Followers

Sunday, October 30, 2011

Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang

Gambar Hiasan : Kafeteria di Harvard School of Public Health


Projek baru diberikan bos kepada aku bermula awal oktober ini. Aku telah dilantik sebagai pengerusi program.

Sebenarnya projek ini diberikan pada bulan lepas ketika meeting jabatan tapi program ini terpaksa dipercepatkan berikutan lawatan Ketua Pengarah Kesihatan ke hospital  pada awal oktober. Apa yang dia mahu adalah ringkas, iaitu hospital mesti jadi contoh mengamalkan pemakanan sihat seperti kafe, kedai dan mesin-mesin jual makanan/minuman di dalam hospital.

Objektif program ini ialah menjadikan kafeteria hospital sebagai sebuah kafeteria yang sihat dengan menjual makanan/minuman mengikut guideline pemakanan sihat. Selain itu, staff kafeteria akan dilatih mengenai pemakanan sihat, selain memberi pendidikan keutamaan pemakanan sihat kepada pelanggan kafeteria hospital dan staff hospital.

Sebagai permulaan, satu sudut iaitu "healthy corner" akan diwujudkan di dalam kafe. Di "healthy corner", makanan akan dimasak mengikut guideline pemakanan sihat seperti tidak menggunakan santan, buang kulit ayam dan sediakan makanan tidak bergoreng. Makanan lain seperti salad, buah, healthy dessert juga akan diletak di healthy corner.

Buat permulaan, kita akan implement pemakanan sihat di healthy corner sahaja. Kita akan sediakan makanan tengahari sahaja, dengan kitaran 9-days menu dan setiap hari ada hidangan ikan/ayam, vegetarian, sayuran, pasta/mi dan dessert. Setiap makanan di healthy corner akan dilabel dengan kalori dan dilabel keistimewaan makanan itu seperti "rendah garam", rendah kolesterol" dan "tinggi fiber". Menu yang dijual di healthy corner ialah menu makanan yang biasa kita makan seperti nasi lemak, mi sup, kari ayam, cuma cara masakan akan diubah mengikut prinsip pemakanan sihat.

Mungkin pada tahun hadapan, healthy corner akan menyediakan makanan mengikut waktu hidangan makanan seperti breakfast, lunch, dan afternoon tea.

Kita memang tak wajibkan SATU kafeteria untuk dijadikan kafeteria sihat dan pelanggan kafeteria berhak memilih makanan biasa di samping makanan di healthy corner. Untuk itu, pelanggan kafeteria akan dididik dengan konsep pemakanan sihat di saat mereka melangkah masuk ke dalam kafeteria.

Papan informasi mengenai pemakanan sihat akan diletak di pintu masuk kafeteria/tempat senang dilihat. Di papan informasi itu, kita akan letakkan poster kempen pemakanan sihat, kepentingan menjaga pemakanan dan sedikit informasi penyakit yang berkait dengan pemakanan.

Sistem pelabelan makanan juga akan diperkembangkan ke semua makanan/minuman yang dijual di dalam kafetria. Makanan di luar healthy corner akan dilabel dengan kalori dan minuman juga akan dilabel dengan kalori atau dilabel dengan kuantiti gula di dalam minuman yang berpek/botol/tin. Minuman gas/berkarbonat dilarang sama sekali dijual di dalam kafeteria.

Setakat hari ini, meeting penubuhan AJK telah dibuat, latihan pemakanan sihat dan food safety kepada staff dapur kafetria sihat juga telah dibuat. Sekarang ini kita ke arah wujudkan ruangan healthy corner dan papan informasi di kafeteria.

Kita menjangkakan lagi 2 minggu Program Kafeteria Sihat Hospital Selayang akan dilancarkan.

p/s: ini merupakan program berterusan, bukan kempen tahunan....

1 comment:

gerau said...

assalamualaikum
boleh tau mcm mane status kafe selayang hosp sekarang?
dah tercapai status kafe sihat atau belum?

terima kasih