend.hehe...

SABTU - bersabar untuk suka ria / takpe, kerja half day je, tinggalkan kerja untuk staff... / malas!

AHAD - rehat & recharge! / minta maaf, saya cuti, jangan kaco :) / merayap.hehe....

berdasarkan analisa hari-hari saya, ada yang positif dan ada yang negatif. tapi yang pasti, ada polar atau pattern perasaan dan performance kerja bermula dari hari isnin sampai ahad.biasa lah, aku pon manusia biasa gak...perubahan diperlukan!


antara faktor mempengaruhi hari-hari saya - fitness, kesihatan, tekanan, sumber inspirasi :)


apa-apa pon, analisa hari-hari saya sebahagian dari plan muhasabah aku dan sebahagian taktik aku untuk improve diri sendiri. semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang dengan jayanya. hobin jang hobin!

p/s: kira hari atau kira bulan lagi adil?

Friday, November 26, 2010

Semoga Kamu Faham...

semoga kamu faham atau harap kamu faham???

dua-dua ayat nak fahamkan orang. setiap hari kita jumpa atau deal dgn situasi ni. samada urusan kerja, peribadi atau nak selesaikan masalah kita atau seseorang...seperti orang lain, aku pon menghadapi situasi ni setiap hari...contoh:

a. nak fahamkan mamak apa aku nak minum: "saya nak nescafe O suam, bukan nescafe susu, bagi O nyer, suam tau, tanak panas"

b.
nak fahamkan staff aku apa yang aku nak: "saya mintak kerjasama dari semua staff sentiasa jaga kebersihan diri, ni utk imej syarikat gak"

c. nak fahamkan kawan aku apa yg aku nak sampaikan: "eh, yeke? mana ada...ko tak paham tuh, meh aku bgtau..."

berjaya atau tak, itu bergantung juga kepada org tu atau "target"...antara kaedah-kaedah yang selalu aku guna untuk fahamkan target, semoga anda faham:

1- preparation

rehearsal @ draf @ induction @ komplot??

2- bentuk komunikasi
faktor paling penting. sebaik-baiknya, gunakan komunikasi "dua-hala" (bukan berdua-duaan ek). komunikasi dua-hala bermaksud setiap ahli dalam situasi itu mendengar dan bercakap. dengar dan respon. kalau hati pihak lagi sebelah dah tutup atau mulut kita enggan bercakap, memang kita gagal nak fahamkan target.

3- medium
medium berbincang atau secara slow talk agak sesuai. slow bukan bermakna perlahan nada suara tapi rentak yang perlahan, ikut "pace" pemahaman target. SMS tidak efisyen dan limited, chatting kurang sampai makna sebab tiada tone suara. tulis surat atau memo, lambat nak tunggu respon target. berjumpa dan berbincang adalah cara paling ideal.

4- struktur ayat
ayat atau perkataan yang betul menjanjikan kejayaan memahamkan target. sesetengah orang senang atau lancar mencari ayat atau perkataan yang sesuai, sesetengah orang susah...struktur ayat kekadang menyukarkan lagi keadaan dari faham --> tak faham --> buat-buat faham...contoh: perkataan "nak" atau "kena" macam disuruh atau paksa. lagi senang kalau pakai "mintak" atau "tolong"....ayat kena jelas dan direct, elak dari mengeluarkan ayat bunga-bunga atau kiasan yang melampau...

5- bersikap terbuka
selain mengharapkan target untuk bersikap terbuka, yang paling penting, KITA dulu kena bersikap terbuka. bersikap terbuka dari segi menerima respon target, reaksi target atau result akan dihasilkan selepas itu...kalau kita menutup diri untuk bersikap terbuka dalam diri sendiri, susah sikit la. tu dah jadi "aku nak ko paham gak, tak kira, kena paham!"...apa-apa pon keputusannya, bersikap terbuka + matang.

6- ending @ kesimpulan
setiap permulaan, ada akhirnya...kalau kes yang senang atau situasi yang tak kompleks, senang saja nak pahamkan target kita...tapi kalau kes yang besar dan susah atau "misi yang besar", mungkin beberapa siri pemahaman diperlukan...yang penting, tackle 1 persatu, utamakan mana yang penting dulu, jangan bersikap hangat-hangat tahi ayam, dan jangan terburu-buru...kalau menjadi, bagus untuk kita, kalau tak menjadi, sabar dan cuba lagi.

untuk mengharungi 6 steps di atas, kita kena positif dengan diri sendiri + positif dengan target. 6 steps ni jugak lah selalu aku aplikasikan semasa urusan peribadi atau personel, urusan kerja atau program; ha, dan tidak lupa, boleh diaplikasikan di dalam group LDK, untuk fasilitator...apa-apa pun, sentiasa berfikiran positif!

Good Luck!


p/s: bersabar dan berdoa supaya Allah permudahkan misi memahamkan "target"...

Monday, November 22, 2010

First Try With Full Of Inspiration...

Inspiration : influence, stimulus, someone or something that causes this state.


akhirnya, dapat jugak post 1st entry utk blog ni.bagus! ok, inspirasi atau ilham atau pengaruh...keliling kita ada banyak ilham dan pengaruh. ada yang baik untuk kita dan ada yang tak baik...inspirasi yang baik menyumbangkan kepada ilham yang baik dan menghasilkan keputusan yang baik.

boleh dikatakan hidup aku selalu memberi inspirasi kepada org lain. kalau cakap elok, itu inspirasi. kalau bagi nasihat, itu inspirasi. kalau marah pon, nak disedapkan hati, itu pon inspirasi! :)

tapi diri ni selalu juga mendapat inspirasi dan selalu mengharapkan inspirasi. Aku percaya inspirasi diperlukan setiap hari dari sumber-sumber seperti list di bawah:

1. Individu

sumber premier atau utama. aku "favour" sesetgh org untuk beri inspirasi kat aku. Samada perbuatan orang tu, kerenah org tu atau apa yg dia cakap/pesan, kekadang memberi inspirasi/ilham = semangat!

2. Kejadian

kejadian yang berlaku kepada diri sendiri atau kejadian org lain boleh gak bagi inspirasi kat kita tapi lebih kepada pengajaran atau moral, samada nak ikut atau tak...inspirasi dari sumber ini biasanya melalui "observation", one of facilitator skills :)

3. Material


na
sib baik aku bukan materialistik.haha...sumber ni lebih kepada material atau benda yang kita dah ada. ada je inpirasi/ilham untuk gunakan benda tu atau memaksimumkan kegunaan benda tu.tapi sumber ini biasanya memerlukan "pelaburan duit", bahaya....





Dalam banyak-banyak sumber atau usaha mencari sumber inpirasi yang baik, berdoa kepada Allah adalah sumber yang paling ideal dan terbaik. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan kita setiap hari dan semoga Allah kurniakan kita kesenangan dunia dan akhirat. Ameen.


ternyata mendapat inspirasi atau ilham menjadikan hati dan perasaan kita begitu indah...







p/s: perlu lebih berusaha mencari inspirasi untuk menulis blog.huhu....apa sumber inspirasi anda?